Archive for November, 2009


Menabung

11/18/2009 7:24:00 AM

Sapa ada tengok iklan Captain Cash. Dia ada mengajar cara menabung yang betul kan. What say you? Agree tak?

Saya rasa macam ada ralat sikit, hehe, (suka la pikir benda bukan2). Bukan ker kita menabung jika ada balance. Bukan menabung dulu baru guna duit balance, kan kan.

Memang la cara Capain Cash tu, akan berjaya menabung, ye la paksa menabung. Konsep menabung tu dah lari, hehe (pada pendapat saya la). Bukan ka sepatutnya, kita ajar anak:

1. Jangan memebli benda yang tak perlu

2. Jangan membazir beli makanan banyak2 nanti tak abis

3. jangan beli benda2 yang tak memberi faedah seperti games sumer (tak leh nak kata komik, sbb saya suka, kahkahkah)

4. Kena kawal nafsu tu, bezakan kepeluan dan kemahuan.

Baru la balance tu menabung, kan kan. ajar benda asas, baru menabung. Tol tak? Buat masa sekarang tu takpe la sbb Mak Ayah yang bagi duit. Kalau satu hari nanti, depa sendiri pegang duit, tak ker tak reti beza kemahuan dan keperluan, tak reti kekang nafsu serakah, sbb mak ayah tak ajar?

Hmm, tak tau la pendapat org lain. Tu pendapat saya ja.

(sebenarnya kan, bila saya tengok tv, macam2 berputaq2 dalam fikiran, macam ni la macam tu la. semuanya nak dikomplen, hahaha. satu hari nanti salah sorang anak2 saya kena jadi PM la camni, realisasi kan pandangan saya pulak, camna, hahahaha)


Jurnal Susu

11/14/2009 3:08:00 AM

Ni untuk kenangan saya dimasa hadapan.

Ni stok susu masa 20 hari lepas bersalin

EBM hari ke20
EBM hari ke20
Kendian, ni selepas pindah ke Rawang, dah lama tak masukkan stok baru, sbb dah penuh freezer, tak muat dah.Memula ada 5 plastik biru besar tu. Kemudian, dah hampir expired, terpaksa buat rotation (pam yang baru, simpan, yang lama keluar), tinggal lah 4 beg plastik biru (dalam tu ada lebih kurang 25 ke 30 x 5oz), yang plastik kecik tu yang baru masuk (setiap plastik 10 x 5 oz), yang dalam bekas ais tu yang tak beku lagi.
Setalah dikemaskinikan oleh Asyraf

Setalah dikemaskinikan oleh Asyraf

jangan ada sesiapa yang kata “takpela, susu ko banyak“. Hehe, bukan senang nak dapat banyak tuh. Saya bukan jenis lepas bersalin terus ada susu. Berhari2 la jugak baru susu nak keluar, tu pun malu2. Lepas 2 minggu, baru lancar. HAri pertama dan kedua, saya tak tau ada susu ke dak, sbb saya bg direct ja, masa nih duk hospital lagi. So, agak baby cam merengak ja, saya bagi “susu”. Sampai luka2, maybe sbb takde susu, dia isap punya la kuat. Pedih woo, sampai ibu jari kaki curl kedalam. Huhu. Bila balik ja rumah, saya start pam right away. Saya tanak pisang berbuah 2 kali. anak pertama dulu kena FM dua tiga hari sbb susu takdak. Pam la jugak. Kendian takleh pam dah, sbb luka, bila pam keluar darah, susu tadak. So saya perah ngan tangan. Berbelas2 kali sehari. Total cuma dapat 2 oz ja, bayangkan la. lepas seminggu, baru dapat 2 oz sekali perah, lepas hari ke 14 dapat 10 oz sekali perah. Alhamdulillah. makin lama makin banyak. janji rajin perah. (kan kan kak Fid kan, jangan M ja kan).
 
Selepas 3 minggu kat KL, saya balik berpantang kat Penang, peti ais rumah mak takkan muat punya, so saya bagi semua susu perah kat Asyraf. Yang dia tak sempat habiskan baru masuk freezer. Macam2 tu pun, tetap ada 30 pack fozen EBM untuk dibawa balik ke KL lepas 2 minggu. (saya dapat pam 6 botol 5oz sehari, Asyraf minum dalam 4 ke 5 botol sehari, balance tu la yang disimpan).
 
jadi, mommies yang rasa2 nak give up tu, sabarr skiiit je. skitt je.. dun give up just yet. kalau saya yang start off dengan takde susu pun boleh buat, why not you?
 
Apa nak buat dengan EBM atas tuh? i don’t know. saya dah confirm tak kerja dah.. So tanak beli deepfreezer dah.. Kalau tak pam, sakit, kena pam jugak.. Nak kena kurangkan sikit frozen EBM tu, nak simpan lauk pauk basah. Ni kena beli tiap2 hari, payah la pulak, sbb nya kat sini takde kedai yang dekat. kalau rumah lama takper jer, kedai dekat amat..Hmm..

Friday the 13th

11/12/2009 11:43:00 AM

Esok adalah Friday the 13th.  HAri yang dipercayai mempunyai nasib baik atau buruk bagi sesetengah kepercayaan di dunia. Friday the 13th akan berlaku sekurang2nya sekali setahun, dan selalunya 3 kali setahun. Pada tahun ini, ia jatuh pada bulan Febuari Mac dan Nivember.

Takut pada Friday the 13th dipanggil paraskevidekatriaphobia. Ini dalam bahasa Greek. Apa yang ditakutkan sangat Friday the 13th nih?

Saya paste dari Wikipedia yer

However, some folklore is passed on through oral traditions. In addition, “determining the origins of superstitions is an inexact science, at best. In fact, it’s mostly guesswork.”Consequently, several theories have been proposed about the origin of the Friday the 13th superstition.

One theory states that it is a modern amalgamation of two older superstitions: that thirteen is an unlucky number and that Friday is an unlucky day.

In numerology, the number twelve is considered the number of completeness, as reflected in the twelve months of the year, twelve signs of the zodiac, twelve hours of the clock, twelve tribes of Israel, twelve Apostles of Jesus, twelve gods of Olympus, etc., whereas the number thirteen was considered irregular, transgressing this completeness. There is also a superstition, thought by some to derive from the Last Supper or a Norse myth, that having thirteen people seated at a table will result in the death of one of the diners.

Friday has been considered an unlucky day at least since the 14th century’s The nterbury Tales, and many other professions have regarded Friday as an unlucky day to undertake journeys or begin new projects. Black Friday has been associated with stock market crashes and other disasters since the 1800s. It has also been suggested that Friday has been considered an unlucky day because, according to Christian scripture and tradition, Jesus was crucified on a Friday.

Satu lagi teori adalah datang dari kisah2 Knights Templar. Siapa minat ngan cerita Da Vinci Code, cerita2 mitos macam saya ni tau la cerita Knight Templar nih. 

The Knights Templar were a monastic military order founded in Jerusalem in 1118 C.E., whose mission was to protect Christian pilgrims during the Crusades. Over the next two centuries, the Knights Templar became extraordinarily powerful and wealthy. Threatened by that power and eager to acquire their wealth, King Philip secretly ordered the mass arrest of all the Knights Templar in France on Friday, October 13, 1307 – Friday the 13th.

Dan ada lagi satu mitos (kuakuakua). Yang ditulis oleh Charles Panati, bahawa mitos ini berasal dari Norse. Friday didapati dari perkataan Frigga, iaitu seorang  (seekor?) dewi cinta dan kesuburan. Apabila kaum Norse dan jerman ni masuk Kristian, Frigga telah dihalau dari tempatnya ke pergunungan dan dipanggil witch (nenek kebaya?). Dipercayai bahawa setiap Jumaat, Frigga akan berkumpul dengan 12 lagi kawan2nya, witches dan devil, dan merancang agar minggu seterusnya akan bertambah buruk bagi orang2 Norse. bagi beberapa abad selepas itu, Jumaat dipanggil Witches’ Sabbath. Persidangan Ahli Sihir

Banyak lagi kisah pasal Friday the 13th nih. bleh la google kalau minat nak tau yer? Apa kena kisah Friday the 13th ngan saya nih?

Apa signifikan nya Friday the 13th November 2009 ini dengan saya? Sebab nya, jengjengjeng.. 13 november adalah hari lahir saya (background music: hepi besday tu mi, hepi besday tu mi)

Esok, saya dah berumur 26 tahun, sudah pun meninggalkan suku abad yang pertama dibelakang saya. Apa ye sumbangan saya selama suku abad ini? (selain menyusahkan ibu bapa saya, huhuhu). Saya dah ada 2 anak dalam suku abad pertama hidup.. (satu pencapaian yang membanggakan, hehe)..sumbangan kat masyarakat tadak lagi, sumbangan kat alam masih terlalu kurang.. hubungan dengan Allah? Alamak, yang ni masih banyak perlu diperbaiki. Sekiranya saya panjang umur, saya mungkin hidup sampai 3 suku abad. Jadinya, esok saya menjejakkan kaki ke suku abad kedua dalam hidup saya, tinggal lagi satu ja suku abad untuk dijejaki, tu pun kalau umur panjang, kan?kalau ada rezeki..

Azam?

to be a better person of course.. Ada satu quote tak tau dari sapa. It’s not how good you are, but how good you want to be. how good I want to be? The best la. For whom? Untuk family, society dan alam sekitar. Kejar redha Allah adalah yang paling penting.. kalau redha Allah bermaksud saya perlu dahulukan famili, maka itu saya akan buat. Anything.. Sapa takmau merasa syurga dik oi..Kalau harap syurga di akhirat, dah kita berusaha ke situ, Insyallah, Allah akan bagi jugak syurga di dunia ni..

 

okes, dah aa.. sikit2 dah la kan? hehe. Tahun ni tadak hadiah atau kek. Kami bengkrap ok..hahaha, sian aku..

p/s: besday aku sama ngan anak shah rukh khan, kome jangan jeles, wakakakaka


Tipah nyaris Tertipu

11/10/2009 11:28:00 PM

Saya rasa amat bodoh dengan kejadian ini semalam. Betapa lurusnya saya sampai boleh ditipu, dan betapa cerdiknya orang tu guna emosi untuk tipu saya. Apekah ini?

Camni, petang semalam, saya ada terima satu call dari id yang hanya ada 4 angka. Bila diangkat, ada suara mesin kata saya ada hutang dengan HSBC mastercard sebanyak RM5000 lebih (dia sebut spesifik la), yang dah tertunggak 3 bulan. Sila selesaikan tunggakan tu. Lepas tu, dia kata tekan 5 untuk ulang, tekan 9 untuk bercakap dengan pegawai kami. Saya pun terkejut la, mana saya ada apa2 akaun dengan HSBC. Saya tunggu dulu, dia ulang balik mesej tadi, pastu saya tekan la 9. Ada orang angkat. Pastu saya pun mention la, saya tadak akaun whatsoever dgn dia, pastu dia kata memang saya ada akaun tu (dia  bg no akaun), dan saya buat pembelian di Low yat beli Toshiba laptop pada 21 julai 2009 (see how much detail they are)..

Saya agak terkejut dan panik. Takkan saya la pulak kena bayar. Kendian, dia berkali kali tanya saya, betul ker bukan saya yang apply CC tu. Saya kata bukan. pastu, dia kata, maybe saya kena kes fraud CC, so dia bagi semua detail yang saya perlu untuk buat laporan kat Unit Kad Kredit Palsu Bank negara Malaysia. Dia bagi la, no akaun, tarikh pembelian, apa yang dibeli dan jumlah. Kendian dia transferkan saya ke BNM.

Bila dapat ke BNM, ada mesin gak  jawab, Sila tekan 1 untuk Bahasa Malaysia, sila tekan 2 untuk English. So saya tekan 1. Bila dah dapat kat pegawai dia, memang terer ah depa nih, depa buat macam tak percaya yang saya di fraud, macam mmg saya yang apply kad tu tapi takmo bayar bil. Last2 lepas disoal macam2 baru depa mintak semua detail akaun yang saya ada. saya pun dengan bodohnya, bagi kat depa, sbb depa kata, kdepa nak buat siasatan, sekiranya ada akaun lain kat bank lain selain yang saya bagi, maka itu ada lah fraud, dia kata lagi, kalau sendiket pemalsuan CC, dia takkan apply kat satu bank ja, tapi banyak bank.

Lepas tu dia kata dia akan siasat dalam 72jam (3 harila) semua  bank untuk akaun atas nama saya. Dia tak bagi bg tau sapa2 takut2 sendikit tu cabut. sedangkan kalau boleh saya nak bg tau polis jam tu jugak.

Kendian hubby balik, saya bg tau gak kat dia (takkan tak bagi tau kat suami sendiri kan). Kendian, kami duk fikir2, apa la nak kena buat kalau kena bayar jugak RM5000 tu. Lepas tu, saya ingat saya nak check laman web BNM untuk tau langkah seterusnya kalau ada CC atas nama saya. (nampak tak betapa bodohnya saya, masih tertipu). Dalam web BNM, saya terbaca kat Modus Operandi Sendikit penipuan, sebijik macam saya kena, dapat panggilan, pastu forward ke BNM, amik details. Saya gusar. Saya panggil Encik untuk baca. Kendian, kami amik keputusan untuk call BNM.

BNM kata takde pun orang dorang buat camtu. dorang confirmed saya memang dah kena fraud. Saya kata saya ada ref no. Dia kata, BNM takkan bg ref no. Dia pesan kat saya suruh freezekan semua akaun.

Maka, saya pun dengan segera, call semua bank2 yang saya ada akaun dan CC, block terus semua kad, terminate, pastu amik kad baru yang lain. caish, tak pasal2 melayang duit saya RM34 sbb renew semua kad2 tu. tapi alhamdulillah la, kalau tidak, ilang lagi banyak kan.. huhu. Kalau saya tak lurus sangat, takde la ilang RM34 tuh. Kan?

So kawan2, sila ambil perhatian. Jangan tertipu dah macam saya. Dulu2 dorang buat tektik, kita menang hadiah sekian2 ribu, so nak detail utk bagi hadiah. Tapi orang dah tak percaya, ya la sapa nak bagi hadiah free2 camtu kan. Join contest pon tadak. So sekarang depa guna tektik kita berhutang, serious terkejut giler. So kome2, kalau dapat panggilan macam saya dapat. Letak jer phone tu, pastu pegi bank yang berkenaan (my case, HSBC la) dan tanya kat sana. jangan terkena macam saya dan tanya kat “pegawai” dia.

\What do yo think? Saya nak repot polis ka? Tadak duit yang hilang.



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan