Penghadan SPM dan English
Akhirnya ada jugak masa nak sentuh isu ni.. Firstly, nak sentuh isu penghadan mata pelajaran yang boleh diambil dalam SPM. 10 matapelajaran tu macam sikit sangat la. saya sendiri amik 11 subjek, itu yang minimum, takleh menyikitkan lagi dah. Memang takleh. Saya tak tau perkembangan terbaru tentang isu nih, cuma semalam saya dengar dalam berita yang penghadan tu kekal, kecuali sekolah agama.
Yep, sebagai alumni sekolah agama, saya mmg tak berapa setuju dengan penghadan ni. macam mana dengan nasib pelajar aliran sains sekolah agama, kalau penghadan ni dikenakan kepada sekolah agama jugak.
Diimbas kembali, subjek yang saya ambil untuk SPM ialah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Pendidikan al Quran dan Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab Tinggi
Boleh bayang tak, ini la subjek2 yang paling basic utk kami, kalau nak buang satu subjek, nak buang yang mana? Untuk seorang pelajar sekolah agama beraliran sains, semua diatas itu adalah subjek ‘teras’. Takboleh tak ambik, tak boleh dibuang2. Kalau buang salah satu, mmg takkan jadi palajar agama beraliran sains. kalau nak buang Matematik tambahan, takleh apply matikulasi. Kalau nak buang matapelajaran QS/Syariah/bahasa arab, tak jadi la budak sekolah agama, jadi budak sekolah sains la pulak. kalau buang mana2 subjek sains, tak jadi budak sains la pulak, jadi budak aliran agama ja.
Ni yang basic sahaja, ada gak yang teringin nak tambah tasawur ka, bahasa mandarin ka (masa saya Form 2, pengetua adakan kelas bahasa mandarin petang2).
Bagi saya ok ja banyak2 amik subjek pun. Cuma kalau takut tak balance antara kokurikulum ngan akademik, buat la sistem gred dulu. mula2 kira 6 subjek pertama utk tentukan agregat berapa, yg elektif lain tu abaikan jer la. Tengok koko pulak. Yang elektif tu sebagai tambah nilai jer la. Contohnya, kalau pelajar A amik 10, pelajar B amik 15. Yang dikira untuk penentuan biasiswa/kemasukan ke Uni adalah 6 yang teras dan 4 elektif yang terbaik. Cam dulu2. Ok per.. Sistem comey2, pi tukar jadi sistem A B C la pulak, hehe.. kan ke tadak kesah nak amik sampai 20 pun.
Okes, bab English pulak. Saya tau mmg english tu penting. Tidak lah dinafikan. Cumanya dah bersediakah orang2 malaysia? Saya berharap sangat menteri2 di kementerian pelajaran diberikan peluang untuk mengajar disekolah2 sebelum dilantik sebagai menteri. At least korang nampak la apa yang kurang, apa yang pelu ditambah. macam nak merayu pun ada. haha, sila la lawat sekolah tu secara mengejut ker, camna ker, sbb, perancangan ni nampak cantek sangat diperingkat pentadbiran, tapi dari segi pelaksanaan mmg tak bleh buat.
bagi yang duduk area bandar, bleh la berpendapat yang menda ni advantage, tapi yang diceruk kampung nun? Sebenarnya, saya nak cerita disini.. Ada lagi golongan yang berharapkan sekeping sijil SPM utk menampung isi perut ahli keluarga. maybe korang tak pernah jumpa,so korang tak tahu, tapi saya yang pernah jumpa, esp ahli keluarga saya yang kebanyakan nya guru tu selalu terjumpa golongan camni bercerita.
memang terdapat banyak sangat dikalangan masyarakat yang bertahan mengikat perut semata2 nak ke sekolah sampai Tingkatan 5. Kenapa? Dorang ni bukan cerdik pun, kadang2 tu akal pun tak berapa cukup, Ting 5 oun masih berfikiran macam budak sekolah rendah. Saya tanya kenapa gigih jugak nak gi sekolah? Sedangkan keadaan tak mengizinkan, duit tak cukup nak buat tambang, baju takdak, kasut tadak, ada yg gi sekolah selang sehari sebab baju tak kering, ada yg tak gi sekolah setiap Jumaat sbb takde baju melayu. ada yang stokin belubang sampai ke tumit, kasut yang daif amat. takde duit nak makan.. macam2..tapi, apa jawapannya? dorang nakkan sekeping sijil tamat sekolah…. kenapa? sebab dengan sijil itu dorang bleh mintak kerja kilang utk menampung keluarga lain. kalau ada sijil SPM, ok la skit gaji.. atleast kalau BM ja yg perlu utk lulus, dorang insyallah boleh la lulus.tapi kalau diwajibkan english utk lulus pulak, apa nasib dorang nih?
dah la sekolah tak cerdik, nak kerja pulak kena ada sijil apa2, apa nasib dorang. kita yg cerdik ni mmg la rasa takde masalah, tp kesiankan la dorang yg bergantung sekeping sijil tu untuk meneruskan hidup
semalam, Muhyi-din kata 80% bersetuju dengan idea ni berdasarkan respons yang didapati dari laman webnya (ada 3000 komen).. pernah tak terpikir, sapa yang memberi komen? kalau ikut statistic method, cara ni tak bleh diguna utk menggambarkan keselurahan society, taburan tak serata. method bias..org2 yang saya sebut tu ada tak nak bg komen? yang duk ceruk kg yg tadak tv dan komputer tu ada tak yang nak komen?
p/s: kena stop lagik, nak gi klinik utk check up. this topic is open for discussion..all opinion are most welcome.. there’s pro and con..i strongly believe that the idea is great but the society is not ready yet..and my family strongly believe that penyata razak is the best.. we shall look into that later. at least wih penyata razak, those who unprivilage got some ‘net’ to fall to..
**********
tambahan: satu lagi yang difikirkan.. kalau la subjek teras nak dikurangkan dari 6 subjek ke 4 subjek dengan alasan supaya pelajar boleh amik lebih elektif yang diminati, rasa2nya, subjek apa yang akan dikorbankan tu? hehe, jengjengjeng…
sekarang, subjek teras ada 6
- bahasa melayu
- bahasa inggeris
- matematik
- sejarah
- pendidikan islam/moral
- sains
ok, korang rasa subjek apa yg bakal dikorbankan? BM dan Bi takkan nak korban kut, duk pi usaha buat PPSMI dan wajibkan lulus dalam SPM, takkan nak korbankan kut, kan? takkan nak korbankan Math, tak logik, tak logik. Sama ada nak korban Sejarah, Pendidikan Islam/Moral, Sains. Sains ker, rasa cam tak. Sejarah tak wajar dikorbankan, sebab kalo korbankan sejarah, lagi la org Malaysia lupa daratan, tara duk belajar sejarah pun ramai ja cam tak ngaku Malaysian, tak kenal asal usul, kalo tak blajar? So rasanya, yg paling boleh dikorban ialah Pendidikan Islam/Moral (sila baca dengan nada sinikal). Hehehe.. Takdak sudah subjek yg mengajar akhlak dan sopan santun dalam SPM, hahahaha.. Lepas ni kalo budak nak pakai mini skrit gi sekolah pun silakan, hahahah.
cam konsep satu malaysia la kan..hehe, kalau ada subjek PI/Moral, kelas akan terbahagi, separuh gi Pendidikan Islam, separuh gi Moral. so tak satu malaysia.. hehehe



