Archive for February, 2010


BI vs BM

02/24/2010 11:47:00 PM

Ni dilemma teruk bagi saya. Dah bertahun dah. Huhu

Kalau boleh saya nak, semua penulisan saya berbahasa Melayu, terutamanya kedai saya. Tapi amatla payah nak tukar dari BI ke BM, ada banyak perkataan yang saya tak reti translate. (it’s not helping when I keep thinking good sentences in English, tapi tak boleh terjemah those sentences ke BM).. Anda boleh tengok bukti kejadian haru ini di kedai saya, anda boleh bayangkan betapa celarunya saya haha.

I feel bad when using English to sell to Malaysians. But seriously I cannot find the right words and sentences.  (No wonder I got B in BM @ PMR). I’m thinking to pay somebody to write it for me.. Anybody interested? hehe. Murah2 dah ler caj ye..(Saya tak buleh tulis perenggan ini dalam bahasa Melayu pun, takleh cari perkataan yang sama cantik, teruk nya ko Lion)..

Saya memang tak senang hati bila menulis dalam Eng, biarla Eng saya terer pon (terer ka terror) haha. saya patriotik, tapi Bm saya hancus


Buah Kerdas

02/24/2010 5:12:00 AM

Siapa tak pernah tengok. Buah ni kalau makan dengan nasi, tak nampak dah orang keliling, memang kaw.

CNY baru-baru ni, kami balik ke Perak, dan ambil sebaldi buah ni..ish tak dapek uplod laks..


Dara di zaman ini.

02/24/2010 4:47:00 AM

payah ke nak jaga dara di zaman ni?

Pesanan buat si Dara

Wahai adik-adik ku, jagalah maruah diri kalian. Jangan la senang-senang biar diri sendiri diperkotak katikkan oleh manusia bernama lelaki durjana. Anda masing-masing sudah besar panjang, bawa lah berfikir panjang demi kebaikan diri sendiri. Dan, ikutlah saranan agama kita supaya menjauhi zina. Menjauhi zina ni termasuklah mengikut sang Arjuna ke karaoke, BBQ di tepi pantai, bercuti, makan-makan sampai larut malam. Banyak lagi nak senaraikan. Cubalah berfikir dengan akal yang waras dan tidak dikelabui oleh nafsu (tiada perkataan sayang ye, kerana yang terbayang hanyalah nafsu, kalau sayang, selalunya tindakan nya berbeza). Cuba bawa berfikir, sekiranya seorang lelaki itu benar benar sayangkan anda, kenapa dia perlu merosakkan anda? Jika dia benar benar sayang dan cinta, kenapa dia perlukan ‘bukti cinta’ pula. Kalau dia meminta bukti cinta, maksudnya dia tidak percaya pun pada kata-kata anda bahawa anda sangat sayang padanya, jadi kenapa perlu percaya pada kata-katanya bahawa dia akan menjaga dan mengahwini anda? Betul tak? Sekiranya dia tidak dapat mempercayai anda, kenapa pula anda mahu percaya pada dia. Sekiranya dia kata kata-katanya boleh dipercaya, bahawa dia akan mengahwini kamu selepas kamu serahkan tubuh, cuba tanya padanya “Apa tak cukup ke dengan kata kata anda, yang anda sayang padanya?”

Lelaki baik tidak akan merosakkan wanita kesayangan nya. Tidakkah anda teringin mendapatkan seorang Jejaka yang berani, gagah, bertanggung jawab? Berani menyuarakan hasratnya ingin hidup bersama anda kepada ibu bapa anda. Tidak gentar mewarwarkan rasa sayangnya kepada ibu bapanya, agar ibu bapanya cepat cepat masuk merisik dan bertunang, agar hatinya senang bahawa kamu sudah dijanjikan kepadanya. Sang jejaka yang tidak gentar menjabat tangan Tok Kadi. Bukan mudah mahu menyambut genggaman erat Tok Kadi, perlu kursus, perlu interview, perlu bersaksi. Bukan mudah. Tidak banggakah anda sekiranya Jejaka sehebat ini yang menjaga anda seumur hidup? Daripada sang Arjuna  yang pengecut, hanya pandai mengecek di belakang belakang, tidak  berani berterus terang.

Pesanan buat sang Arjuna

Wahai sang Arjuna, janganlah bertindak kejam dan dayus. Saya amat tahu yang anda ni pengecut, tiada langsung sekelumit keberanian, haha. Jangankan mahu jumpa Tok Kadi, mahu jumpa dengan ibu bapa Sang dara belum tentu berani. Jikalau meragut kedaraan wanita adalah satu pencapaian buat anda, dan dibanggakan, saya amat bersimpati. nampak sangat, hidup anda adalah kosong. Tiada orang ambil peduli, tiada kawan-kawan untuk berhobi, tiada keluarga yang kisah anda pergi kemana, dan tiada seorang pun dari kawan-kawan anda yang ambil berat tentang anda. Tiada seorang pun yang mengingatkan anda tentang bahaya multi-partner ni.

Cubalah bayangkan, jaki Ibu anda pulang kerumah membawa perut yang sarat dengan anak yang bukan benih ayah anda. apa yang anda rasa?

Pesanan untuk IbuBapa

Sila ambil berat hal anak anak tidak kira lelaki atau perempuan. Selalunya, anak perempuan yang dikongkong sangat, tetapi tiada siapa yang kisah tentang anak lelaki. Sedangkan anak lelaki juga memerlukan perhatian yang berat, kerana mereka lah yang akan menjadi pelindung atau perosak wanit suatu hari kelak.

Ni semua sebab tengok Wanita Hari Ini la nih. Sedih tengok anak-anak muda, mengandung, bagai tidak kenal lagi dosa dan pahala


Milestones anak

02/12/2010 5:32:00 AM

DIbawah ini list menunjukkan perkembangan anak-anak mereka membesar di tahap tertentu umur anak-anak mereka.

Semasa 3 bulan anak suka atau boleh:-
- Suka dibelai, dipeluk
- mengikut pergerakan dengan menolehkan kepala
- menggerakkan tangan dan kaki dengan. mudah
- meniarap
- menjadi tenang dengan suara yang selalu didengar seperti. suara ibu/bapa
- terkejut dengan suara yang kuat
- menangis bila lapar

Semasa 6 bulan:-
- Suka masa bermain
- cuba memasukkan benda-benda kedalam mulut
- menyapai dan memegang benda
- ketawa

Semasa 9 bulan:-
- Duduk dan merangkak
- respon bila namanya disebut/dipanggil
- menyebut mama/papa
- boleh berdiri dengan memegang kerusi atau meja
- faham dengan perkatan mudah seperti makan, bye, boleh

Semasa 12 bulan:-
-     Menggerakkan tangan isyarat “bye bye”
-     berkata-kata yang mudah
-     berjalan
-     menunjukkan perasaan gembira, sedih, marah
-     boleh makan sendiri menggunakan tangan/sudu

Semasa 18 bulan:-
- Memcuba memakai kasut sendiri
- memberitahu apa yang dimahukan
- menunjuk pada benda-benda yang dikenal apabila disebutkan
- suka bermain dengan kanak-kanak lain
- bermain diluar rumah
- mengikut apa yang dibuat oleh orang dewasa

2 tahun:-
- Panjat dan berlari
- Berbual pendek
- belajar peraturan2 mudah jika selalu diingatkan
- belajar benda-benda yang baru
- menunjukkan kasih sayang dengan memeluk atau mencium kembali orang yang menciumnya

3 tahun:-
- Belajar pergi ketandas
- berkayuh basikal 3 roda
- menendang bola
- belajar menconteng/melukis
- bertukar perasaan dengan mudah. kadang-kadang menunjukkan perassan dengan pertuturan
- memahami perasaan orang lain

4 tahun:-
- Boleh bertanya apa-apa yang ingin diketahui
- memakai baju sendiri dengan bantuan
- memanjat dan turun tangga
- mengenal sedikit warna
- susah untuk berkongsi mainan yang disukainya
- mula mengenal ahaya

5 tahun:-
- Bermain beramai2
- memegang gunting craft
- menangkap bola
- berbual dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang dikenali
- suka mendengar cerita2 dari buku2

Tak la semua tu kena, tu cuma guidelines jer.

Meh tengok yang Asyraf dan Aqeef lak
Semasa 3 bulan anak suka atau boleh:-
- Suka dibelai, dipeluk (Ni dua dua anak pun suka, sampai sekarang)
- mengikut pergerakan dengan menolehkan kepala (Yep)
- menggerakkan tangan dan kaki dengan. mudah (yep)
- meniarap (yep, dua2 meniarap sebaik jr lepas pantang)
- menjadi tenang dengan suara yang selalu didengar seperti. suara ibu/bapa (yep)
- terkejut dengan suara yang kuat (yep)
- menangis bila lapar (kurang la, bila lapar, ada bunyi “heh heh” so saya tau depa lapar..)

Semasa 6 bulan:-
- Suka masa bermain (main ja kerja dua2 budak itu, sampai mak tido dulu sbb tak larat tunggu)
- cuba memasukkan benda-benda kedalam mulut (Aqeef ja camni, Asyraf tak pica)
- menyapai dan memegang benda (yep, Aqeef sangatla menggapai)
- ketawa (yep, intoxicated)

Semasa 9 bulan:-
- Duduk dan merangkak (tak ingat Asyraf merangkak bila)
- respon bila namanya disebut/dipanggil (ooo ni awai lagi, Aqeef ngan Asyraf respon masa bulan ke 5 kut)
- menyebut mama/papa (Asyraf sebut ayah, lambat bercakap)
- boleh berdiri dengan memegang kerusi atau meja (tak kut, Asyraf lamba bertatih, 10 bulan)
- faham dengan perkatan mudah seperti makan, bye, boleh (ye kut)

Semasa 12 bulan:-
-     Menggerakkan tangan isyarat “bye bye”(tak ingat)
-     berkata-kata yang mudah(tak kut, Asyraf lambat benor cakap, skrg pun masih pelat)
-     berjalan(belum, Asyraf berjalan masa 13 bulan)
-     menunjukkan perasaan gembira, sedih, marah(tak ingat)
-     boleh makan sendiri menggunakan tangan/sudu(tak ingat)

Semasa 18 bulan:-
- Memcuba memakai kasut sendiri(tak kut, masa 2 tahun lebih)
- memberitahu apa yang dimahukan(sampai skrg takleh nak bg tau apa yg dia nak, seb baik mak dia ni mind reader)
- menunjuk pada benda-benda yang dikenal apabila disebutkan(tak ingat)
- suka bermain dengan kanak-kanak lain(yep, sangat mesra alam)
- bermain diluar rumah(oh yeah)
- mengikut apa yang dibuat oleh orang dewasa(tak ingat)

2 tahun:-
- Panjat dan berlari(oh tersangat la memanjat dan berlari)
- Berbual pendek(taaakk)
- belajar peraturan2 mudah jika selalu diingatkan(yep, ada “hep” tak baik)
- belajar benda-benda yang baru(apa eh?  ABC)
- menunjukkan kasih sayang dengan memeluk atau mencium kembali orang yang menciumnya(yep)

not yet 3 yo
3 tahun:-
- Belajar pergi ketandas(belumm)
- berkayuh basikal 3 roda(dari setahun 10 bulan dah kayuh basikal roda tiga dengan lajunya)
- menendang bola(sudah lama menendang bola, 2 tahun kut)
- belajar menconteng/melukis(sudah lama nyonteng esp dinding *sigh*, sejak 2 tahun)
- bertukar perasaan dengan mudah. kadang-kadang menunjukkan perassan dengan pertuturan(yep, dah pandai marah2 adik)
- memahami perasaan orang lain(oo ni dah lama, sejak sebelum 2 tahun lagi, tau mak marah ke, hepi ke)

4 tahun:-
- Boleh bertanya apa-apa yang ingin diketahui(dah tanya dah)
- memakai baju sendiri dengan bantuan (dah memakai baju dan seluar sendiri tanpa bantuan, bukak pun boleh, so bleh mandi sendiri dah)
- memanjat dan turun tangga(dah lama dah, tangga yang lurus macam kita selalu lukis tu pun boleh, tinggi amat, seriau ja)
- mengenal sedikit warna(pun dah lama, yellow, red, orange, purple, green, blue, white, black, BMnya, kuning, putih, biru)
- susah untuk berkongsi mainan yang disukainya(dah, dah mula kedekut dengan adik)
- mula mengenal bahaya( dah sikit2, dah tau pisau dan gunting tajam, “ahaya tau” (bahaya tau),dah tau takleh main tengah jalan, dan suka marah budak2 lain kalau dorang main bahaya)

5 tahun:-
- Bermain beramai2 (dah main ramai2, bila balikkampung, dorang main masak2, nak gelak tengok asyraf duk berjual beli ngan cousins dia)
- memegang gunting craft(dah lama pegang gunting craft sejak 2 tahun, sekarang dah pegang gunting biasa, pisau craft pun sejak 2 tahun)
- menangkap bola(pun dah boleh, bola slow la, bola laju tak leh gak)
- berbual dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang dikenali(ngan orang tak kenal pun bersembang gak, introduce kat strangers “ni mak, ni ayah” hahaha)
- suka mendengar cerita2 dari buku2(memang suka story books, tido dengan story books, fav book “katak yang jahat”, ada tatak (katak), titush (tikus) dan berd (bird/burung))

haha, dia nye milestones dah tunggang terbalik..

saya rasa Asyraf ni develop skil lain dulu sebelum skil bercakap. pelik tul..dia sangat kekurangan vocab kut, tapi sekarang dah boleh baca “B A =ba” “C A = ca”, takkan boleh membaca dulu baru bleh bercakap lancar kut?



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan