Sistem
Proses memikir talah berjalan sepanjang pagi, dan ini hasilnya–> soalan, (haha, penat pikir, last2 ended up dgn soklan ja?)
Saya tertanya2, kenapa sekolah kat negara kita ni start kul 7.30 ha? Kenapa awal sangat? kalau start pukul 8.30 ke, pukul 9 ker, ok sikit. Parents nak urus anak2 waktu pagi, nak mandi dan sarapan sempurna skit ker. Ni start kul 7.30, ramai budak2 yang tak sarapan (dan chain of effectnya–>tak fokus dalam kelas–>letih–>pencapaian tak memuaskan–>modal insan?)
Saya kurang arif kat negara asing. Tapi saya duk tengok kartun, negara Jepun start dalam pukul 9 camtu. Negara Thai pun start pukul 9 dan habis dalam pukul 3 / 4 petang.
kalau start lambat, parent yg bekerja pun idak la kelam kabut nak urus anak pagi2 hari. yg masuk kul 8 tu, hantar la awal skit, tp sesi sekolah tu biar la start lambat..(ala kut mana pun anak tu akan balik ke babysitter/nursery kan, so why not hantar nursery sebelum gi kerja, so van pick up kat nursery, kan?)
Sekurang2nya, KALAU nak solat subuh kat masjid pun masih la sempat kan kan? Tak sempat nak subuh kat masjid/surau sebab nak kelam kabut nak hantar anak ke sekolah. Plus, bleh la ajar anak kenal mana masjid dekat2 umah kita kan, kan (bila laki aku nak tukar sekolah ha? dia gi sekolah kul 6/6.30 pagi..azan ja subuh, terus solat dan chau cin cau. sekolah jauh, kena gerak awal)
Satu jawapan yg saya jumpa setakat ni ialah –> ramai sgt pelajarnya, so takleh nak buat satu sesi. kebanyakan sekolah kan 2 sesi, pagi dan petang.. budak ramai sangat, kelas tak cukup dan guru pun tak cukup.
kalau kat siam la, sekolah dia bukan sekadar mengajar akedemik, tapi tetap mengajar life skill, contohnya, ajar murid2 buat telur masin, setiap kelas akan ada binatang ternakan (ternakan ya bukan pet), ada kebun sayur. belajar masak, melipat baju, menyapu etc. I guess the value of education is different between our countries, is it not? Sistem mana yang you all suka, if you are given the choice?
kadang2 saya duk berangan dengan Encik, nak tak kalau kita buka sekolah swasta? (ehehe), dengan silibus yg kerajaan bg, tp approach kita sendiri. sekolah merangkap nursery utk sapa2 yg memerlukan, seperti kalau ibu bapa yg bekerja..boleh jer hantar kat sekolah kitorang dr pagi dan pick up petang lepas balik kerja, dan tak yah bimbang pasal persekolahan, sebab kita dah provide semua–>sekolah, makan, minum, tempat rehat, kelas agama, dan riadah. Ada sapa berani hantar anak dia pi sekolah kami? hahaha..Caj macam nursery biasa la, lebih kurang RM300/month. Amacam? hehe
Ni mmg la angan2 ja.. Ada dua benda yang kami selalu duk berangan. Sama da nak buka sekolah persendirian, atau nak buka hospital bersalin exclusive untuk muslimah. Hahah, sekadar berangan jer la buat sementara waktu nih. kalau esok2 jadi realiti, mana tau kan hehe




salam Liyana..
dulu masa saya ngan adik-adik masih bersekolah (semua sekolah pagi), kami selalu beratur dpn pintu bilik air. semua org dah siap ngan baju keje & uniform sekolah kul 5.30 pagi. azan je terus solat, pastu cekau sarapan mana yg sempat. haha..hectic sungguh waktu pagi, sampai boleh plak tertinggal barang mcm2.
kalau sekolah merangkap nursery tu rasanya dah ada kan kat KL? tp kalau Liyana nak buat lg, mmg bagus la. so makbapak ada pilihan
Lynn Nasir - 23/07/2010 3:10 am
ooo, zaman sekolah dulu, saya la yg bangun paling awal, lg awal dr mak ayah. mandi paling awal, then baru iron baju..baju sekolah saya sepasang ja (walaupun mak buat 2 3 pasang, tp fav saya ada satu ja, maka saya pakai satu tu je la, haha, basuh hari2, kalau tak nyempat sgt, tak kering, br pakai yg lain).. jerang air, dan bancuh teh, tu rutin saya..kul 6.15 dah gerak utk tunggu bas. kalau ayah hantar bleh la gi lambat skit, kul 7 ka..
tak la hectic sgt, sbb saya ja yg duk rumah, adik2 duk asrama belaka. cuma ada adik yg sekolah rendah ja masa tu, sorang ja..
mmg ada niat nak bukak sekolah, tp entah ler.. haha
liyana - 23/07/2010 7:30 am
salam..
aku lah org pertama anta kot sbb semua lengkap..buka lah cepat2 skit..
YAN - 23/07/2010 8:44 am
haha, ya la hang yanti..hang mai jadi cikgu nak
liyana - 24/07/2010 11:58 pm
Salam,
Liyana, wan setuju apa yang Liyana cakap. Sekolah kita memang start terlalu awal.Ada juga sekolah 7.20 dah start cam sekolah yang Wan ajar dulu.
Cuma wan tahu Sekolah Integrasi under JAIS start kul 8.00 am.
Silibus pelajaran memang patut ditukar supaya dimasukkan semua aspek bukan peperiksaan sahaja.
Pasal Sekolah swasta memang ok, cuma ada yang mahallah.
Masalah sekolah swasta ni bukan apa, apabila nak masuk sekolah under kerajaan masa sekolah menengah atau nak melanjutkan pelajaran di IPTA cam susah sikit.
Dulu ada anak buah hubby, sampai merayu nak masuk sek. men.kerajaan.
p/s : Bila nak jumpa agaknya.
wannorashikinamran - 27/07/2010 4:44 am
kat sini start 7.15. ngaaa awal giler..rasanya budak2 tu harus tak sempat makan pagi.sedangkan makan pagi tu la paling penting..kami pun dah start ubah gaya makan, ehehe (mak yg terpengaruh), kami makan nasi pagi2. nasi dan lauk..ehehe.. ada rasa skit perubahan (kat saya la)..tenaga sepanjang pagi tu macam bertahan lama berbanding biasa. selalunya pukul 10 11 dah terlepek letih.. ni leh maintain sampai kul 1, then elok lah lunch..nasi jugak.. malam tu skrg cuba ditukar kepada yg lebih ringan, tp masih tak berjaya lagi, masih nasi gak lagi (salah satu sbb ialah ku kekurangan idea nak masak apa), Encik duk banyak kali cakap dah, dia tak mau makan malam..tp, bila ku masak utk anak2, dia sebat sekali, hehe
liyana - 27/07/2010 5:02 am