Openhouse & Exgirlfren
Ahad lalu, hari Syawal yang terakhir, ada jemputan utk menghadiri openhouse di Wisma Palapes. Kami laki bini selaku askar wataniah pencen pon pi la. Mmg setiap tahun kami mesti pi tanpa gagal. Oleh kerana saya kawen ngan senior, maka ramai la antara rakan2 Encik merangkap senior saya yang saya kenal dan boleh cakap macam kawan.
Rupa-rupanya, openhouse kali ni membawa kejutan besaar. EXGIRLFREN ENCIK ADA KAT SITU. Kali terakhir kami berkontek2 ngan kakak itu adalah pada tahun 2003, ketika itu, dia amat marahkan saya, kononnya saya ni perampas etc etc. Cerita tu panjang, malas nak recap, tapi yang pastinya, kome2 semua, saya bukan perampas tau, saya siap nak bg balik Encik kat dia, dah Encik takmau, apa saya boleh buat kan..kan..Ketika kami berpisah dulu, ada kejadian buruk yang saya takkan lupakan seumur idup saya, kejadian besar.. Besar amat..pastu, saya ingatkan, masa boleh membaiki hubungan kami, ya la, dia pun dah kawin, beranak pinak sebelum kami kawin lagik. Meaning, dia dah jumpa Mr Perfect utk dia la kan..kan..
Kejadian apa yang berlaku di openhouse tu?
Masa mula2 saya sampai, saya ternampak sorang senior yang mmg rapat ngan saya, tgh layan anak2 dia, so saya pi la dekat dia, saya tak perasan plak tepi senior tu ada kakak tu. tapi, dah saya sampai kat situ kan, saya hulur la tangan, salam ngan senior tu, pastu saya hulur tangan untuk salam ngan kakak tu. apa jadik? Dia tak sambut pun tangan saya.!!?? Dia tak tengok pun muka saya. Saya tergamam. Masih berdendam ka kakak nih? Kan ke kita masing2 dah ada 2 anak (anak 2nd dia sebaya Aqeef, lahir bulan 7 jugak). Terpana saya. Senior2 saya yang lain pandang semacam ja kat kami.
takpa la, dah org tanak salam, apa saya boleh buat kan..
Dia lari masuk dalam rumah (wisma la).. saya usaha tak masuk rumah, sbb takut dia lari pi tempay lain plak. kesian la pulak, asik lari sana sini, bawak anak kecik.
Nak jadi cerita, Asyraf duk ajak masuk dalam rumah, maybe kat luar panas, saya cuma hantar sampai pintu ja. kendia tengok dia dari luar, Asyraf gi duduk atas kerusi. tepi dia ada anak kakak tu yang sulung. Budak2 ni boleh main ja, terkilan hati saya, anak2 tadak pa pun, mak bapak ja problem. Saya jenguk2 la jugak, takut la jugak kot2 dia cubitnya si Asyraf, mana la tau, marahkan saya punya pasal..
Bila saya pi duduk balik kat luar, Encik baru nak pesan “jangan masuk rumah tau, nanti ada org lari keluar” kengkawan dia yang lain sengih jerla, masing2 tahu tentang hal BESAR yang terjadi 6 tahun lepas, dan kebanyakan mereka marahkan saya.
Lepas tu, cepat ajer kakak tu nak balik.
Dalam hal camni, kome rasa sapa yang paling terasa, paling malu?
saya rasakan, suami dia la paling terasa,, apa? masih ada perasaan kat Encik ka yang duk marah sgt tu, hehe..
hai, bila la nak sudah cerita ni, takke dia rasa bersyukur, kalau bukan sbb saya “rampas” Encik dari dia, tak la dia kawen ngan Mr dia kan, tak la dia dapat anak2 yang comel tuh.. ye dak?
p/s: Encik kata, seb baik la abang tak kawen ngan dia, dah tak comel dah,(ada la lagi dia kata, tap takmo tulih, kesian plak kakak tu).. hahaha sedap ngata org, yela kakak tu sama baya ngan Encik, ntah2 bila saya seumur ngan kakak tu, lagi teruk kot, mana tau. hahahah




