Keputusan telah dibuat
Kini, dengan rasminya, saya (dan suami) membuat keputusan, bahawa saya tidak perlu bekerja lagi (buat sementara waktu). Setelah lama dibincang2, di diskusi (sehingga kadang2 tercalit adegan merajuk, wakekeke).. maka “cuti” saya dilanjutkan lagi setahun. hehe
Bagi yang tak tau, dulu (dulu dulu..) saya bekerja di UM/PPUM, sebagai researcher, atas sebab tertentu, saya berenti kerja, waktu ni dah pregnantkan si Aqeef.. So Encik declare “cuti” untuk saya selama setahun (sehingga Nov 2009), supaya saya boleh rest, tak yah susah payah nak cari kerja lain, dan juga supaya saya merasa betapa boringnya menjadi surirumah. (Encik dengan yakinnya percaya, saya takkan mampu duk rumah lama2, saya cepat boring dengan ketiadaan aktiviti mencabar minda). hehe..
Tapi, nampaknya, saya suka la pulak duduk rumah. Ngadap anak2 hari2. Walaupun kadang2 selalu tension, tapi untuk pergi menensenkan diri kat workplace pulak, tak kot.
Some people may say Takpela, gaji laki mu besor, bleh aa goyang kaki kat umah. Even, ada sorang kawan ni berlawak ngan saya Laki hang keja cop duit ka yang hang bleh duk umah? Hehe. Ada ka pulak. Buat pengetahuan semua, suami saya hanyalah seorang guru sekolah rendah. Bukan engineer, bukan doktor, bukan peguam, dan bukan ahli musik ya. Cuma kelebihan kami adalah, kami takde demand banyak, cukup sekadar apa yang ada. Makan, bagi kami, dah mewah dah setakat ni, Alhamdulillah. barang2 mewah takde la tempat dalam rumah kami, tapi tak kesah sbb saya memang tak gemorkan barang2 mewah. Alhamdulillah, selamat poket laki ku kan? Hehe.
Apa yang bakal saya rindui?
kalau dulu,saya suka blogging pasal workplace, pasal fieldwork, pasal people yang kadang2 orang tak perasn pun. Kini, takde dah la blogging pasal tu kan? Kini, mungkin lebih pasal family, anak2. Oh yes, saya mungkin akan blogging pasal Green Home, rumah kami akan mengamalkan konsep Green Home, Reuse Reduce Recycle, compost pile dah terbina. nanti ku tulis pasal ini ya.
Kepada yang teringin nak jadi surirumah seperti saya nih, (hehe) ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
1. Ni yang paling penting. Cuba kekang nafsu anda, OK. Bila dah berenti kerja nanti, sebahagian pendapatan dah berkurangan, maka budgeting amat perlu, kalau tak perlu, baju2 cantik, kasut2 lawa tu tolak la tepi dulu. Dahulukan yang perlu, NAFSU tu perlu di train OK?
2. Budgeting. Anda perlu pandai budget. Sebab sole breadwinner ni payah la skit nak buat savings. jadi sila buat kira2, dan ketepikan sikit emergency money.
3. Sekiranya anda dah berenti nanti, (ni penting tau). sila balik jenguk mak bapak selalu2 sikit. jangan kedekut. Ni salah satu cara nak tambah berkat dan rezeki. Jangan dok lupa pulak, rezeki tu dari ALLAH, dan ALLAH dah berpesan, sesiapa yang jaga silaturrahim, ALLAH akan bayar on the dot. So tak yah gusar takde duit nak balik kampung. Just yakin dengan Allah, duit akan cukup punya. (kami adalah living proof tau, kami balik kampung selalu, setiap bulan, sorang kat kelantan sorang kat penang, mana cekau duit? jangan tanya, itu urusan Allah).
4. Dah duduk rumah nanti, jangan buat semua kerja rumah, macam anda itu superwomen. suami ada bahagian dia jugak tau dalam menjaga rumah nih. Waktu anda sepatutnya bleh didik anak. Jangan la pulak malas buat kerja rumah sampai baju pun hantar dobi, hehe. kan ke bleh boh lam washing machine ja, klik terus siap.
5. masak. Ini bukan kewajipan isteri tau. tapi kalau bleh buat, buat la. kalau tak letih. Masak tak penting. Yang penting adalah, bila suami nak makan, temankan. kalau agak2 tak larat nak masak, call ja suami bg tau “abang, beli lauk/makanan ya, saya tak masak”. Tapi, sebaik ja dia masuk rumah, terus sambut makanan tu, dan hidang lawa2. DAN teman dia makan, jangan duk sebuk kat anak la pulak. kalau perlu, pangku anak2 sambil makan, atau kalau tak leh makan, pangku anak DAN duduk kat meja makan. TEMAN SUAMI MAKAN.
6. Cuba fikirkan jalan untuk jimatkan bajet rumah, seperti jimatkan elektrik, air etc.
7. Walaupun duduk kat rumah, tak bermaksud minda tak jalan. Ada banyak sumber untuk mengaktifkan minda. Contohnya, baca Al-Quran (berserta maksud ya). You never know what you’ll find. Seriously, saya baca baru 3 muka surat, pastu dapat revealation baru tentang cerita nabi Adam dan Musa. baru terfikir pasal benda2 lain. Bukak siaran radio yang bermanfaat sambil2 buat kerja rumah. Frankly speaking, saya lebih banyak idea nak sembang ngan Encik dari sumber2 ini. (i’m so lucky because my husband is well versed on religious issue, so I can ask him almost anything, Alhamdulillah).
Ok, that’s all for now. nanti2 ada idea lain pulak saya add lagi ya..



