sesi memuji anak sendiri la pulak
Mai kita puji anak sendiri, kahkahkah.
Kalau bukan mak sendiri puji, sapa lagi kan..hehehe
Asyraf dah dua tahun setengah dah
Tidak. Asyraf masih belum bercakap lagi..
Tidak. Asyraf masih belum boleh lepas diapers lagi *sigh*
Tapi….
Ya. Asyraf dah kenal huruf A ssampai Z, tapi Asyraf tak reti nyanyi lagu ABC tu. Cuma dia kenal huruf tu. Tunjuk la huruf besar ka huruf kecik ka, semua dia boleh sebut dengan betul. Dan dia sangat rajin untuk membaca huruf tu tak kira dimana pun. Bila naik kereta, dia akan baca huruf2 kat signboard, kat plat keta etc
Ya. Asyraf dah kenal nombor satu sampai 10, dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu. Tunjuk la nombor apa pun, dia boleh sebut dengan betul. Tunggang terbalik ka apa ka, dia boleh sebut. Bila pergi beraya rumah orang, dia sebuk mengira ada berpa biji cawan, ada berapa jenis kuih etc. (oh oh, bahasa siam cuma boleh sampai 3 sahaja, 4 sampai 10 masih kureng sikit. Bahasa Arab cuma boleh 1 2 ja.. panjang skit sebutan dia).
Ya. Asyraf suka baca muqaddam. lepas solat Maghrib ngan ayah dia, ayah dia akan baca Quran, dia akan amik Muqaddam dan belajar Alif Ba Ta ngan ayah dia.(dia solat jugak, ikut ayah amik wuduk, pastu hampar sejadah dia, pakai kopiah, dan ikut pergerakan ayah)
Ya. Yang paling dibanggakan…… Asyraf boleh duk diam dalam masjid. Masa solat sunat Aidilfitri hari tu, mek tok dia bawak dia gi masjid, saya kena duk umah ngan baby. asyraf boleh duk diam kat atas sejadah dia, tak bising macam budak lain, tak berlari2, tak jerit2. lepas semua org dah siap solat, dia pon ikut sama bersalam.. Waaahhh, sejuk perut mak..Ramai puji Asyraf yang baik di masjid.Memang selalunya dia mmg diam di surau2 R&R bila saya bersolat, tapi tak sangka kat masjid pon boleh diam gak.. tak terpengaruh ke ngan budak2 yg berlari2 tuh..
Tapi… kat rumah asyraf tetap lasak, wakakakaka.. tak larat nak ligan. Ok la tu, dah cukup puas hati boleh behave kat masjid. Berapa ramai budak kecik boleh ikut dan duk diam kat masjid kan?
Dah dah, kembang lebih2 pulak kang



