Posted by
liyana
Selamat hari guru to all teachers in the world..
Saya tadak idea pun nak menulis..Di pagi hening nih, nak nulis aper yer?
Sejak dari pagi td (semalam la), my hubby dapat SMS mengucapkan selamat hari guru..Antara yang saya suka ialah:
Mak cakap CIKGU macam MAGGI, makanan rutin time susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan,
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada,
tapi, saya cakap CIKGU macam L’OREAL, kerana dirimu begitu beharga
Hehe, cam lawak pun ada.. Erm tahun ni buat kali pertamanya, kat sekolah hubby (ehem ehem, kalau ada yg tak tau lagi, saya adalahisteri kepada seorang cikgu sekolah rendah), ada pertandingan cikgu paling popular. Dengan tidak disangka, Encik dapat title cikgu paling popular utk Tahun 4. haha, saya gelak besar kat sini. Sebenarnya dia sendiri pun tak sangka, sebabnya, dia adalah antara 2 3 kerat cikgu yang garang amt, asik merimbuk budak ja kerjanya.. Tapi, congratz dear..Siapa kata cikgu garang tak popular, hehe.
Profesion guru cam dah mengalir dalam famili saya, arwah ayah pernah jadi cikgu sekejap ,dalam 2 tahun camtu sebelum bertukar karier kepada Kastam. Emak pula mmg cikgu, sekolah menengah dari awal kariernya sampai sekarang (dah berusia 52 years old), congratz mom. My mom adalah antara guru yg saya betul2 salute, even my hubby pun buat dia jadi role model. she’s so good at teaching, she can teach a roomful of samseng/anak mafia/budak nakal/budak jahat/segala macam jenis budak dengan jayanya. It makes people wonder apa la ilmu dia guna.. And these bunch of kids jarang miss buat kerja dia, and most of all, dorang tak pernah pulak berdendam dengan my mom, which is weird.. Yo la, korang tak pernah kena ajar ngan mak den, garang macam singa woo..My sister pernah jadi guru sementara, also garang nak mampos.. My brother pun cikgu sekarang, kat sarikei, sarawak. juga garang yang amat..Saya tak pernah jadi cikgu lagi, tp saya pernah ajar tuisyen, juga garang yg anat. kahkahkah, apala kena ngan kami, keguruan dan kegarangan..
mak saya start off karier dia sebagai guru di sekolah yang paling hampeh sekali pernah ku jumpa,, takmo sebut aa sekolah mana. Dia bertahan lama kat situ..Di sekolah itu, terkumpulnya anak segala lanun cetak rompak, anak segala mafia kat Pulau Pinang, perampok kereta, yada2. Tapi, dorang respek mak sebagai guru, kenapa? saya tak tau, saya terlalu kecil untuk menilai pada masa tu. Mak selalu bawak balik cerita yg lucu, macam mana dia yang garang amat tu tak kena buli ngan budak2, tapi Penolong Kanan nyer kereta kena calar sbb tegur budak2 ni merokok dalam kawasan sekolah. Apa yg mak buat kat budak2 tu selalunya lagi dahsyat dari sekadar menegur kelakuan diorang. Mak koyakkan buku sekolah yang buat tak betul, mak suruh budak Tingkatan 5 (dah besar tu) berdiri atas kerusi sorang2 (kata mak, tak bleh bagi berdiri ramai2, nanti dia jadi syok, kena bg sorang ja berdiri atas kerusi, kalau ada yg lain lak bising, suruh yang tu pulak ganti, yg berdiri tadi duduk, so dorang malu la), lempar buku rampaian ke bawah bangunan bila kerja tak siap. Garang siut. tapi budak2 nih tadak plak nak calar kereta mak, atau sorokkan barang2 mak macam dorang buat kat cikgu lain. Saya selalu ikut mak ke sekolah kalau ada function, atau kalau mak sekolah hari Sabtu. kalau mak sekolah, saya selalu melepak kat library. Seronoknya masa tu, sbb saya mmg ulat buku, bleh tak sedar masa berlalu. kalau mak ada function, dan bawak saya, selalunya, anak2 murid mak akan layan saya cam puteri. Segala makan minum sentiasa ada ja yang tanya/hidangkan, apa ja saya nak semua dilayan. Hehe, cam lawak la pulak, mak kata, sedangkan dalam kelas, budak2 ni la yg paling kena marah.
Adik perempuan saya pulak jadi GSTT 3 bulan jer kut..Baru2 ni ja, fes thing yang dia buat ialah, (hahahah) sepak meja sorang budak nakal. Then dia tadak problem langsung handle satu kelas budak nakal. (dia dapat kelas paling ujung sekali, yg datang sekolah bukan nak belajar, tapi nak main ja, sekolah menengah mind you, hehe). kebiasaan la budak2 ni, bila tgk cikgu muda, (my sis baru grad last year), dorang ingat bleh main2 la. Buat muka toya ja, sekali, adikku itu sepak meja sampai hampir tertonggeng budak tu, satu kelas senyap..Lepas tu tadak problem lagi dah. Kendian yg jadi lawaknya, cikgu disiplin plak mai mintak tolong dari dia (seorang cigu GSTT) utk handle budak2 yang nakal-tak-hingat nih. maybe adik saya adalah GSTT, kalau kena buang pun, gasak la, berbeza ngan cigu tetap yg kena jaga dia nyer kedudukan.
Adik lelaki pun sama naik dasatnya, instead of sepak meja, dia baling kerusi plastik. Then satu kelas senyap. ha sapa kata cikgu takleh ngamuk…
Susah nak handle budak sekarang, dah la budak nya camtu, mak bapak pun sama naik. Saya tau byk kes yg mak bapak terlalu ikutkan kat anak dia. Sometimes kat sekolah rendah, ibu bapa lagi percaya cakp2 anak yg tak baligh lagi tu dari cakap2 cikgu. Tidak dinafikan mmg ramai cikgu yg kerja cikgu just for the sake of money..yang malas, curi tulang etc. Tapi, kalau jenis ibu bapa yg prihatin, dia akan kenal which cikgu is which..cikgu yg bersungguh yg mana, cikgu yg hampeh yg mana. so takde la pukul sama rata ja..for some parent yg tak suka dengan SK nih, why not sekolahkan jer anak korang kat private school. selalunya parent kaya la jadi camni, sbb kat umah dorang provide the best environment kat anak dorang..tp bila gi sekolah, air la tadak, kelas la penuh sgt etc, this sort of minor complaint..
apa la aku merapu meraban di pagi hari nih..
for all teacher, yg hampeh, please muhasabah yourself, don’t you ever wonder why do you feel your money is never enough? don’t u think it’s because you never deserved those money? those money is as payment for the service, but you’ve done nothing/less that nothing. Cam tak berkat, sbb tu tak pernah cukup.
Yang mengajar for the sake of ilmu dan tanggungjawab, congratulations. You’ve done good.. SALUTE!!!
3 people went to heaven, God stood at the gate, told that only one can go to heaven, the others go to hell. 1st man said I am a priest, i spread your teachings to the world. Second man said I am a doctor, I save lives. Third man said, I am a teacher…..heaven’s door opened. Teacher gotshocked. god said: don’t say anything my child, you were in ‘hell’ for so many years
hehe