Topengan Zionist

09/1/2010 8:11:00 AM

Siapa2 yang mengikuti Jejak Rasul mesti terkejut dengan musim kali ini. Kali ini disingkap kebenaran tentang siapa sebenarnya Yahudi, Zionist dan Israel. Siapa Israel? Mengikut terjemahan direct nya ialah Tentera Allah.. Isra=Tentera, El=Tuhan/Allah. Israel juga bermaksud Nabi Yaakub yang telah di’appointed’ sebagai israel oleh Allah.. Jadi kenapa Israel yang ada didepan mata kita begitu kejam? Setelah beberapa episod, terjawab sudah persoalan. Israel yang berada didepan mata kita sebenarnya ialah ciptaan seorang tokoh Yahudi. (tak reti nak eja nama dia key, hehe)..Dia telah mewujudkan Zionist Yahudi, iaitu Yahudi berfahaman serong, dia telah silap tafsir tentera Allah itu dan berpendapat Yahudi sepatutnya berperang dan menjadi pemerintah dibumi yang dijanjikan iaitu Palestin. (palestin ialah bumi yang dijanjikan kepada bani Israel, sila recap kisah2 Nabi Musa dimana dorang travel mencari bumi yang dijanjikan).

Pendapat Yahudi ortodoks yang berpegang kepada kitab taurat (kata mereka lah, tp kita tak tau kebenarannya, sbb kalau benar mereka ikut kitab taurat, mesti dorang sembah Allah ye dak), Yahudi Zionist adalah tidak sama dgn Yahudi asalnya, kerana Yahudi asal/ortodoks berpegang kepada peace, aman dan kasih sayang, sedangkan Zionist berpegang kepada kekasaran, dan pencerobohan. Dan juga dijelaskan kenapa mereka menggunakan perkataan Israel, kenapa tidak Zionist. Kerana kalau guna Zionist, mereka tidak akan mendapat sokongan dari Amerika dan Eropah dan penganut Yahudi amnya. Kalau mereka guna Israel, kumpulan ini pasti akan memberi sokongan, malah akan mendapat sokongan dari penganut Yahudi yang agak tak alim dan agak jahil..Bak kata pemimpin Yahudi ortodoks, Zionist hanya merujuk kepada Taurat untuk perkara2 yang meyokong hala tujuan politik mereka, sedangkan pesanan2 Taurat yang lain di abaikan. Jadi Taurat dan Yahudi hanyalah topeng untuk menghalalkan politik mereka..

Harap-harap jangan la jadi macam ni di Malaysia.. Macam dah nampak skit, esp isu orang non-Muslim masuk Masjid/surau tu. Sapa la pulak kata tak boleh.Adoyai..

Orang bukan Islam dibolehkan masuk masjid/surau, malah digalakkan lagi, semoga dilembutkan hati mereka untuk memeluk Islam. Adakahkita larang mereka takleh masuk surau/masjid dibuat atas keputusan mengikut adat dan fanatik? Kenapa mereka takleh masuk pulak? Adakah mereka najis? Memang mereka najis disisi Allah iaitu akidah yang terpesong, iaitu najis Maknawi. (boleh juga rujuk kitab Bulughul Maram syarahan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mengenai seorg tahanan kafir yg ditawan dan diikat didalam masjid. Apa yg pasti tiada larangan malah terdapat galakkan kepada bukan Islam menghampiri masjid). Malah Tuan Guru Nik Aziz dan almarhun Ustaz Fadhil Nor pun membenarkan orang bukan Islam masuk masjid/surau.

Kalau orang tu masuk dengan tujuan mencemarkan masjid, mmg ler tak leh masuk. Bukan saja orang bukan Islam, malah orang Islam pun dilarang masuk kalau tujuan untuk mencemar masjid.

Jangan jadi macam Zionist ya, guna nama Islam untuk kepentingan politik. Buat jadi topeng. Bab2 nak tembak parti haluan kiri, abih semua benda jadi isu,gunakan Islam, kata cemarkan Islam la, melawan Islam la, sedangkan hukum sebenar kita sendiri duk kabur2. bab2 lain, seperti penggunaan hudud utk elak gejala sosial, atau byk lagi saranan Islam tak pulak nak guna, sbb takde kepentingan kita ye dak..

saya bukan menyebelahi mana2 parti politik pun  tp, yang sorang itu adalah Ulama’. Mana nak cari Ulama’ kat zaman ni? Mana nak cari? mana nak cari pemimpin yg boleh buat solat hajat dan solat2 sunat. Toksah ler kata pemimpin daerah atau ketua kampung, pemimpin keluarga saya pun tak nyempat nak buat solat hajatsolat sunat hari2..kalau tak gemar dia nye pandangan politik sekalipun, dia tetap lebih tinggi darjat dari kita. kerana Allah tak memandang darjat dan harta, tp taqwa. Ada rasa taqwa kita lebih dari dia?

Sebelum nak percaya apa2 yang kat TV tu, esp bab2 agama yang dimainkan  bersama politik, dan ianya diluar pengetahuan kita, haruslah kiranya kita ambil masa sikit utk buat sedikit research dalam mencari kebenaran. Masjidil Haram ja yang takleh dmasuki orang kafir..

Bahan bacaan:

  • http://ahmadfadhli.wordpress.com/2009/11/07/hukum-orang-bukan-islam-memasuki-masjid/
  • http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=1949

Update aktiviti bulan puasa

08/30/2010 4:28:00 PM

Bulan puasa ni mmg best. Terasa bulan puasa tu, sebab duk rumah. Memang best berpuasa sebagai surirumah, memang ada banyak masa untuk beribadat, baca al-Quran, solat sunat bagi mereka yang mahu la. hehe. Sedih pulak Ramadhan ni tinggal 10 hari ja lagi.. Rasa cam nak mintak tangguh raya pun ada huhu..

Shopping raya? uwuwuwu, bab yang tidak digemari–>shopping.. Alalala malasnya shopping.. Sabtu lepas digagahkan jugak gi shopping, keluar pukul 1 setengah, balik kul 3.30, hahaha, cepat tak..kul 3.30 tepat sampai rumah. dapat baju sorang sepasang, dan kasut untuk Aqeef (macam la budak tu akan berjalan)..Kena beli gak baju tahun ni, sbb tahun lepas takde baju raya. Tahun lepas pakai baju tahun dulu. Kebetulan, memang kena beli gak something utk Aqeef, org baru nih. Encik ada offer kasut, tak mau lah, saya takkan guna, saya akan duk guna kasut terlebih saiz saya tu jugak.. Membazir ja nanti.. Tudung kali ni saya jahit sendiri, hahaha.. takler jahit susah pun, just beli kain cotton plain (ni dah ada sejak beberapa bulan lepas), dan gunting 4 segi ikut saiz tudung bawal, dan jahit manik2 tu (pun dah dibeli beberapa bulan lepas). Puas hati..mengikut kehendak hati saya.

Alas meja kopi pun dah siap dijahit. Meja kopi yang dah buruk kurang elok, dah calar2 surface dia, siap beralas.. Cantik.. Encik kata “tak sangka…..”hahahaha..

Bila ya kome balik kampung. Kami insyallah balik hari selasa, balik ke penang. Tahun ni giliran penang hoyeh.. Raya kedua baru balik ke kelantan, sampai hari khamis, baru balik ke Rawang balik. Jadi sesiapa yang nak bertandang kerumah, datangla hari Ahad ye, sbb Jumaat & Sabtu Encik kerja.

Kuih raya? tak dan buat aih.. buat satu batch abih, buat satu batch abih. tak nyempat nak jadi kuih raya pun


Kerana Janji

08/26/2010 9:01:00 AM

Pagi ni ada perbincangan kat TV9, kenapa budak2 jadi jahat/nakal, keluar malam bagai.  Kebanyakannya anak2 yang tak puas hati dengan mak ayah. Terutamanya yang anak2 belah atas, yang awal, ramai yang tak puas hati dengan layanan yang diterima, kenapa berbeza dengan adik2 yang lain.

Ada sorang anak remaja tu (dah belasan tahun dah) dia kata, mak dia layan macam tak balance, apa yg dia minta, tak dapat, tp kalau adik2 mintak, dapat la pulak. Dan ada juga dia cerita, masa dia darjah 5, ayah dia janji nak buatkan wau, tapi sampai sekarang tak dapat pun. Bagi kita yang mendengar ni, takkan sebab wau ja berdendam punya la lama, dari 11 tahun sampai 18 tahun. Macam lawak la pulak. Tapi sebenarnya tak lawak, sebab budak2 akan pegang pada janji, budak2 tak pandai berbohong, dan memang sangat berkemungkinan yang dendam itu terbawa2 sampai ke tua.

Sebab tu, Rasulullah pernah bagi teladan. Ada satu kisah, dimana ada sekumpulan kanak2 bermain di hadapan Rasulullah, kemudian seorang wanita memanggil anak nya, tapi anak dia tak mau gi kat dia, maka wanita tu hulurkan tangan yang bertutup dan kata kat anak dia “datangla, ada surprise dalam tangan ni” Rasulullah tengok ja, dan bila anak tu datang kat ibu dia, dan bila dibuka tapak tangan tu ada sebiji kurma. Maka Rasulullah pun berkata, “sekiranya bila dibuka tapak tangan itu tapi tiada apa2, maka telah jatuh berbohong kepada ibu tu.” Tak boleh berbohong walaupun kat anak sendiri. Apatah lagi berjanji tapi tak ditunaikan. Akan jadi macam kes diatas la bila berjanji tapi tak tunai. Kalau tak mampu buat jangan berjanji, senang, jadi orang tu tidak la menaruh harapan.


Cemburu buta

08/25/2010 10:40:00 AM

Semalam saya ada bersembang dengan Encik. Saya kata saya jeles, cemburu dengan istei2 lain. Kenapa isteri2 lain,boleh minta macam2 kat suami dia, tapi tidak saya? Bukan saya tak boleh minta, tapi kenapa saya TIDAK minta? haha.. ada ka soalan camni?

Saya kata saya tak jeles bab minta barang2 tu. Saya tak jeles pasal isteri2 org lain dapat kasut, henbag bagai bila dorang meminta kat suami, No, sebab saya mmg tak minat, hehe. Cuma saya jeles, dorang boleh memberikan ‘hard time’ kat suami2 dorang dengan minta2..sampai ada suami yang garu kepala macam mana nak penuhi permintaan isteri, atau macam mana nak tolak tanpa isteri tu merajuk.. Kenapa saya tak boleh buat macam tu? Haha, saya kata kat Encik, saya rasa abang terlalu mudah la, sbb saya tak meminta..saya nak gak dengar abang cakap “payah la kali ni” atau garu kepala ka sbb saya meminta.. Memang adalah cemburu buta, cemburu tak berasas. hahaha

Encik jawab, mmg dia rasa syukur sbb tak minta macam2.. Tapi ada gak kadang2 garu kepala jugak sebab tak minta.. Takper ke minah ni, asik pakai baju sama, tak kesah ka? tak dapat kasut baru, ok ka? kalau offer pun asik menolak, betui ka bini aku ni..haha, rupanya dia garu kepala gak (ok ok, kurang skit jeles, at least aku ada gak ‘menyusahkan’ fikiran laki aku)..encik kata, saya bukan takde kehendak, saya ada kehendak, ada permintaan, kadang2 tu banyak, cumanya katanya saya cepat berfikir sebelum membeli, saya berfikir sebelum meminta, katanya saya sempat berfikir bahawa suami saya tu kerja sorang, dan saya kena pandai kontrol kewangan dan pandai berjimat. maka saya tak minta..

Untuk mengatasi hal2 berbangkit itu, pada beberapa bulan lepas saya dah start mintak duit poket.. bergantung la nak bagi berapa, saya minta RM200, (haha banyak tu), kalau musim surut tu, RM50 pun ok la. Ini adalah untuk mengatasi sikap saya yang terlalu berfikir tu. Tapi, hasilnya macam tu jugak, saya tetap tak membeli. duit poket tetap la begitu, saya tetap juga tidak membeli, mungkin saya memang tak pandai membeli. Adoyai..Makanya, bukan lah sebab saya berfikir sangat, kan. hanya semata2 sebab saya tak gemar perhiasan wanita ni (eg, beg, kasut baju bagai).



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan