Archive for April, 2010


(Isteri) berkerjaya, bukan tiket untuk buat hutang

04/26/2010 4:42:00 AM

Ramai antara kita yang kedua-dua suami dan isteri berkerja. Pelbagai sebab dan objektifnya. Cumanya, apabila seorang isteri mula ‘memegang’ duit, objektif selalunya sudah terpesong.

Jelesnya aku kat kau Layen, boleh jadi surirumah, kalau aku, aku pun nak jadi surirumah lepas baby lahir, tp ada hutang nak kena bayar, so kena kerja

Hutang ape ye? Hutang kereta, hutang PTPTN, hutang rumah yang dibeli.

Selalu terjadi, bila wanita dah ada anak, mereka mula rasa perasaan membuak2 ingin duduk dirumah, tapi selalunya tak dapek la, sbb banyak beban duk tarik kebelakang (pulling you down eh).

First thing first. Kereta. Ramai yang ada dua kereta. Samada yang beli sebelum kawin atau selepas kawin. Yang beli sebelum kawin tu difahami la, Ye la nak pergi kerja kan. Kemudian, selepas berkahwin , masing2 sudah mempunyai kereta sendiri. Dan masing-masing kena membayar loan kereta sendiri. Apa yang terjadi ialah, selepas melahirkan anak, seorang perempuan tak dapat berhenti kerja dan duduk dirumah, sebab perlu membayar loan keretanya. “tak boleh berenti, sapa nak bayar kereta aku, laki aku kena bayar kereta dia pulak”. Saya ada utarakan kat Encik, jawapan dia mudah “jual je la kereta tu, bagi tinggal satu ja”. Dan saya dapati saya bersetuju. Perkahwinan adalah perkongsian, kenapa tidak berkongsi kereta dan mengurangkan beban. Dan mungkin bila dah kurang beban, boleh la mempertimbangkan untuk berhenti kerja. (perkara ini perlu difikirkan bersama-sama semua perkara dibawah, jadi, teruskan membaca dulu).

Kedua. Rumah. “saya tak dapat berhenti kerja kerana loan rumah”. Pembelian rumah ni ada dua kes. Satu yang suami dah beli sebelum kawin. Kedua, yang sama2 beli selepas kawin. kalau dalam kes satu, apa yang difikirkan oleh isteri(?). Suami awak memang mampu punya nak bayr loan tu walaupun tanpa awak. (hehe). Logiknya, sekiranya dibeli sebelum kawin, sudah semestinya sang suami akan beli mengikut kemampuan dia SEORANG. Buatnya ditakdirkan tidak berkahwin, dia nak mintak duit siapa la pulak? jadi, kaum isteri ja yang duk pening kepala sorang2, fikir benda yang tak sepatutnya.. bagi kes kedua, Beli sama-sama. Yang ni kena fikir la habis2an, nak ke kerja sepanjang hayat duk membayar loan rumah kalau buat combine loan untuk beli rumah yang mahal. Kalau jawapan anda YA, maka jangan bising bila kena kerja, you choose so be responsible. Kalau rasa satu hari nanti, kalau boleh nak duduk rumah nak tengok anak2, sila buat pertimbangan semasa beli rumah. Beli ikut kemampuan suami (see, it’s all come back to the right way, the Islam way, suami provide). Jadi, syukur dengan apa yang mampu, dan buat rumahku syurgaku.

Jangan beli rumah kedua, masalah dengan kaum hawa ialah: nafsu tak dapat dikekang. Ya Rabbi, kalau boleh buat perbandingan, macam kambing yang terkurung seminggu dalam reban dan tak dapat makan. Mbeekkk mbekkk, kuh kah kuh kah, nak keluar dari kandang. Dengan bisingnya, dengan mengganas kat pintu kandangnya. Orang lain ada rumah dua, kita pun nak rumah dua. (frasa famous:tu rumah laki aku beli, aku pun nak aset aku gak). orang lain beli tanah, kita pun nak beli tanah gak. Akhirnya, tak dapat berhenti kerja sbb komitmen untuk membayar loan itu. Orang lain renovate dapur, kita pun nak jugak. Tak boleh tidak. Qanaah la sekadar apa yang ada. Sekiranya mahu lebih, kita usaha lebih dan cuba dapatkan tanpa hutang. Hutang ni dalam Islam, last resort ja. Option terakhir. Tapi, sekarang ni, saat sah jawatan ja, terus isi borang loan. Dush, takde brek brek dah.

Ketiga. PTPTN. Hutang study ni setahu saya bleh bayar skit2 kan. Encik bayar RM100 ja sebulan, kalau hujung tahun ada balance lebih, bulan 12 tu bayar lebih sikit. So, soalan cepumas. Sebulan, suami anda bagi berapa kat anda sebagai duit poket? Hah tadak langsung? Ye ker? Sian. Sikit pun takde? Saya dapat RM200 sebulan, 100% mine. Bukan untuk beli barang dapur, bukan untuk bayar bil. Mine. Sikit ker? jadik aa. Kadang2 dapat RM100 ja, ikut pasang surut poket Encik la. tapi wajib dapat. Duit ni saya bleh buat apa ja. Tapi sebab saya tak reti shopping, selalunya terperap jer la, agak2 banyak skit, saya guna buat modal tambah stok kat anaqi.com, akakaka. barang2 dapur, kain baju semua mmg duit Encik, so RM100 utk saya dah banyak sangat la. jadi duit korang, korang buat apa. Dengan RM200 ni (anggaran RM10 setiap hari bekerja), boleh la buat bayar PTPTN RM100 sebulan. kan dah mencukupi. Yeay, dah boleh berenti kerja, sbb komitmen dah settle.

Eh eh, aku mampu, sukati aku la, duit aku. Ko leh le cakap, ko tak kerja

eh eh, hehe. Ye duit awak. takde pun saya mintak. bagi saya (dan saya saja), anak2 terlalu berharga. Sekiranya tiada sesuatu yang memaksa saya bekerja dan meninggalkan anak2 dibawah jagaan orang lain, biarlah saya jaga sendiri. Biarlah tidak bekerja. Cuma bagi yang mahu atau berhajat menjadi surirumah, cuba check balik perkara2 diatas. Malah, bagi yang bukan surirumah pun, cuba2 la check balik perkara diatas. jangan membazir, train nafsu kita yang 9 tu, jangan duk ikutkan sangat. Para suami, agak2 nampak nafsu kambing si isteri nak terlepas kandang tu, baiki2 la kandang tu, tukar dari kandang kayu, guna kandang besi ker. Tu la mendidik namanya, bukan ikutkan je kehendak isteri.

Sepatutnya, bila berkahwin, kita share burden, kalau sebelum kawin tiap2 sorang ada 100 komitmen, takkan lepas kawin jadi 200 komitmen total. Sepatutnya kena kurang, kepada 150 ke 100 ke, jadi yang pikul nya 50 ja seorang. Ringankan beban, sebab satu hari nanti kita akan ada tanggungjawab lain lagi, iaitu anak2. kalau tak reducekan beban yang 100 tu, max tu, nanti bila tambah dengan anak, kita dah tak tertanggung.

Me: Jangan suka buat loan. kalau betul mampu kenapa tak beli cash je. itu maknanya, ko tak mampu.First car + first house is ok, tu keperluan. tapi second car, second house tu takde pun tak kesah kan.


Bokashi

04/23/2010 5:39:00 AM

Dalam saya duk jengah2 blog yg saya follow, saya terjumpa benda ni BOKASHI di Down To Earth. Tertanya2 saya, apa Bokashi. Selepas di google, rupanya bokashi ni perkataan bahasa Jepun bermaksud ‘benda reput’ (adakah sama dengan  French “potpouri”? rotten bowl)

Menarik wo benda ni

Simple, macam baldi, untuk bubuh segala kitchen scrap dan tukar kepada baja dan kitchen juice. prinsip dia senang, ada container (baldi macam dalam gambar, dengan paip kat bawah), pastu kena ada macam penggerak (?) dia, dalam kes ni dipanggil EM Bokashi.

Memula nak guna, tabur sikit EM dalam Bokashi, kemudian boleh la bubuh segala sampah dapur, lepas bubuh sampah dapur, tabur lagi EM. Kira macam kek lapis la. EM, sampah, EM, sampah. Dan seterusnya. Untuk senangkan kerja, buh satu mangkuk kat dapur (kat sink), kumpul banyak2 table scrap, dan penuh mangkuk/besen, pastu tuang semua masuk bokashi, kemudian tabur EM, boleh buat sehari sekali.

Lepas dah masuk EM dan sampah, akan terjadinya sesuatu (jengjeng), EM tu terdiri dari bakteria2 yang akan menguraikan sampah. Bila sampah terurai, hasil sampingan adalah air (plus air dari sisa makanan semua). Air ni kena di’harvest’ setiap hari. Terpulang, nak buang atau nak guna sebagai baja. kalau nak guna sebagai baja, dilute kan 1:1000 (boleh bayang berapa banyak baja yg dapat?). Air ni (dipanggil kitchen juice) juga boleh digunakan untuk membasuh bilik air, longkang, singki etc. kalau buang dalam sistem paip kita pun selamat, malah boleh membantu merawat air sisa kumbahan kerana kehadiran bakteria2 tadi. jadi, sambil menyelam minum air.

Busuk tak? Tak, bila dah ditambah EM tu, penguraian berlaku, bau yang ada adalah bau manis2 macam cuka (bayangla sendiri hehe). jadi takde masalah untuk letak kat dapur si Bokashi ni.

kalau dah penuh? Kalau dah penuh, ada dua pilihan. Satu: boleh terus ferment dia lagi seminggu dua, sambil harvest air dia setiap hari, selepas dua minggu dan isi perut bokashi dah kering, boleh la bokashi ni dikosongkan, isi nya ditanam atauu dibuang;bagi kes rumah merpati. Dua, kalau takde bokashi lain, boleh terus tanam ja isi perut bokashi ni. kalau tanam kat pokok2 besar, maka mewah baja la pokok2 tu. kalau tanam kat tanah biasa, esok lusa bleh buat batas sayur. nice.

oh oh, The price please

Container tu, kalau betul2 Bokashi, RM150 dan ke atas (beserta sepeket 1kg EM dia). kalau guna mana2 plastic container yg ada kat pasaran pun boleh, takde hal, lagi murah.

Rujukan

  1. Penang Watch
  2. Sustaining Our Environment Together
  3. Biotech Artwork
  4. Bokashiman
  5. Do the Bokashi

Me: I don’t have Bokashi, but I have a compost pile where I dump all the kitchen scrap. Every 3 months, I change the location. I use the fertilizer from the compost pile for my garden (veg+flowers). But, I think I do love Bokashi, and I’m thinking of getting one (maybe 2), because I could use the ‘kitchen juice’, you don’t get that from a compost pile.


24 DON’Ts in Islam

04/19/2010 10:23:00 AM

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Menarik kan, saya copy dan paste dari kenalan baru Rosdalila. Kenapa ada satu yang merah ang ang. Ni peringatan penting untuk diri saya. JANGAN kejar dunia sangat. Akhirat yang penting. Pesan Ustaz: Kalau kejar Akhirat, Dunia akan ikut bersama, kalau kejar Dunia, Akhirat tertinggal dibelakang. Banyakkan muhasabah diri, mana satu aku kejar?


Girl Power

04/16/2010 1:00:00 AM

Saya ni kan, asik letih manjang. Saya banyak la try supplement sana sini, yang mahal yang murah. yang mahal tu OK, tp mahal la pulak, saya ni dah la income ala ala ja kan hehe. So saya lebih ambil berat pasal apa yang saya makan, makan lebih banyak sayur (sayur? bila ko makan sayur layen oi), ahahaha. sayur yg tak hijau aa, Tak suka sayur hijau, minum susu 2 gelas sehari (start sebab sakit lutut, maybe sbb BF Aqeef). Nasi makin kurang makan la, apehal ek. Macam cepat kenyang pulak, kenkadang frust tengok lauk asam pedas, nak makan lagi tapi perut betul2 takleh masuk dah, padahal baru ciput ku makan (scale Layen la, bukan scale org lain, akekeke). tapi, tetap letih jugak. Ya la, anak lelaki dua orang, tgh melasak pulak.

Kemudian, tup tup semalam “kawan baik” a.k.a bulan merah sampai, tiba2 macam bertukar jadi power puff girls, energy ntah datang dari mana. Boleh buat banyak kerja, focus lebih baik, minda tak berserabut, takde self pity (kenkadang this can lead to depress ye Milah). habis ku mop satu rumah, gunting rumput kat luar, ajar Asyraf kv (dan seronoknya saya bila dia bleh joinkan 2 sukukata), bagi extra soalan kat SIL utk study, pegi kedai buku beli extra buku rampaian utk SIL, malam plak gi pasar malam beli barang basah ngan cik Hubby. Sebelum tidur, sempat main ngan budak2 dulu. Macam power puff girls la nak banding hari2 biasa saya yang mandom ja, kalau buat kerja mesti letih, kalau tanak letih (dan marah), kena butakan mata dengan benda yang  bersepah.

Adakah berkatnya bulan merah itu? Mungkin tu adalah anugerah Allah kat perempuan kan, buang darah kotor supaya badan lebih sihat. (this is a bit gross but I want to say it anyway). Period kali ni agak mengejutkan, darah yg memula is black, not dark red nor dark brown, it’s black. I think that’s the ‘unhealthy’ portion of me. Good riddance. lepas tu baru turn back normal.

p/s: saya sempat baiki cloth diaper Aqeef (warisan Asyraf, so dah 3 tahun lebih la), masa berpantang ari tu, sapa tah basuh, abis hampir hancur CD CD ku huhu, ni baru berkesempatan nak baiki (ada gak baiki tp sikit2 ja, kali ni CD make over). CD CD tu dah terbukak jahitan tepi dia so nampak layers dia, saya buh piping dengan kain cotton. semalam, saya ceraikan satu all in one CD, saya nak tukar dia nyer cover. cover asal dah koyak rabak. sehingga semalam, semua mending dijahit dengan tangan (surprise2 sbb aku mmg tak reti menjahit). hari ni nak try jahit cover baru dan piping dengan mesin jahit pulak. saya leih confident jahit dengan tangan, ahhehe, mesin laju sangat



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan