Sakit kepala
Dah seminggu sebenarnya saya sakit kepala yang amat sangat. Sampai muntah2 sebab pening sangat. Dah makan paracetamol pun tak jalan jugak. Selalunya, kalau sakit kepala, saya tidur, lepas bangun tidur, legalah sakit kepala. Tapi sakit kali ni tak pulak menjadi petua tu. Bila bangun tidur, lagi sakit dari sebelum tidur.
Saya mmg ada migrain sejak dulu2 masa sekolah. tapi dah lama la jgak tak jadi. Asyik bertangguh tangguh nak pegi klinik, akhirnya, saya pergi klinik petang semalam. Dan resultnya ialah: Saya sakit sebab terlalu stress. (ayark, duk umah pun stress ka?) Saya tak sedar pun yg saya ni stress, hari2 yang dilalui tu macam hari2 lain jugak, cumanya minggu ni Aqeef demam, so letih extra skit la.
Lepas difikir2 balik, maybe la stress. Sbb bila Aqeef demam, dia nak susu manjang. So terlekat dengan dia ja, kerja lain semua terbantut. Pastu, Asyraf pun mintak perhatian jugak. Letih gamaknya..
Pesanan buat kawan2, toksah la sakit sebab stress, sebab selagi duk stress tu tak hilang sakitnya. Mmg sakit wa cakap lu.. Sakit kepala, sampai ke leher, leher jadi cam tegang semacam, pastu tangkap sakit sampai ke otot bahu dan lengan, sampai angkat lengan pun rasa cam lenguh2 gitu.. Bila sakit stress, dia jadi lagi bertambah stress, sbb lagi banyak kerja yang tak boleh buat sbb asyik pening dan sakit, melepek jer la.. tapi sbb takleh nak tengok kerja tak sudah, mesti akan digagahkan buat jugak. bila buat jugak kerja, makin tambah parah sakitnya. elok2 setakat sakit dan pening ja, terus macam nak pitam, mata gelap terus, tak nampak apa, kena baring/duduk sampai mata bleh nampak balik, masa mata tak nampak ni la yg anak2 nak haru biru.. so mmg bertambah sakit..Doc kata “awak kurang rehat, balik rehat” sambil tengok kat hubby (wakakaka).. sian hubby ku, mesti doc kata dia tak tolong buat kerja rumah, sedangkan dia mmg rajin buat kerja rumah..
Aqeef pon masih belum baik sepenuhnya.. Saya pun masih pening, dan mual2 (bukan pregnant ya)..



