Archive for January, 2010


komen Ipad, Salwa la nih yang mulakan

01/29/2010 1:19:00 PM

Entry ini sambungan komen dari blog Salwa pasal i-pad.

 Saya rasa tak berminat pon, haha. Saya rasa saya  la pompuan yg amat payah digoda dengan material (setakat ni la, yg saya  jumpa) jangan riak, Alhamdulillah.. Allah permudah kan kerja Encik Hubby (dan poketnya).

the first thing saya  fikir.. a thing this good not only cost too much, tapi maintainance dia pun costly

how much electricity do you think it takes to charge the battery?

how much bill you have to pay every month (with all the internet thingy)?

and if it breaks down, how much it cost to repair it? (and where?)

 haha, sapa untung?

as if kalau tak beli takleh teruskan hidup ja..

can’t it wait until you get home to go online?

as if I (ulang : I) listen to music 24/7 that I need iTunes on my phone

as if I like to read from a tiny space of screen whilst a can read full pages of article/book/comic, by holding it (and as if the books are too heavy for me-a well fed person- to lift) and as if I CAN read it if I want to with 2 kids hanging on my slacks.

I think for a housewife like me (and about a quarter population of the world who are LIVING & WORKING  in their respective homes), it’s not really suitable .yes i know, WE are not the target market, but who is? Our children? Hopefully I’m not seeing my kids with that.. They’ll eventually forget how to talk to me, with so many things to explore at their fingertips (and their backpockets).

Tukar channel BM, jadi kurang skit orang yang faham.. Kome rasa sapa yang untung. dengan anak2 muda kita menggilai Gadget2 canggih macam ni, wang dari mana kalau bukan dari ibu bapa, kalau bukan dari mak bapak, dari mana yer. Karang kalau takde, masing2 kena ejek kat sekolah la, kena olok2 ngan kawan2, jadi akhirnya nak jugak nak jugak.. Risau rasanya nak tunggu anak2 membesar. Berapa punya berat tanggungjawab saya nak tepis benda2 nih.

Bukan bab duit, tapi bab “takde guna sangat pun”. Ish camna ha nak explain. Mende ni kalau tadak pun tak mati, kalau ada jadi beban. Get what I mean.

Call me conservertive, call me kolot. It’s my children we’re talking about (at least I am). Tak abih lagi sebenarnya, tapi takut plak nak tulis panjang2, takut kang ada orang minat sangat, terasa plak. Harus kata saya ni kedekut, tak up to date. haha. kalau saya ni kak Fid atau Kak Ana,harus dorang kata, pedulik apa org lain pk, ni kan blog aku. hehe..

Tapi, mana tau, kalau one day saya perlu ka gadget nih, haha bila tuh

bila saya sebuk amat sebagai WAHM, sampai tadak masa langsung nak duk depan com, atau saya sebuk amat dengan kerja rumah sampai satu2 nya masa nak online adalah masa BF anak saya (curi2 tgk hp), mana taw. haha..kome rasa bila yg gadget macam ni diperlukan. saya nak taw gak, perlu ka mende nih, ka semata2 hanya kemahuan (you know the difference between need and want is it..keperluan dan nafsu).. don’t take personally ok..


Awasi Maid Anda

01/27/2010 11:26:00 PM

Pada hari Ahad 18 Jan 2010, masa saya menghadap komputer di petang yang bahagia (sebab Encik dan anak-anak tidur). Komputer saya ada di bilik tingkat bawah dan menghadap ke belakang rumah. Betul-betul belakang rumah saya ada ‘playground’, buka je pintu pagar belakang rumah, sudah sampai ke ‘playground’ (Yes yes, I understand the envy, hehe). Masa saya tengah seronok (pecah kepala) menghadap komputer, ada la suara-suara latar kanak-kanak bermain. Kemudian ada bunyi tapak kakibudak berlari-lari, betul-betul belakang rumah saya. Kemudian terdengar suara maid nya (Indon) tengah marah-marah ajak balik. Bahasa yang dipakai MasyaAllah.. “weh bodoh cepat balik, hari mau ujan, lari sana sini, tak ada otak , sama macm mak kamu”

!!!, terkujutnya saya. Mungkin depan majikan dia, maid ni pijak semut pun tak mati. Tapi, rupa-rupanya dalam hati dia bernanah tadak sapa tau. Kome punya maid camna la pulak?


rumah

01/22/2010 9:51:00 AM

Hari ni nak buat entry bergambar la pulak. apa jadik kat laman rumah saya yang sekangkang kera itu.
laman rumah

laman rumah

 

Ni La laman rumah yang teruk, dah 4 kali merumput guna cangkul, pastu dah cik hubby start keja, dah naik balik dah. 

 

 

 

pokok kelapa pandan

Ni pokok kelapa pandan, tak padn ngan kecik kubeli RM25, humang aih, mahe nya. Kat utara baru RM8 sepokok. Lepas dibeli, baru mak bagi tau, tapi takkan la nak hangkut pokok dari penang lak kan. Hehe

 

 

 

 

 

 

pokok ubi
Ada yang tak kenal pokok ubi kayu? Ni pokok ubi yang baru bertunas.. Ada nampak? Tak nampak, wakakaka.
pokok kacang  pokok kacng                                                    
bunga kacang  Ni ada sapa nampak cam pagar rumah saya semak, dia salah, haha. Ni la pokok kacang panjang. kami belum ada ezeki nak buat pagar comey2 lagi, maka saya pagarkan dengan pokok kacang. Target saya,saya akan penuh kan pagar dengan segala mala pokok yang menjalar. Pokok timun, kacang botol, semuanya sudah disemai, tnggu hari nak tanam. p/s: kacang yang dalam gambar tu dah selamat digoreng bersama ikan bilis. Sejak balik ke KL ni, tak putus lagi la sayur kacang ni, hampir setiap hari boleh makan.
the only pokok bunga atas tanah

the only pokok bunga atas tanah

Dalam banyak2 pokok, pokok ni ja pokok bunga. Ok, I’m not flowery person key. Kalau orang nak hadiah bunga, tak layan ok, kalau coklat lain citer, haha.. Tapi,, takkan umah takde bunga pulak. Maka ,saya pun pi la beli bunga, bunga yang besar tu 3 RM10, yang kecik tu, satu singgit. bata2 satu 30sen. Haha, detail..Yang dalam bata bulat tu adalah pokok buah delima, yang tumbuh secara tak sengaja dalam pasu masa duk umah lama dulu. Duk sini, pindahkan dia atas tanah.
Ada banyak lagi pokok len , dah amik gambar malas uplod. Pokok limau kasturi, limau purut, serai, halia, pandan, kunyit, cili (5 pokok dan dah berbuah), kucai (dalam pasu).
ooo, dan saya penah kata saya akan buat compost pile kan.. Yep dah buat, dan dah jadi baja pun, dah buh kat pokok2 ni dah..nanti2 ku amik gambar compost pile.

Exclusive Breastfeeding selepas 6 bulan

01/20/2010 10:13:00 AM

Mesti dah ada orang buat kan, cuma kita ja yang tak aware..This time around, saya pun nak try exclusive breastfeeding selepas 6 bulan. Selama yang mampu lah. masa Asyraf dulu, lepas 6 bulan, saya ada bagi biskut, 7 bulan lebih baru bagi bubur.

Advantage anak ini ialah ibunya (saya la) duk rumah, tak keja. So, tak yah penin2 nak upkan sesi mengepam untuk cukupkan stok, minum la nak minum banyak mana pun.

Ada beza tak exclusive sebelum dan selepas? Emm, ada la jugak.

Sebelum 6 bulan dulu, saya masih terpaksa pam susu sbb engorged, boleh dapat 5 ke 10 oz sehari (dalam pada aqeef dok direct feed manjang). tapi elok cecah ja 6 bulan tu, tak engorged dah, Aqeef dah minum habis. Tapi kejap ja. Dua tiga hari ni dah rasa skit engorged, rasanya next week kena pam balik kot, kalau tak tahan sakit. Badan macam adept dengan Aqeef (dan Asyraf?) punya demand. Cepat lak tu. ingatkan tak yah la pam dah (MMMMMMMalasssss)

Setakat tu ja hari ni, kita tengok pulak apa nak jadi pada bulan2 mendatang.  Syok pulak investigate diri sendiri. Macam mana badan menyesuaikan diri dengan demand tumbesaran Aqeef.

What I like the most is: Aqeef’s poo poo takde la bau acem (haha) macam budak yang dah makan (Asyraf la), dan dia nyer she she masih boleh renjis2 dan lap ngan kain lampin. pastu basuh jer lampin ngan CD dan lampin lain.

p/s: I’m still safe sbb tak balik kampung lagi. kalau balik kampung, ada nenek2 dia, tak tau la apa nak jadik. tengok la, saya kuat nak tepis ke dak



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan