Jurnal Susu

11/14/2009 3:08:00 AM

Ni untuk kenangan saya dimasa hadapan.

Ni stok susu masa 20 hari lepas bersalin

EBM hari ke20
EBM hari ke20
Kendian, ni selepas pindah ke Rawang, dah lama tak masukkan stok baru, sbb dah penuh freezer, tak muat dah.Memula ada 5 plastik biru besar tu. Kemudian, dah hampir expired, terpaksa buat rotation (pam yang baru, simpan, yang lama keluar), tinggal lah 4 beg plastik biru (dalam tu ada lebih kurang 25 ke 30 x 5oz), yang plastik kecik tu yang baru masuk (setiap plastik 10 x 5 oz), yang dalam bekas ais tu yang tak beku lagi.
Setalah dikemaskinikan oleh Asyraf

Setalah dikemaskinikan oleh Asyraf

jangan ada sesiapa yang kata “takpela, susu ko banyak“. Hehe, bukan senang nak dapat banyak tuh. Saya bukan jenis lepas bersalin terus ada susu. Berhari2 la jugak baru susu nak keluar, tu pun malu2. Lepas 2 minggu, baru lancar. HAri pertama dan kedua, saya tak tau ada susu ke dak, sbb saya bg direct ja, masa nih duk hospital lagi. So, agak baby cam merengak ja, saya bagi “susu”. Sampai luka2, maybe sbb takde susu, dia isap punya la kuat. Pedih woo, sampai ibu jari kaki curl kedalam. Huhu. Bila balik ja rumah, saya start pam right away. Saya tanak pisang berbuah 2 kali. anak pertama dulu kena FM dua tiga hari sbb susu takdak. Pam la jugak. Kendian takleh pam dah, sbb luka, bila pam keluar darah, susu tadak. So saya perah ngan tangan. Berbelas2 kali sehari. Total cuma dapat 2 oz ja, bayangkan la. lepas seminggu, baru dapat 2 oz sekali perah, lepas hari ke 14 dapat 10 oz sekali perah. Alhamdulillah. makin lama makin banyak. janji rajin perah. (kan kan kak Fid kan, jangan M ja kan).
 
Selepas 3 minggu kat KL, saya balik berpantang kat Penang, peti ais rumah mak takkan muat punya, so saya bagi semua susu perah kat Asyraf. Yang dia tak sempat habiskan baru masuk freezer. Macam2 tu pun, tetap ada 30 pack fozen EBM untuk dibawa balik ke KL lepas 2 minggu. (saya dapat pam 6 botol 5oz sehari, Asyraf minum dalam 4 ke 5 botol sehari, balance tu la yang disimpan).
 
jadi, mommies yang rasa2 nak give up tu, sabarr skiiit je. skitt je.. dun give up just yet. kalau saya yang start off dengan takde susu pun boleh buat, why not you?
 
Apa nak buat dengan EBM atas tuh? i don’t know. saya dah confirm tak kerja dah.. So tanak beli deepfreezer dah.. Kalau tak pam, sakit, kena pam jugak.. Nak kena kurangkan sikit frozen EBM tu, nak simpan lauk pauk basah. Ni kena beli tiap2 hari, payah la pulak, sbb nya kat sini takde kedai yang dekat. kalau rumah lama takper jer, kedai dekat amat..Hmm..
Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. wow.banyaknye susu.
    jeles ai..hehehhe

    nyesal tak sudah sbb tak buat stock masa berpantang..*sigh*

    rose - 15/11/2009 12:37 pm

  2. jeles dengan benda baik tu bagus, hehe. buat pembakar semangat
    dulu masa anak sulung, saya pun tak buat stok masa berpantang..lagi 2 minggu nak kerja baru buat, (start kerja masa anak 4 bulan)
    uh, mmg stok ala2 mencukupi ja..elok stok start meningkat (dan laki ku mula sengih), period pulak, dum dum dum, susu merudum, deplete balik stok
    sejak tu, saya nekad, kalau ada rezeki anak seterusnya, saya memang akan start pam awal..
    Tu lah hasilnya, tapi tak kerja la pulak..huhuhu
    memang la kita merancang, Allah jugak menentukan..

    liyana - 15/11/2009 11:20 pm

  3. Liyana,

    Samalah kita wan dulu pun hari ke 2, pun dah sibuk mengepam sebab excited beli pam Ameda dan tak nak jadi cam dulu yg cukup2 makan.

    Cam wan alhamdullillah hubby dah kasi bagi dekat anak buah dia. So, dah bersusut sikit susu wan.Cuma yang expired pun wan lum buang lagi. Cadangnya nak wat mandi susu, tapi tak sempat.

    Apa-apa besyukur untuk kali ni, susu leboh daripada yg dulu

    wannorashi - 16/11/2009 3:03 am

  4. hebat lah akak =)
    6 bulan pertama tau, exclusive breast feeding, jgn kasi baby makanan lain selain susu. insya Allah anak sehat mental dan fizikal =)

    ruffey - 02/12/2009 11:47 am

  5. IMPRESSED!..good effort dear!

    hanis - 26/12/2009 11:41 am

Leave a comment
Name (required)
Mail (will not be published) (required)
Website

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan