Kenapa ramai doktor gynea lelaki?

07/29/2010 12:07:00 AM

saya ada terbaca satu blog entry di facebook, oleh kerana FB tu dia turun dan turun, maka post itu dah lesap okey.. Perbincangan post tu tentang aurat wanita masa nak bersalin. Rupanya kita (termasuk saya la) masih mengambil mudah tentang hal nih.

Memang benar, saya rasa amat malu masa bersalin, saya sanggup tahan anak tu dalam perut dari bersalin, dan saya somewhat bersyukur saya kena ceasar, tapi dalam masa yg sama, saya sedih sbb tak bleh beranak ramai sedangkan saya nak anak ramai.. Kalau la proses bersalin itu tidak terlalu memalukan kan best?

saya mengaku yg saya alpa bab bersalin ni. Bab yg bincang di blog tu, ialah betapa kita ambil mudahnya nak bersalin, mana2 doktor pun dah boleh, tak kira laki perempuan, muslim atau tak.bab aurat la. Sedangkan ada ja hospital bersalin yg muslimah semua. tinggal cari dan sediakan duit ja. Mahal? ya mahal.. tapi mana mahal dengan aurat isteri? Bak yg dibincangkan dalam post tu, dia amat bersyukur kerana suaminya betul2 ambil berat tentang aurat dia. Saya ada tanya Encik, “how do u feel when I’m in labour room?” Dia kata “tokyah cakap lagi dah, tanak ingat, it was horrible, ”

This time around, saya akan kumpul duit utk bersalin di hospital muslimah semua.

Bagai contoh yang dibuat, kalau kita sesat dalam hutan, lapar, kemudian melintas seekor anak babi yang gemuk. Adakah kita akan makan babi tersebut? Kerana pada ketika itu memang dah sangat lapar dan boleh bawak mati. jawapan dia NO, sebab banyak lagi benda lain yang boleh makan, contohya, cacing tanah, cengkerik segala seranga, buah buahan, dan daun2. Babi bukanlah suatu pilihan. perumpamaan ni sama ja macam bersalin. Sama ada kita sanggup ke idak. Sanggup tak kita nak makan cacing tanah instead of babi? Geli geleman seh cacing..atau siput babi? Tapi halal..Atau kita lebih suka babi yang gemuk tu, walaupun ia haram? Sama gak macam bersalin, adakah kita sanggup kumpul duit dan bayar mahal2, atau maybe hutang kad kredit dulu, pi kat hospital muslimah dan halal, ataupun adakah kita sanggup ke hospital kerajaan walaupun aurat dengan kebanyakkan staf disitu adalah haram? Tapi murah.Satu benda nak difikir.

kalau sentuh babi/anjing, sekadar kotor najis, bleh la samak, kalau aurat, sentuh kulit dengan bukan muhrim, haram selamanya, nak samak dengan apa? Ya Allah, lalai nya aku..terasa macam nyesal sangat. Rasa jahilnya aku..Astaghfirullahalazim..Rasa tadak beza dengan mereka yang pakai tudung tapi dedah2 bagahian anggota tubuh yg lain..

Yang lelaki lak, apahal yang syok sangat jadi gynea hah? Dam apasal perempuan tanak jadi gynea. Rasa2nya bg mereka (perempuan) yg berkelayakan utk jadi doktor, jadilah gynea. Fardhu kifayah tuh. Ku cakap la berkelayakan, sbb ku tidak hehe.. kerja lain org lain boleh buat, kerja2 bab beranak nih, hari2 ada org beranak.

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. isu yg sampai bila pun takkan selesai kerana masing2 mempunyai pendapat berbeza…. setelah melahirkan 3 org anak… 2 yg atas mmg dgn doktor lelaki… yg anak no.3 dengan doktor perempuan… insyaAllah jika ditakdirkan saya mengandung lg… saya opt for women gynae…..

    yg dua pertama tu saya ambik doktor lelaki sbb doktor lelaki lebih ’soft’ n lebih memahami wanita. yg doktor perempuan pula…. disebabkan dia juga pernah bersalin dan merasakan kesakitan maka pada dia…. itu semua perkara biasa yg semua patut alami. ini kerana kawan saya sendiri dalam keadaan yg hampir bersalin dia bertindak keluar dr tpt bersalin dan memaksa suaminya cari tempat lain kerana doktor perempuan tersebut telah memarahinya dalam keadaan dia yg tengah sakit…. tambahan anak sulung pulak tu. sampai je tempat bersalin yg lg 1.. doktor lelaki… cina….. sungguh supportive n memberi semangat pada dia…. walhal kawan saya ni boleh dikatakan ‘alim’ orangnya…. semenjak dari situ…. saya yang sememangnya amat penakut telah mempunyai mind set mcm ni…..

    Alhamdulillah utk anak no.3 ni saya tergerak untuk mencuba doktor perempuan pula. Alhamdulillah pilihan saya tepat.

    Marisa - 29/07/2010 1:23 am

  2. Saya tak tau la, saya langsung tak terfikir, sbb saya dah disumbat dengan ideologi –> dah darurat, takper la doktor laki ka pompuan..takkan nak bersalin kat rumah..
    padahal aurat tu penting sgt kena jaga, bukannya tadak hospital yg muslimah semua, ada ja..so apa yg daruratnya? saya bersalin dua2 kat hospital kerajaan, takleh pilih2 doktor, dia ikut shift dia, so sementara nak tunggu bersalin tuh, ntah berapa orang doktor silih berganti, tak kira laki ke pompuan.

    bab kawan awak tu, kalau kita fikir balik, lebih baik dikasari tp halal disentuh atau dilayan baik tapi haram. berbalik pada soal anak babi dengan cacing tadi la.. dan macam kalau org laki2, suka balik rumah bersama isteri yg dah tua dan tak baper menarik, tp halal atau melayan girlfren yg cantik dan muda, tapi haram.. syok vs halal haram..pertimbangan yang berat kan?

    liyana - 29/07/2010 1:32 am

  3. Kita baca kat sini, wife ust.zaharudin
    http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html#more
    Sy mmg 2org ank tu kat private sbb nak dr pompuan & Islamic.Tp yg 2nd tu ralat sbb staf ada jgk lelaki, so ternampak aurat (rambut) gakla bila dia htr mknn.Kalau yg ke-3(he..he..berangan lg) nak besalin kat yg 1st dulu (hospital an-nisa’, kelate).Yg 1st UIA cover tp yg 2nd kumpul duit sendiri sjk mula pregnant ;) Org kata sakit sama je tp ku fobia kat spital gomen, takut dpt dr lelaki & misi bekeng2..he..he..

    Nik Ha - 29/07/2010 8:14 am

  4. Ye la kan.. segan betul masa nak bersalin dulu. adoila..

    ica - 29/07/2010 4:03 pm

  5. salam,
    as a doctor, ive been asked by many to jadi gynae, and the reason why im not is because i have a family too and as a muslimah my main job is to take care of husband and children. therefore i took a specialty which would allow me to do that as a priority (saya amik psychiatry). the long hours in gynae would have made me abandon my family, which i think God tak suka jugak tak? i feel (at least my colleagues and i)this is the main reason why there are few muslimah gynaes.
    i suppose for a single muslimah dr it would be ok.
    i think kalau there was someway we could train to be gynaes without having to melepaskan tanggungjawab as a wife and mother 1st, i would do it, insyaAllah.
    i think the alternative is to make your request known to the obygyn bila buat 1st appointment tu. normally (kat UMMC at least) dia layan (or issit sbb i kerja situ?:P)
    my two sen worth.

    aisah - 30/07/2010 3:36 am

  6. laki byk jd jadi gynea mungkin sbb DUIT BANYAK hehe.
    antara specialist yg boleh kata ilmu dia relatif mudah dipelajari dan diamalkan, tapi income memang masyuk T.T (nangis terharu sebab nampak duit).

    saya pun pelik gak, kadang saya cakap dengan kawan2 yg saya takkan pilih O&G sbg specialist, pas tu mesti ada yang mempersoal, kawan2 perempuan yang lain lah akan kata “kenapa kau tak nak pilih O&G?!” dengan nada seolah2 saya telah memperlekeh bidang tu.
    for obvious reason kot saya tak nak O&G. saya segan lah berhadapan dengan para perempuan yang nak bersalin / menjalani pemeriksaan. lagipun, selagi ada perempuan, kenapa perlu lelaki.

    tapi banyak kawan2 perempuan tak tertarik dengan bidang ni sebab jam kerja yang sangat2 tak sesuai utk mereka wanita yang bekeluarga.
    on call memang tak hengat, sbb org bersalin ni tak kira waktu. banyak yang cenderung memilih (kalau ada peluang) bidang yg relatif ringan2 macam radiologist, dermatologist, dan lain2 specialist yang tak perlu bangun jam 2 pagi utk belah perut org keluarkan baby. hehe.

    ruffey - 30/07/2010 11:43 am

  7. salam,

    my dear fren liyana,

    ayu ada postkan tentang hal ni di blog ayu.. boleh refer di link ni,

    http://ezurin.blogspot.com/2010/07/apa-kata-anda-bersalin-doktor-hukum.html

    ada banyak pendapat yg diberikan..

    sejujurnya, ni la kali pertama ayu post n ayu tak beri sebarang komen pun..ia sangat subjektif..

    tapi ayu tetap juga memilih doc perempuan…seelok2nya doc perempuan muslim la kan..cuba akan buat terbaik utk anak ke3 nanti..dua2 anak ayu dulu wpn dengan doc perempuan, tapi doc perempuan cina…yg kedua tu, patut doc perempuan melayu tapi last2 minit, dia ada emergency plak…so, sbg ganti ayu nak juga doc perempuan..

    ayu - 31/07/2010 3:50 pm

  8. ooo, terima kasih..saya cari dan cari, tak terjumpa balik..
    ya, nak dapat zuriat berkat tuh, fes kena start dengan mak bapak yg mementingkan berkat dan quality, betul tak? kalau nak kawen, kita pilih/tapis yg elok2, bukan main cekup ja apa yg lalu depan mata. masa hari kawen, kita elak dari maksiat dan pembaziran, bina masjid atas tanah yg bersih..masa bersalin pun kena ambil berat kan..masyallah, saya lepas pandang bab ketiga tu, yg dua sebelum tu saya mmg hati2..
    kut mana pun, saya kena kumpul duit banyak2 haha, sebab lepas ni wajib bedah. hehe

    liyana - 04/08/2010 9:52 am

  9. segan, gila macam nak lari dari situ, tp hati takut2 nak lari. haha..dah la tak berapa sakit jadi tak ler macam org kata “sakit sgt sampai takleh nak pikir apa dah”.. mmg saya nak lari, sebab malu.. saya kena marah sebab malu, tp walaupun dimarah teruk kaw kaw, saya tetap tak leh kikis malu tu, sampai midwife give up. haha. seriusly, mmg ku tahan anak dalam perut..dan akhirnya bersyukur kena ceasar, kalau idak tak tau jadi apa.., ke masa jahit ku lari, mana tau..

    liyana - 04/08/2010 9:54 am

  10. macam ruffey kata la.. oncall tak hengat.. tp selalunya, doktor perempuan dijodohkan Allah dengan suami yang baik..dan yg memahami, sebabnya jadi doktor itu (dalam kes ini O&G), adalah satu perjuangan dan jihad. bila suami meredhakan isteri berjuang, maka secara tak langsung, dia pun dapat pahala jihad. bukan senang nak ada walau seorang mujahidin dalam keluarga…saya dah lihat sepasang suami isteri , suaminya Ustaz dan isterinya O&G, alhamdulillah bahagia..
    saya bersalin yg fes di UMMC (check up UMSC), horror..

    liyana - 04/08/2010 9:59 am

  11. ooo, duit rupanya, mata duitan la gak doktor rupanya haha..sejak dulu2 ku nak jadi doktor..tp solely sebab nak bantu org..takde niat lain, tp apakan daya, tak layak, sampai gak kat Fac medic, tp kat biomed ja, ahahaha.
    suruh kawan2 perempuan mu itu jadi O&G, suh gi kelas agama dan jumpa ustaz/ustazah sebelum buat pilihan.. semuanya balik kepada Allah. kalau sbb pentingkan keluarga tanak jadi O&G, the best way nak serve family adalah berenti kerja, kan..tp takleh kan, sbb NAK kerja jugak kan, haha. so pilihan tu silalah bertanggungjawab ya..
    suruh cari bakal suami yg boleh berjihad, kalau tak, cancel, cari lain.. haha..
    selagi ada wanita hat beranak kat lelaki, semua doktor perempuan kat malaysia tanggung share, huhu sedih tak..kalau ramai O&G wanita, idakla teruk sangat oncall nya..seminggu sekali ka, dua minggu sekali ka..kan ke kat med school, ramai budak perempuan, nisbah 1:3, boleh sangat kalau nak ramaikan O&G wanita..

    liyana - 04/08/2010 10:07 am

  12. subjektif untuk org jahil macam aku nih ayu..utk org yg ada ilmu macam korang ni, bleh fikir dan pilih.. (mode: rasa nak lari duk dalam lubang)..

    liyana - 04/08/2010 10:08 am

  13. [...] Kenapa ramai doktor gynea lelaki? [...]

    Komen itu emosi « Anaqi Niche - 04/08/2010 1:18 pm

  14. betul jugak la kak =)
    ada gak beberapa teman perempuan yang berminat dgn O&G ni, dengan niat yang murni untuk menolong orang dan berjihad. ada 2 orang, dan 2-2nya rajin terlibat dengan aktiviti ukhwah, usrah, dan yang sewaktu dengannya. mereka tak sesekali saya dengar bersuara tentang income di masa depan, tapi mereka selalu borak tentang apa yang boleh mereka lakukan dengan ilmu mereka kelak =)

    ruffey - 06/08/2010 2:36 pm

  15. ha kan adaaa… SOme people call me naive back then, hehe, tak pijak ke bumi nyata yg memerlukan wang etc..rupanya ku tak keseorangan..(org masih kata ku tak pijak bumi nyata skrg, haha, on various reasons, but nevermind)
    ya, kem salam ngan diorang.. Good job! (bak kata anak sulungku Asyraf)

    liyana - 07/08/2010 3:17 am

  16. salam. akak anak pertama lahir kat UKM, masa tu entahla, patut ada pilihan bersalin kat bangi, az-zahra kot, yg ada pilihan doktor muslimah ni, ke pusrawi ke, tapi masa tu mind ni pikir negatif, kot ada masalah masa melahirkan, kena hantar ke hospital jugak, ntahla, tak cukup ilmu ke, jahil ke. padahal masa checkup, pegi jumpa klinik an-nisa kat rumah tu. tiba2 masa bersalin, tau2 ajela HUKM, budak2 praktikal punyala ramai dok kerumun kita, nak nunggu kita ni bersalin, laki ke pempuan ke, isk isk isk sadis.

    anak kedua, mmg awal2 dah niat nak bersalin kat swasta. alhamdulillah kat bdr tun razak tu ada klinik swasta muslimah, doktor2 semua ppuan. alhamdulillah.

    anak ke3, dah pindah muar. masa tau mengandung, happyla, tapi bila pikir bab nak bersalin, mmg dilemma sbb muar ni bukan ada byk pilihan. kalau swasta pun, non-muslim ada la. dah puas tanya sampai call pantai kat ayer keroh, kot2 ada doktor ppuan, call lagi putra specialist melaka, pun sama gak. gigihnya nak cari doktor ppuan, tapi mmg tak ada. last2 bersalin ajela kat muar, mcm2 doktorla jumpe. hmmmm….

    bagi akak, kalau sekitar kita mmg boleh jumpa doktor muslimah, wajibla kita pegi kat doktor muslimah. takda duit, kene la carikan jugak. duit nak kawin ribu2an boleh kumpul, takkan la duit nak besalin ribu2an tak reti2 nak cari.

    husnaa - 23/08/2010 2:30 am

  17. kak husna,
    tu la saya langsung tak terfikir pasal hal nih, padahal, masa nak bersalin tu Tuhan je tahu rasa hati tu camna..tp ntah naper hati tu tutup dan akal tu tak jalan ntah..

    yep, bab duit tu mmg betul.. kalau duit kereta bleh bayar bulan2, ada motor lagi, bleh beli baju dua bulan sekali, ada handbeg, kasut, baju berjenama, tak wajar kalau kita kata kita tak mampu nak afford hospital muslimah..

    liyana - 23/08/2010 4:10 am

Leave a comment
Name (required)
Mail (will not be published) (required)
Website

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan