Posted by
liyana
Ramai antara kita yang kedua-dua suami dan isteri berkerja. Pelbagai sebab dan objektifnya. Cumanya, apabila seorang isteri mula ‘memegang’ duit, objektif selalunya sudah terpesong.
Jelesnya aku kat kau Layen, boleh jadi surirumah, kalau aku, aku pun nak jadi surirumah lepas baby lahir, tp ada hutang nak kena bayar, so kena kerja
Hutang ape ye? Hutang kereta, hutang PTPTN, hutang rumah yang dibeli.
Selalu terjadi, bila wanita dah ada anak, mereka mula rasa perasaan membuak2 ingin duduk dirumah, tapi selalunya tak dapek la, sbb banyak beban duk tarik kebelakang (pulling you down eh).
First thing first. Kereta. Ramai yang ada dua kereta. Samada yang beli sebelum kawin atau selepas kawin. Yang beli sebelum kawin tu difahami la, Ye la nak pergi kerja kan. Kemudian, selepas berkahwin , masing2 sudah mempunyai kereta sendiri. Dan masing-masing kena membayar loan kereta sendiri. Apa yang terjadi ialah, selepas melahirkan anak, seorang perempuan tak dapat berhenti kerja dan duduk dirumah, sebab perlu membayar loan keretanya. “tak boleh berenti, sapa nak bayar kereta aku, laki aku kena bayar kereta dia pulak”. Saya ada utarakan kat Encik, jawapan dia mudah “jual je la kereta tu, bagi tinggal satu ja”. Dan saya dapati saya bersetuju. Perkahwinan adalah perkongsian, kenapa tidak berkongsi kereta dan mengurangkan beban. Dan mungkin bila dah kurang beban, boleh la mempertimbangkan untuk berhenti kerja. (perkara ini perlu difikirkan bersama-sama semua perkara dibawah, jadi, teruskan membaca dulu).
Kedua. Rumah. “saya tak dapat berhenti kerja kerana loan rumah”. Pembelian rumah ni ada dua kes. Satu yang suami dah beli sebelum kawin. Kedua, yang sama2 beli selepas kawin. kalau dalam kes satu, apa yang difikirkan oleh isteri(?). Suami awak memang mampu punya nak bayr loan tu walaupun tanpa awak. (hehe). Logiknya, sekiranya dibeli sebelum kawin, sudah semestinya sang suami akan beli mengikut kemampuan dia SEORANG. Buatnya ditakdirkan tidak berkahwin, dia nak mintak duit siapa la pulak? jadi, kaum isteri ja yang duk pening kepala sorang2, fikir benda yang tak sepatutnya.. bagi kes kedua, Beli sama-sama. Yang ni kena fikir la habis2an, nak ke kerja sepanjang hayat duk membayar loan rumah kalau buat combine loan untuk beli rumah yang mahal. Kalau jawapan anda YA, maka jangan bising bila kena kerja, you choose so be responsible. Kalau rasa satu hari nanti, kalau boleh nak duduk rumah nak tengok anak2, sila buat pertimbangan semasa beli rumah. Beli ikut kemampuan suami (see, it’s all come back to the right way, the Islam way, suami provide). Jadi, syukur dengan apa yang mampu, dan buat rumahku syurgaku.
Jangan beli rumah kedua, masalah dengan kaum hawa ialah: nafsu tak dapat dikekang. Ya Rabbi, kalau boleh buat perbandingan, macam kambing yang terkurung seminggu dalam reban dan tak dapat makan. Mbeekkk mbekkk, kuh kah kuh kah, nak keluar dari kandang. Dengan bisingnya, dengan mengganas kat pintu kandangnya. Orang lain ada rumah dua, kita pun nak rumah dua. (frasa famous:tu rumah laki aku beli, aku pun nak aset aku gak). orang lain beli tanah, kita pun nak beli tanah gak. Akhirnya, tak dapat berhenti kerja sbb komitmen untuk membayar loan itu. Orang lain renovate dapur, kita pun nak jugak. Tak boleh tidak. Qanaah la sekadar apa yang ada. Sekiranya mahu lebih, kita usaha lebih dan cuba dapatkan tanpa hutang. Hutang ni dalam Islam, last resort ja. Option terakhir. Tapi, sekarang ni, saat sah jawatan ja, terus isi borang loan. Dush, takde brek brek dah.
Ketiga. PTPTN. Hutang study ni setahu saya bleh bayar skit2 kan. Encik bayar RM100 ja sebulan, kalau hujung tahun ada balance lebih, bulan 12 tu bayar lebih sikit. So, soalan cepumas. Sebulan, suami anda bagi berapa kat anda sebagai duit poket? Hah tadak langsung? Ye ker? Sian. Sikit pun takde? Saya dapat RM200 sebulan, 100% mine. Bukan untuk beli barang dapur, bukan untuk bayar bil. Mine. Sikit ker? jadik aa. Kadang2 dapat RM100 ja, ikut pasang surut poket Encik la. tapi wajib dapat. Duit ni saya bleh buat apa ja. Tapi sebab saya tak reti shopping, selalunya terperap jer la, agak2 banyak skit, saya guna buat modal tambah stok kat anaqi.com, akakaka. barang2 dapur, kain baju semua mmg duit Encik, so RM100 utk saya dah banyak sangat la. jadi duit korang, korang buat apa. Dengan RM200 ni (anggaran RM10 setiap hari bekerja), boleh la buat bayar PTPTN RM100 sebulan. kan dah mencukupi. Yeay, dah boleh berenti kerja, sbb komitmen dah settle.
Eh eh, aku mampu, sukati aku la, duit aku. Ko leh le cakap, ko tak kerja
eh eh, hehe. Ye duit awak. takde pun saya mintak. bagi saya (dan saya saja), anak2 terlalu berharga. Sekiranya tiada sesuatu yang memaksa saya bekerja dan meninggalkan anak2 dibawah jagaan orang lain, biarlah saya jaga sendiri. Biarlah tidak bekerja. Cuma bagi yang mahu atau berhajat menjadi surirumah, cuba check balik perkara2 diatas. Malah, bagi yang bukan surirumah pun, cuba2 la check balik perkara diatas. jangan membazir, train nafsu kita yang 9 tu, jangan duk ikutkan sangat. Para suami, agak2 nampak nafsu kambing si isteri nak terlepas kandang tu, baiki2 la kandang tu, tukar dari kandang kayu, guna kandang besi ker. Tu la mendidik namanya, bukan ikutkan je kehendak isteri.
Sepatutnya, bila berkahwin, kita share burden, kalau sebelum kawin tiap2 sorang ada 100 komitmen, takkan lepas kawin jadi 200 komitmen total. Sepatutnya kena kurang, kepada 150 ke 100 ke, jadi yang pikul nya 50 ja seorang. Ringankan beban, sebab satu hari nanti kita akan ada tanggungjawab lain lagi, iaitu anak2. kalau tak reducekan beban yang 100 tu, max tu, nanti bila tambah dengan anak, kita dah tak tertanggung.
Me: Jangan suka buat loan. kalau betul mampu kenapa tak beli cash je. itu maknanya, ko tak mampu.First car + first house is ok, tu keperluan. tapi second car, second house tu takde pun tak kesah kan.