Archive for February, 2009


Check up

02/18/2009 7:53:00 AM

Isnin lalu gi scan baby.. Sooooo, guest what?

.

.

.

 Sorang lagi hero Anaqi, Insyallah…

hari ni ada checkup petang karang..

apo laie ah? haa.. perut masih tak membesar seperti yang diharapkan.. dah ada la buncitnya, tp tak sebesar org lain nyer perut.. Hmm, camno ek nak bg besar.. Tingin nak pakai baju ngandung yg lawa2 tu.. Seluar saiz 30 pun bleh masuk lagi ni…


Do we really need equality?

02/5/2009 9:05:00 AM

Some thoughts crossed my mind.. Adakah kita (wanita) benar2 memerlukan kesamarataan hak..(although saya tak berapa mengetahui apa hak yg cuba dituntut itu)

Beberapa hari lepas, ada satu poll dijalankan di NTV7 bertanyakan: Adakah diskriminasi gender masih berlaku di Malaysia? dan, mengejutkan, 100% pengundi berkata “ya”. Apa yang cuba di sampaikan? Kalau setakat men’describe’kan yg adanya perbezaan itu, tak mengapa lah.

Bila difikir-fikirkan balik, siapa yang mula minta equality nih? (saya juga seorang feminist, tp saya lebih suka menuntut apa hak2 wanita yg termaktub sejak azali, yg masih belum terlunas.) sedankan hak2 yang sedia ada tertulis dalam al-Quran pun masih belum terlaksana, kenapa masih meminta yg lain?

Bayangkan, sekiranya persamaan hak dan kebebasan itu sama, wanita kena buat apa yang pihak lelaki buat. Apa? Kerja, adventure, menjaga keselamatan.. Apa yang diberikan kepada lelaki (kebebasan berpakaian, langkah yang lebih panjang, peluang yang lebih banyak) adalah perkara yg dia sendiri earned dan seharusnya dapat sebab dia perlu buat suma tu.. Tapi apa alasan wanita menuntut hak2 seperti itu? ingin bebas berpakaian, ingin diberikan hak utk bebas merokok tanpa dipandang serong, ingin diberikan hak supaya boleh balik lambat ke rumah sampai malam2..Do we really think these worth anything?
Sebenarnya yg lose nya adalah wanita sendiri. Sekiranya wanita meminta agar masyarakat tidak memandang serong kepada wanita merokok atas alasan itu adalah kebebasan individu, siapa yg benefit lebih dari perkara ini? Adakah wanita yang mendapat kebebasan merokok tanpa dipandang serong, ataupun lelaki yang kini tak perlu lagi bimbang perlu menghormati wanita dengan merokok di tempat lain instead depan perempuan itu sendiri?

Same goes to job specifications. Kita (wanita) selalu merungut yang kita tidak diberi peluang yang sama banyak dengan kaum lelaki utk menceburi kerjaya2 yang selalunya dikaitkan dengan lelaki sahaja? Adakah keuntungan apa2 yang kita dapat? Para wanita benefit dari perkara ini ker, lelaki? Sebabnya, pada asalnya, kerja ini memang utk lelaki, wanita diangap lemah dan tidak mampu untuk menjalankan kerja2 seperti itu (eg: askar, engineer, senankata breadwinner lah), tetapi apabila wanita dengan bangganya berkata bahawa kami jua mampu, jadi beri kami peluang, dan kami akan buktikan.. Yes, we prove it, but what do we gain? Lelaki dah aware yang wanita pun mampu, so these women don’t need men to protect them anymore, kalo dorang tak kerja pun, para wanita (namely isteri, ibu, adik perempuan) bleh cari nafkah. Tak perlu lagi dah bertungkus lumus,membanting tulang empat kerat semata2 nak membahgiakan dan menyenangkan keluarga, cukup lah sekadar tak lapar, sebabnya, ada wanita dalam family yang sangup bantu dan bangganya membantu, so bagi dia chance nak prove to what extend these women would do to get what the family need.. ‘Berbaloi’ kan? (haha)

Jika lelaki kena gi menoreh utk menyara keluarga, mahukah yg si isteri pun menoreh jugak? Hanya kerana ingin membuktikan yang dia pun mampu buat.. Hehe, kalau dimasukkan ayat camtu,macam susah kan? Tapi, sebenarnya perkara yang sama berlaku, tak kira la apa jua kerja si isteri. Ibarat yang sama. Lagi parah kalau si isteri mendapat upah/gaji/hasil yang lebih dari suami.. Ibarat kalau menoreh, si isteri menoreh 1 ekar, tapi si suami nya hanya mampu menoreh satu lerai pokok ja..Fair tak? Fair la, sebab itu yang dipinta, dituntut, disuarakan dengan kuat dan lantang, oleh para wanita sendiri..

Jadi, macam mana nak baiki? Hmm, don’t know.

p/s: Nov lepas saya berhenti kerja, atas sebab2 tak suka ngan bos dan juga atas sebab kesihatan (kerja dulu memerlukan saya drive ke Kelantan, bawa part-timers, yada2, so dengan pregnancy ni rasa tak larat), what happened to our family income? Suami saya ambil keputusan utk kerja lebih, lepas balik kerja, dia akan sambung kerja sambilan selama 2 ke 5 jam lagi.. Hasilnya, apa yang dia dapat dari kerja tambahan itu sama banyak dengan gaji saya dulu, lebih best adalah, kami boleh tolak kos yang terpaksa dikeluarkan bila saya pergi bekerja (minyak kereta,tol,duit babysitter,duit makan), Asyraf duduk rumah, keselamatan terjamin dengan saya, makan lebih teratur, rumah lebih terurus, dan saya tidak lagi keletihan setiap malam (selalunya kul 9 dah out)..
Moralnya: actually, pihak lelaki boleh jer nak kerja lebih, setimpal dengan tenaga dorang yang banyak utk mencukupkan belanja rumahtangga, cumanya kena bagi dorang peluang (haha) dan sedikit tekanan..(sebenarnya, kes ni tak apply utk saya, sbb suami tak pernah paksa utk kerja, cuma dia sayangkan degree saya jer kalo tak kerja,hampes)

Bleh tengok tak kat keliling kita, berapa ramai keluarga, yang breadwinner dan CEO rumahtangga adalah wanita?



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan