Hakim syarie wanita untuk seimbangkan kuasa?

07/7/2010 12:21:00 PM

Apa pendapat anda? kehakiman Islam pun telah dipengaruhi dengan kehakiman sivil/sekular. Dalam Islam, status wanita mana bleh jadi hakim sbb wanita itu “lemah”

Alasan diadakan hakim (atau ketua hakim?) wanita, adalah untuk menyeimbangkan pengadilan (?) kerana hakim syarie selama ini adalah lelaki. Jadi, dianggapkan, sekiranya terdapat kes2 yang berkaitan dengan penindasan wanita, hakim mungkin (mungkin sahaja) akan berat sebelah kepada pihak lelaki. Boleh this kind of attitude? A judge in Islam held a very high respectability, which comes with a very high responsibility. Kejadian macam ni seolah2 meragui kebolehan lelaki Islam yang diberi amanah sebagai hakim untuk menjalankan tugas dengan penuh adil dan saksama. Alangkah kesian nya lelaki Islam Malaysia, anda sangatlah lemah sehingga sebagai hakim (who supposed to be the most responsible and fair) pun, anda tidak boleh diberi kepercayaan sepenuhnya. Sekiranya, lelaki yang paling tinggi darjatnya pun tak dapat dipercayai sepenuhnya, lelaki2 yang biasa2 ni macam mana la pulak standardnya.

The most ironic ialah, hakim2 lelaki ini perlu disokong pulak oleh hakim2 wanita, yang lagi la lemah dari kaum lelaki. Baru2 ni ada terbaca hadis tentang kelemahan wanita, tak baper ingat.. tapi di dalam hadis tu, diingatkan bahawa wanita ni lebih lemah dari lelaki kerana adanya waktu kotor (tidak suci), malah  kesaksian wanita juga perlu dua kali ganda dr lelaki (kalau saksi lelaki seorang, kalau wanita kena ada 2)..malah wanita juga lebih terikutkan nafsunya seperti amarah, seperti inikah hakim2 kita?

Saya nak tahu jugak apa pendapat ulama’2 kita. saya belum sempat nak research komen2 dorang, disamping sibuk dan sakit tu. kalau ada kawan2  yg lebih arif pasal ni, please share.

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. kakak bkn jenis nak sama hak ngan lelaki
    kakak cuma nak wanita terbela dan dpr hak kemuliaan wanita takyah sama ngan lelaki
    kakak ttp nak lelaki yg berkaliber sebagai pemimpin dunia
    sekian….

    Fid - 07/07/2010 3:01 pm

  2. tambah
    wanita boleh jd ketua tetapi takleh jd yg teratas…..

    Fid - 07/07/2010 3:01 pm

  3. sungguh ka? macam pincang aje. adakah ini salah satu cara halus untuk katakan yang tiada lelaki yang qualified untuk menjaga kemeslahatan orang perempuan? kesiannya orang perempuan.

    knv - 07/07/2010 7:32 pm

  4. kak, saya rasa lebih kepada nak kata yang undang2 Islam tu tak cukup sempurna.. rasa2nya ni rentetan kes kartika tu la..bila bagi hukuman sebat kat wanita, undang2 Islam dilabel kejam terhadap wanita..sedangkan cara sebat dari Islam bukannya sama dengan cara sebat biasa.. sebatan Islam takleh terbukak pun ketiak, so tak de la kuat mana pun. kalau sebatan kat penjara biasa tu, sekali kena mau tersiat kulit punggung

    liyana - 08/07/2010 3:44 am

  5. setuju, tp sah2 wanita takleh jadi hakim, nak bela sbg peguam, silakan. tp nak buat judgement sbg hakim, esp hakim syarie, rasa tak seswai la..even nak jadi saksi pun, kalau lelaki 4 org pompuan kena 8, kalau jadi hakim? 3 hakim wanita baru nak equal ngan 1 hakim lelaki? hahaha,, mau hakim2 dulu yg duk bertegang leher, hat ni nak jatuhkan hukuman camni, hat tu nak hukuman cam ni

    liyana - 08/07/2010 3:48 am

  6. itulah kalau bukan orang yang pakar yang nak sibuk gubal dasar. tak nak tanya betul2 alim ulama. ikut logik akal semata. ingat islam ni sempit sangat ke? takut betul kalau dapat pemimpin jahil agama nih.

    nau’zubillah. :(

    dan2 terasa nak menetap kat obersea. kat sini dah sah2 orang bukan islam yang perintah. so takleh la komplen. yang paling leceh bila orang islam yang buat leceh.

    knv - 08/07/2010 12:08 pm

  7. Perbahasan hakim wanita ini adalah khilaf ulama kerana tidak ada nas yang qat’i. Majlis Fatwa negara kita pada 2006 juga telah putuskan hakim wanita boleh dilantik, tetapi ada garis panduan tertentu, antaranya berpengalaman dalam bidang perundangan. Mengapa tidak dilantik hakim wanita sehingga kini??antara cabarannya ialah seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Nik Salida-rujuk Berita Harian 8 Julai 2010 artikel bertajuk Perlantikan Hakim Wanita Pecah Dominasi…..Apapun kita harus sedar bahawa isu lantikan hakim wanita bukan untuk mencari persamaan taraf atau menidakkan kuasa lelaki, tetapi untuk melancarkan proses perundangan.

    ana - 09/07/2010 3:45 am

  8. ha ah, kalau duk obersea, sah2 duk negara bukan Islam.. mmg susah bila tgk isteri pemimpin tak pakai tudung, rasa malu kat negara luar.. isteri sendiri pun tak dapat dipimpin..

    liyana - 09/07/2010 9:45 am

  9. hakim wanita dalam perundangan sivil mmg dah ramai..hakim2 wanita yg dilantik tu muda2 belaka….mmmm

    kenapa yer, selama ni hakim lelaki jer tak lancar ker.. serius saya ketinggalan ketapi, saya cuma tgk kat TV majlis perlantikan hakim2 tu

    liyana - 09/07/2010 9:47 am

  10. Assalamualaikum,kita harus faham, dalam konteks ini, tidak timbul isu untuk menyeimbangkan kuasa.
    hakim adalah orang yang bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan di sisi Allah, tidak kira siapapun dia.. laki atau wanita. Lagipun, kita tak perlu m’pertikaikn tentang kelayakan lelaki atau wanita sebab bilamana jawatan hakim itu dipegang, ia melibatkan soal keadilan. Jika hukuman dibuat tanpa keadilan, nerakalah tempatnya. Mana mungkin hakim tidak tahu tentg ini, lebih-lebih lagi hakim syariah. Mereka lebih arif dari kita. Jesteru itu, lebih baik mendoakan kebaikan dan kesempurnaan untuk pihak mereka.

    hazi - 24/07/2010 1:38 pm

  11. waalaikumsalam..memang of course mereka lebih baik dari kita..apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yg saya dengar dari TV, kalau TV (berita) tipu maka tipu lah saya..
    memang yg perlu dipersoalkan adalah keadilan, maka persoalannya, adakah hakim lelaki tak cukup adil? sampai nak buh hakim wanita kat situ, wanita ni byk kelamahan (dah sedia tau, dan hakim2 tu lebih tau dari kita, betapa lemahnya wanita, jadi imam utk kaum lelaki pun takleh, macam mana nak menjatuhkan judgement?)
    harap2, dorang bleh la buat kerja tanpa pengaruh emosi, lembut hati, dan berat sebelah kepada kaum wanita..bukan sbb saya nak bela kaum lelaki, tp sebab saya ni penyokong kuat kaum wanita maka saya tau judgement saya sebagai wanita akan sentiasa memberat kepada wanita

    liyana - 24/07/2010 11:56 pm

Leave a comment
Name (required)
Mail (will not be published) (required)
Website

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan