Kenapa lelaki zaman ni kurang kualiti?
Baru2 ni duk sembang ngan adik pompuan (masih bujang) tentang adik kami yg bongsu (lelaki)..Cam biasa, anak bongsu, liat nak blajar la bla bla bla..
Last2 termasuk topik ni secara tak sengaja..Kenapa ek agak2nya, kebanyakan lelaki zaman ni hampeh belaka..
Cuba kita buat trivia kat pompuan2 yg masih blom kawin, jawapan utama dorang naper blom kawin adalah, sebab tak jumpa yg kualiti. Pi mana golongan kualiti ni ha? Tak dinafikan memang ada (kalau tadak, camna la plak aku jumpak laki aku kan, hahaha). Tp kat mana, awat susah sangat nak terjumpak, nyuruk ka?
Salah satu sebab yg dipersetujui oleh kami berdua adalah: Sifat hampeh lelaki zaman sekarang adalah disebabkan oleh cara lelaki tersebut dibesarkan.
Ingat tak suatu ketika dulu saya pernah kata, yg tugas rumah bukan tugas isteri? Ianya adalah tugas suami. Dan ramai mempersoalkan org dulu2 nyer stail suma pompuan yg buat, dan saya kata sebab zaman dulu, pembahagian tugas antara lelaki/perempuan, suami/isteri adalah jelas iaitu lelaki gi cari rezeki, membanting tulang empat kerat, menggadai nyawa utk bg makan anak bini, so tak salah la isteri tolong jaga rumah dan buat pahala extra dengan uruskan makan minum pakai suami dia.
Cuba kita perati balik, pada zaman iti, diwaktu usia perkahwinan sekitar 19 ke 20-an utk lelaki dan 14 ke 16 utk perempuan.. Sejak kecil lagi golongan wanita diajar utk menjaga rumahtangga, tolong mak basuh baju, memasak, jaga anak bla bla bla. Manakala anak lelaki sejak seawal umur 8 tahun telah diajak membantu ayah di kebun, menangguk udang dan mengempang ikan di sungai, malah diajak menebas hutan ketika berumur 10 tahun keatas. Ada jua antara jejaka/andika pada masa itu keluar mengembara seawal usia 12 tahun utk mencari ilmu dan rezeki (tuk saudara saya keluar rumah umur 12 tahun cari rezeki dan ilmu ke kelantan dari Perak). kalau gi ngaji pondok sekalipun, bukan nya mak ayah bg duit bulan2, dorang akan amik upah jaga bendang ka apa ka utk menampung diri sendiri..
OK, cuba bandingkan pulak dengan zaman sekarang. Anak perempuan masih lagi diajar buat kerja rumah walaupun tak ler seteruk dulu. Takde la kena angkut air dari perigi/sungai ka. Tapi masih diajar utk basuh baju, walaupun guna mesin basuh.. Masih diajar memasak, walaupun takat masak nasik ja manjang, kadang2 ja masak lauk. Ngemas rumah, lipat kain, jaga adik bla bla bla. Selari dengan trend masa kini, kawin pun lambat, kira bleh la blajar lambat pun.
Anak laki plak? Anak lelaki zaman ni dah kehilangan dah pendidikan tentang tanggujawab tuh, sebab tu la dorang tak berapaamik peduli pasal tanggungjawab..Ada tak anak zaman sekarang umur 13 tahun kena gi cari rezeki, atau sekurang2nya membantu ayah mencari rezeki? (janan campur la anak org susah kat ceruk kampung nun).. Ada tak anak2 lelaki sekarang yg kena gi jual getah skrap dulu baru ada duit gi sekolah? Atau kena jalan kaki 3 km ke sekolah? Baju2, (kadang2 pinggan makan) tak perlu basuh, mak atau kakak yg basuh kan, lipat simpan utk dorang..
Cuba kita perati, lelaki yg kualiti ni selalunya org susah, org miskin, pastu berjaya..atas usaha dorang..
(actually, aku dah hilang momentum, td beloved hubby call, aku pi jawab sekejap)
soklan cepumas, camna kita nak ubah, agar anak lelaki kita tak tergolong dalam golongan hampeh nih (dun tell me about ajak dorang basuh keta, ciput sgt, hujung kuku pun tarak kesan)
p/s: lelaki jangan amik hati noo, tp kalau hangpa bukan dari golongan hampeh ni, watpa nak amik hati kan?



