Tipah nyaris Tertipu
Saya rasa amat bodoh dengan kejadian ini semalam. Betapa lurusnya saya sampai boleh ditipu, dan betapa cerdiknya orang tu guna emosi untuk tipu saya. Apekah ini?
Camni, petang semalam, saya ada terima satu call dari id yang hanya ada 4 angka. Bila diangkat, ada suara mesin kata saya ada hutang dengan HSBC mastercard sebanyak RM5000 lebih (dia sebut spesifik la), yang dah tertunggak 3 bulan. Sila selesaikan tunggakan tu. Lepas tu, dia kata tekan 5 untuk ulang, tekan 9 untuk bercakap dengan pegawai kami. Saya pun terkejut la, mana saya ada apa2 akaun dengan HSBC. Saya tunggu dulu, dia ulang balik mesej tadi, pastu saya tekan la 9. Ada orang angkat. Pastu saya pun mention la, saya tadak akaun whatsoever dgn dia, pastu dia kata memang saya ada akaun tu (dia bg no akaun), dan saya buat pembelian di Low yat beli Toshiba laptop pada 21 julai 2009 (see how much detail they are)..
Saya agak terkejut dan panik. Takkan saya la pulak kena bayar. Kendian, dia berkali kali tanya saya, betul ker bukan saya yang apply CC tu. Saya kata bukan. pastu, dia kata, maybe saya kena kes fraud CC, so dia bagi semua detail yang saya perlu untuk buat laporan kat Unit Kad Kredit Palsu Bank negara Malaysia. Dia bagi la, no akaun, tarikh pembelian, apa yang dibeli dan jumlah. Kendian dia transferkan saya ke BNM.
Bila dapat ke BNM, ada mesin gak jawab, Sila tekan 1 untuk Bahasa Malaysia, sila tekan 2 untuk English. So saya tekan 1. Bila dah dapat kat pegawai dia, memang terer ah depa nih, depa buat macam tak percaya yang saya di fraud, macam mmg saya yang apply kad tu tapi takmo bayar bil. Last2 lepas disoal macam2 baru depa mintak semua detail akaun yang saya ada. saya pun dengan bodohnya, bagi kat depa, sbb depa kata, kdepa nak buat siasatan, sekiranya ada akaun lain kat bank lain selain yang saya bagi, maka itu ada lah fraud, dia kata lagi, kalau sendiket pemalsuan CC, dia takkan apply kat satu bank ja, tapi banyak bank.
Lepas tu dia kata dia akan siasat dalam 72jam (3 harila) semua bank untuk akaun atas nama saya. Dia tak bagi bg tau sapa2 takut2 sendikit tu cabut. sedangkan kalau boleh saya nak bg tau polis jam tu jugak.
Kendian hubby balik, saya bg tau gak kat dia (takkan tak bagi tau kat suami sendiri kan). Kendian, kami duk fikir2, apa la nak kena buat kalau kena bayar jugak RM5000 tu. Lepas tu, saya ingat saya nak check laman web BNM untuk tau langkah seterusnya kalau ada CC atas nama saya. (nampak tak betapa bodohnya saya, masih tertipu). Dalam web BNM, saya terbaca kat Modus Operandi Sendikit penipuan, sebijik macam saya kena, dapat panggilan, pastu forward ke BNM, amik details. Saya gusar. Saya panggil Encik untuk baca. Kendian, kami amik keputusan untuk call BNM.
BNM kata takde pun orang dorang buat camtu. dorang confirmed saya memang dah kena fraud. Saya kata saya ada ref no. Dia kata, BNM takkan bg ref no. Dia pesan kat saya suruh freezekan semua akaun.
Maka, saya pun dengan segera, call semua bank2 yang saya ada akaun dan CC, block terus semua kad, terminate, pastu amik kad baru yang lain. caish, tak pasal2 melayang duit saya RM34 sbb renew semua kad2 tu. tapi alhamdulillah la, kalau tidak, ilang lagi banyak kan.. huhu. Kalau saya tak lurus sangat, takde la ilang RM34 tuh. Kan?
So kawan2, sila ambil perhatian. Jangan tertipu dah macam saya. Dulu2 dorang buat tektik, kita menang hadiah sekian2 ribu, so nak detail utk bagi hadiah. Tapi orang dah tak percaya, ya la sapa nak bagi hadiah free2 camtu kan. Join contest pon tadak. So sekarang depa guna tektik kita berhutang, serious terkejut giler. So kome2, kalau dapat panggilan macam saya dapat. Letak jer phone tu, pastu pegi bank yang berkenaan (my case, HSBC la) dan tanya kat sana. jangan terkena macam saya dan tanya kat “pegawai” dia.
\What do yo think? Saya nak repot polis ka? Tadak duit yang hilang.




salam
layen
memang hang kena fraud
sebab ramai kawan aku dah kena camni
hatta lakiku pun kena
tapi dia kata takpe la utang 10k nanti dia setel dgn AKPK
bila lakiku cakap camtu, beria orang tu kata memang kena setel dengan diorg je
lepas tu satu lagi
yg diorg channel kan ke BNM diorg tu pun org depa jugak
hang buat repot polis je sebab diorg dah ada particular hang
menyesal lak aku tak share citer ni dulu dgn hang
kalu nak tau hari ni maybe dia akan call hang lagi kata akaun hang dah kena freeze
nanti hang buat bodo je la ye
cakap je takpe nanti nak tgggu surat official datang
baru hang nak take action
sebenarnya nak freeze kan account bukan senang2 camtu ja byk procedure tu
so diorg ni memang expert la tau macam mana nak gempar org bagi panic
hari ni kalu dia call hang
hang kenakan depa balik tau
Salwa - 11/11/2009 12:16 am
bahayanya..
kene lebih berhati2 lepas ni..
tamola jd ‘Rose tertipu’ eehheheh…:-)
rose - 11/11/2009 5:06 am