Kenapa ramai doktor gynea lelaki?
saya ada terbaca satu blog entry di facebook, oleh kerana FB tu dia turun dan turun, maka post itu dah lesap okey.. Perbincangan post tu tentang aurat wanita masa nak bersalin. Rupanya kita (termasuk saya la) masih mengambil mudah tentang hal nih.
Memang benar, saya rasa amat malu masa bersalin, saya sanggup tahan anak tu dalam perut dari bersalin, dan saya somewhat bersyukur saya kena ceasar, tapi dalam masa yg sama, saya sedih sbb tak bleh beranak ramai sedangkan saya nak anak ramai.. Kalau la proses bersalin itu tidak terlalu memalukan kan best?
saya mengaku yg saya alpa bab bersalin ni. Bab yg bincang di blog tu, ialah betapa kita ambil mudahnya nak bersalin, mana2 doktor pun dah boleh, tak kira laki perempuan, muslim atau tak.bab aurat la. Sedangkan ada ja hospital bersalin yg muslimah semua. tinggal cari dan sediakan duit ja. Mahal? ya mahal.. tapi mana mahal dengan aurat isteri? Bak yg dibincangkan dalam post tu, dia amat bersyukur kerana suaminya betul2 ambil berat tentang aurat dia. Saya ada tanya Encik, “how do u feel when I’m in labour room?” Dia kata “tokyah cakap lagi dah, tanak ingat, it was horrible, ”
This time around, saya akan kumpul duit utk bersalin di hospital muslimah semua.
Bagai contoh yang dibuat, kalau kita sesat dalam hutan, lapar, kemudian melintas seekor anak babi yang gemuk. Adakah kita akan makan babi tersebut? Kerana pada ketika itu memang dah sangat lapar dan boleh bawak mati. jawapan dia NO, sebab banyak lagi benda lain yang boleh makan, contohya, cacing tanah, cengkerik segala seranga, buah buahan, dan daun2. Babi bukanlah suatu pilihan. perumpamaan ni sama ja macam bersalin. Sama ada kita sanggup ke idak. Sanggup tak kita nak makan cacing tanah instead of babi? Geli geleman seh cacing..atau siput babi? Tapi halal..Atau kita lebih suka babi yang gemuk tu, walaupun ia haram? Sama gak macam bersalin, adakah kita sanggup kumpul duit dan bayar mahal2, atau maybe hutang kad kredit dulu, pi kat hospital muslimah dan halal, ataupun adakah kita sanggup ke hospital kerajaan walaupun aurat dengan kebanyakkan staf disitu adalah haram? Tapi murah.Satu benda nak difikir.
kalau sentuh babi/anjing, sekadar kotor najis, bleh la samak, kalau aurat, sentuh kulit dengan bukan muhrim, haram selamanya, nak samak dengan apa? Ya Allah, lalai nya aku..terasa macam nyesal sangat. Rasa jahilnya aku..Astaghfirullahalazim..Rasa tadak beza dengan mereka yang pakai tudung tapi dedah2 bagahian anggota tubuh yg lain..
Yang lelaki lak, apahal yang syok sangat jadi gynea hah? Dam apasal perempuan tanak jadi gynea. Rasa2nya bg mereka (perempuan) yg berkelayakan utk jadi doktor, jadilah gynea. Fardhu kifayah tuh. Ku cakap la berkelayakan, sbb ku tidak hehe.. kerja lain org lain boleh buat, kerja2 bab beranak nih, hari2 ada org beranak.







