Posted by
liyana
Pagi ini, saya dengar satu cerita di al-Kuliyah masa lepas sahur. cerita nya begini:
Pada zaman dahulu, ada seorang muqarrabin (org yg rapat dengan Allah) bernama Abu Soleh. Abu Soleh ini amat taat kepada Allah dan sangat takutkan neraka Allah. Beliau suka berjalan-jalan selepas beribadah kepada Allah. Pada suatu hari, belliau berjalan-jalan di tebing sebatang sungai. Di dalam sungai itu, terapung apung beberapa biji epal yang masak ranum. beliau mengambil sebiji daripadanya dan menggigit epal tersebut. Setelah separuh epal dimakan, beliau tersedar bahawa kemungkinan epal itu ada tuannya, dan beliau masih belum meminta izin tuan epal itu. Oleh kerana takutkan seksa Allah kerana makan makanan tanpa izin tuannya, Abu Soleh pun berjalan di tebing sungai mencari pokok epal berkenaan.
Setelah sekian lama berjalan, beliau terjumpa sepohon pokok epal yang rantingnya terjuntai ke dalam sungai. Beliau yakin, bahawa epal yang dimakan berasal dari pohon tersebut. Beliau berjalan mencari tuan punya pohon tersebut. Beliau ternampak sebuah rumah, beliau mengetuk pintu dan bertemu seorang pakcik yang bernama Abdullah
Abu Soleh :”Pakcik, saya mohon maaf, kerana saya telah memakan epal pakcik tanpa izin pakcik, inilah separu yang belum saya makan, hukum la saya pakcik, agar saya tak mendapat siksa Allah di akhirat kelak”
Abdullah tergamam, begitu mulia anak muda ini, sehingga cuma memakan epalnya yang jatuh ke sungai sudah mahu meminta hukuman. Dan memang benar epal itu adalah dari ladang nya. Bukan senang untuk menjumpai seorang lelaki muda yang berakhlak mulia seperti ini. Dijelingnya ke dalam rumah, anak gadisnya masih terlalu muda. Maka diujinya Abu Soleh dengan menjatuhkan hukuman bekerja dengannya di ladang epal selama 12 tahun.
Terkejut bukan kepalang Abu Soleh, begitu berat hukuman yang diterima kerana memakan separuh buah epal (kalau kita di zaman ini, mesti menyesal punya gi jumpa pakcik tuh). Tetapi, oleh kerana takutkan hukuman Allah yang lebih berat, maka Abu Soleh pun menerima dengan redha hukuman itu. Bermulalah hidup Abu Soleh sebagai pekerja di ladang epal, mengangkut air dan membersihkan ladang.
Dua belas tahun berlalu, Abu Soleh pun bertemu semula dengan Abdullah untuk menuntut kebebasannya. Dan Abdullah rela memaafkan Abi Soleh memakan epalnya dengan satu lagi syarat, iaitu mengahwini anak gadisnya yang cacat, buta dan pekak. Abu Soleh terkejut, mengapa begitu berat hukuman ku kerana memakan separuh epal? Oleh kerana taatnya Abu Soleh, beliau sanggup mengahwini anak Abdullah yang buta, pekak, dan cacat.
Pada malam perkahwinan, terkejut Abu Soleh apabila melihat isterinya yang cantik jelita, manis, bersopan santun, dan mempunyai akhlak yang sangat mulia. Beliau bertanya kepada Abdullah, apakah benar ini isterinya, anak kepada Abdullah.
Abdullah menjawab “Ya, benar, aku katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat lelaki lain kecuali ayahnya, aku katakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata2 keji dan umpatan, dan aku katakan dia cacat kerana dia tida pernah menunjukkan anggotanya kepada sesiapa pun.”
maka, bergembira lah Abu Soleh dengan isterinya yang mulia itu.
My point of view: apa yang saya detect pertama tama ketika mendengar cerita ini di tv pagi tadi ialah: orang yg soleh seperti Abdullah pun ada ladang epal. meaning kaya la kan? So kenapa orang zaman sekarang sering beranggapan yang orang yang soleh tidak seharusnya ada harta yang banyak.. Abdullah itu adalah salah seoran yang rapat dengan Allah, juga mempunyai harta yang banyak. Maka, marila kita contohi beliau, mencari kekayaan dunia, tapi amat taat kepada Allah. Atau vice versa, sangat taat kepada Allah tetapi tidak meninggalkan urusa dunia..
Anyone get my point? Care to comment? Please do…