Archive for July, 2009


Asyraf dan SI

07/30/2009 8:43:00 AM

Sekarang ni saya tgh mengumpul susu utk kalau2 kena keja nanti. Ada plan lepas raya nih. Selalunya pam sebab bengkak ler, hehe, bukan ada jadual pun.

Yang lawak+kesiannya, Asyraf macam teringat jer kesah2 lama masa dia masih BF. Nak gelak pun ada. Nak nangis pun ada. Asyraf baru jer wean off bulan 3 ari tu, so masih terlalu awal utk dia lupa pasal BF. Saya ingat lagi, masa awal2 baru balik dari hospital, bila saya nak BFkan Aqeef, mata Asyraf bulat jer tgk nipple protector (skrg guna NP sb melecet teruk, woo). Bila Aqeef dah sudah menyusu, dia amik NP tu, belek2, sayang2, pastu mintak nak BF, baru jer dia nganga nak nenen, mek tuk dia marah dia, hehe.. terkejut Asyraf. terbantut hasrat dia.. Kesian tul.

Kemudian, bila saya pam susu, saya bagi la 2 oz kat Asyraf, bila dia minum, siap bunyi “aaaahhh, dapp!!’. minum pun sikit2, sbb sayang. pastu bila cam dah puas, dia rasa malu la pulak..tinggal sikit dalam cawan, bila org suruh habiskan dia cam malu2 sbb minumm SI. heheh lawak tul..nak tu nak, tapi malu2..ai anak mak dah besar, dah pandai malu..

esok2 mintak lagi, minum seteguk dua pastu malu. hehe


Cerita natrah

07/29/2009 3:12:00 AM

ada sapa2 tengok Hujah semalam? Bincang pasal Natrah. Seriously, saya sendiri tak tau sapa itu natrah, dan sampai sekarang, walau pun saya dah tau skit2 cerita dia, tapi saya tak tau camna ending dia, dia duk kat mana etc.

Tapi, saya suka betul dengan kesimpulan yang dibuatt oleh kedua dua ahli panel. Pada masa itu, Melayu memang bersatu, dek kerana seorang kanak2 yg ingin dimurtadkan, sanggup bergolok gadai, mempertaruhkan nyawa utk selamatkan budak tu. Walaupun budak tu bukan Melayu pun, cuma beragama Islam, malah Islamnya pun baru 3 tahun, bukannya dilahirka Islam pun.

Kini? Anak2 Melayu yang dilahirkan Islam ramai jer yang terpesong akidah. Bukan yang ingin dimurtadkan, malah sengaja letak diri ditempat2 yg senang dimurtadkan. Kalau yg tak murtad pun, yg hidup secara liar pun bersepah, takde sapa pun amik peduli. Mak bapak sendiri pun tak kesah. Masyarakat apa tah lagi.

Kedua2 ahli panel ada menyebut tentang perundangan di Malaysia dan bagai mana kita masih lagi belum merdeka walaupun kununnya dah 52 tahun bebas.

Aisey, baby dah bangun la.. chiow dulu.. sapa2 yg ada tau kisah natrah ni, citer skit, saya tak sempat research


Alhamdulillah

07/23/2009 2:09:00 PM

syukur, dah selamat bersalin dah. tapi masih beum sempat untuk blogging dengan elok, so ni ringkasan jer la ek. baby boy, muhammad aqeef anaqi bin omar. berat 3.65kg, (agak mantap la jugak). bersalin ceasar, sbb baby tanak kuar lepas diteran2. ooo tarikhnya 10 july 2009. ni dah 14 hari dah
susu agak mewah, alhamdulillah, dah ada 20×5 oz, lebih kurang la..

goodbye or now, nanti bila ku tak kelam kabut handle 2 anak, ku blog elok2..oh ya, saya tak sempat bg tau sesapa sbb hp rosak sehari sebelum bersalin, s suma no kontak ilang


DH eksiden

07/6/2009 9:11:00 PM

Hello girls, yes, ku masih belum bersalin. huhuhu

dengan tak disangka nya, encik eksiden semlam, jatuh motor sbb jalan licin akibat air sampah yg jatuh dari lori sampah, mujurnya, bawak slow, dalam 50-60km/j..maka masa jatuh tu sempat lompat dari motor yg tengah jatuh tu, dan mujur jugak masa tu tak de kereta banyak (semalam hubby cuti, gi bayar road tax kat pertama kompleks, kejadian tu lebih kurang kul 11.30 ke kul 12 kut). Harus dipuji la jugak tindakan dia, lepas lompat jer, dia terus side roll ka tepi jalan, motor lantak la dulu. At least kalo ada keta kat belakang, tak terlanggar dia

Kelukaan? Luka teruk, dan besar di kedua2 lutut, seluar jeans dia koyak lebih kurang 3 inci.. Tangan luka dari ujung tangan ke siku, kedua2 tangan, kulit scraped, berdarah2 semuanya.. Pastu, dia balik umah dulu!!!

Aiyo, satu la ngan encik ni, dia takut ngan doc, dalam keadaan teruk cam ni, dia boleh sampai balik dulu, naik umah kami yg tingkat 5 tak berlif tuh.. Dan mintak saya yang cucikan suma luka dia, sbb dia tanak pi klinik/hosp, dengan alasan, dorang cuci nanti sakit..Sanggup sungguh orang tua nih..Adui.. takpa la bab cuci tu, cuci jer la..selembut abih.. 2 kali tukar air yang kotor sbb pasir dan kotoran yg lekat kat luka tuh.. 2 lai kain lampin (yg dikeluarkan utk sambut baby) digunakan..cuci ngan air suam..pastu kat tempat sakit buh ice pack, nak bg numb..

Pastu, timbul masalah lain plak, DIA TAKMO GI KLINIK! aiyo, harus diketuk.. Puas dipujuk, takmo gi jugak, dia nak tido, (dia kata), penat la..nak kena turun tanggan plak, (aik, td boleh ja naik)..kalo tak saya malas nak bg tau mak saya dan mak dia, tp sbb degil saya call mak saya dulu, mak suruh saya pujuk gak suruh gi, Saya bg tau dia, mak suh gi klinik, dia ketegaq gak. Last2, saya call mak dia, saya tau, dia mmg takleh bangkang mak dia langsung, wakakakaka.. Saya bg tau ayah mertua yg yang dia eksiden, luka teruk, tapi tadak patah, (abah suh gi spital terus)… pastu mak dia cakap ngan dia sendiri, suh gi klinik, baru la dia setuju nak pi.. aiyo takut doc sampai camtu..

padahal nak pi amik injection tetanus ja (takut kancing gigi), say pujuk la lagi, sebab saya dah cuci luka tu, the most yg nurse bleh buat adalah dressing luka tu ja, takkan cuci dah..dia duk takut nanti nurse cuci,sakit.. (aiyo)..dan true to my word, nurse cuma sapu iodine ja.. luka superficial ja, tak perlu bandage. (seb baik la jugak, kalo bandage, alamat tak nampak tangan dan kaki lagi susah jaga) pastu kena inject tetanus (seperti yg ku janjikan, hehe) dah lama cik abang tak kena inject, tu lot dia seriau, hehe.. yg kita ni, setiap bulan kena amik darah kan? kan? hehe

all-in-all, dapat cuti hari ini (selasa), kalau saya masih tak bersalin, kamis cuti pulak, sbb dah hari ku diinduce, cuti sampai minggu depan, hehe, kalo dapat cuti dua hari (selasa rabu), direct ler cuti 2 minggu cik abang tuh, hehehe



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan