Archive for July, 2008


Malu sebahagian dari Iman

07/24/2008 8:37:00 AM

Ada pepatah ni yang selalu kita dengar. Hadis kah?

Saya tak tau jugak nak menampal hadis dan ayat al-Quran yang berkenaan dengan tajuk, kalau ada yang tahu dan sudi share, saya persila kan dengan besar hati.

Saya cuma tahu mengaitkan hal ini dengan kehidupan seharian saya. Sudah sebulan saya menghantar dan mengambil adik ipar yang bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Agama Saidina Abu Bakar, berhadapan Plaza Damansara. Di sana, bermacam-macam kerenah orang (esp orang kaya) yang dapat saya lihat.

Sayang sekali, kaya hanya luaran, hati dan iman kurang kaya. Apa pula kaitan dengan tajuk ni? Semalam, ketika saya mengambil Hawati dari Sekolah itu, ada sepasang suami isteri (ibu bapa kepada salah seorang murid-murid kat situ) sedang memarahi dua orang budak. Salah seorang adalah anak mereka. Mungkin budak-budak tu bergaduh, ala budak…

Yang menarik perhatian saya bukanlah cara dia (mak)memarahi budak2 tu (walaupun kurang berhemah, menjerit2 di tempat awam), tapi pakaiannya.

Bagaimanakah pemikiran seorang ibu yang berpakaian yang langsung tidak sopan tu boleh menghantar anaknya ke sekolah agama? Baju blausnya putih dan jarang, tidak berlengan, singkat diatas punggung. Dan skirt yang pendek di paras lutut. Rambut pula diwarnakan agak merah oren. Apakah tiada perasaan malu dalam diri dia bila menghantar dan mengambil anaknya disekolah yang bersebelahan dengan Masjid tu. Sedangkan kanak2 lain yang kecil lengkap berpakaian menutup aurat dengan tudung. Tiadakah perasaan malu pada guru-guru yang mengajar? Sudah tentu tiada perasaan malu pada Allah.. 

Semalam, setelah berbincang dengan Encik, dia cakap: orang yang beragama Islam mesti ada perasaan malu. Tanpa perasaan malu, berkuranglah iman didada. Bila hilang perasan malu, seseorang tu berani mendedahkan bahagian tubuh tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah. Tanpa perasaan malu juga, sesorang suami boleh keluar date dengan isteri orang lain di hadapan rakan2 sekerja. Seorang ibu boleh terang2an membuat salah dihadapan anak2.

Saya terfikir, apakah yang bermain dalam fikiran kanak-kanak disekolah itu. Di sekolah, aku diajar supaya menutup aurat, solat 5 kali sehari, malah membaca al-Quran dengan baik. Tetapi dirumah dan diluar, ibu bapaku tidak pula menutup aurat, jarang atau tidak pernah aku nampak mereka bersolat, malah aku tidak pula disuruh bersolat. Mana satu yang mahu ku ikut? Ibu bapa kandungku kah? Atau cikgu disekolah yang bukan ahli keluargaku pun..

Seram bila cuba untuk difikirkan dengan lebih lanjut kemana arah tuju anak-anak kecil itu. Bukan seorang dua ibu bapa seperti ibu bapa diatas, hampir kesemua ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah itu adalah sedemikian.. hmm… saya amat sedih memikirkan nasib anak2 itu..

p/s: diluar pintu pagar sekolah itu ada satu papan tanda, “Zon Menutup Aurat” macam zon larangan merokok atau zon bebas cukai pulak. jadi nak masuk ke kawasan sekolah tu kena pakai sopan dan pakai tudung. No wonder ibu bapa asik melepak kat luar gate jer.. Tapi ada yang buta huruf, masuk jugak ke kawasan sekolah. orang macam ni, tunggu hari jer dia akan masuk ke dalam masjid pakai kasut..Papan tanda tu siap ada gambar lagi. Wanita pakai skirt tak pakai tudung –’pangkah’, lelaki pakai seluar pendek–’pangkah’.


21 Julai

07/22/2008 8:17:00 AM

Ni kisah semalam..

Balik dari kerja, macam biasa gi ambil SIL kat Pusat Sains Negara, pastu baru balik.

Nak jadi cerita, motor Kriss tersedut2 semasa dalam terowong penchala. (motor Ego bg kat Encik pagi tu sbb habis minyak, so dia topupkan). Oleh kerana tak sedap hati, saya pun bawak motor tu ke susur keluar Sg Penchala, niat di hati nak singgah di Masjid Sg Penchala, sambil tengok2 apa la yang tak kena ngan Kriss nih.

Rupanya tak sempat sampai, kat traffic light bawah tuuu jer, terus tersedut2 dan mampus.. saya tolak la ke tepi.. Rupa2nya, minyak kering terus, kontang, illek (perhatian: meter petrol motor ni memang dah kong lama dah)..

Bila tepon Encik, dia akan datang (lepas kena marah seround, hehe)..

Tunggu punya la lama, baru sampai. Dengan kereta. Asyraf dengan baiknya duk kat tempat penumpang hadapan, sambil minum susu..

Lepas dah bubuh minyak yg Encik bawak, Kami yg perempuan ni naik kereta, encik nak bawak motor. Masuk jer kereta kat tempat pemandu, Asyraf dah meraung, nak datang kat mak. Ahh sudah..

Saya pekakkan telinga jer, Biar jer Ateh dia layan dia meraung. Tak cukup meraung, menjerit2, tendang sana sini nak datang kat mak. Hadoi.. Seb baik dekat jer. Lepas jer tol LDP, saya berenti tepi jalan, pastu riba dia sambil drive. Bahaya? Memang, seb baik, kawasan perumahan dah kat situ, boleh bawak slow2.

Asyraf berenti nangis bila duk atas riba, taapppii dia punya sedu tu sampai ke rumah tak ilang lagi.. Kesian anak manja sorang tu..Masa nak turun kereta pun masalah, takmo lepas langsung tangan dia kat leher. hadui..(tu blom lagi episod parkir kereta, camna nak tgk kereta kat belah kiri ngan tiang sebelah kanan, dengan dia duk atas riba)..

Moral of the story: Tak mungkin mak bawak kereta, Asyraf boleh duk kat tepi diam2. So tak yah berangan nak masukkan Asyraf kat tadika dekat ngan tempat kerja dengan hajat boleh datang kerja dan balik sama2. :roll:


Kurang best

07/11/2008 1:57:00 PM

Setelah berapa punya lama tak dak entry,last2 entry hari ni pasal tak pueh hati. adakaa haha

 

1. Kurang setuju bila mak2 yg nak bersalin disuruh makan sikit ja.. hahaha, sampai bila la nak kena ulang perasaan tak pueh hati ni..

2.Kurang setuju bila ada yg kata pakai bengkung utk rampingkan perut, macamla kalau tak pakai perut tak surut. Perut aku surut ja, tak pernah pakai bengkung pun..

3. lagi tak best bila dok gah2, sbb pakai bengkung la boleh pakai balik jeans yg saiz kecik, 26.. haha, aku jeles? tak sama sekali, aku pun boleh pakai kalau aku nak, tapi aku takmo, aku rasa macam salah je (memang salah pun) bila bersusah payah bertungku, berbengkung bagai utk pakai jeans kecik. Allah bg cantik, pastu buat maksiat la pulak. sungguh tak bersyukur.. hmmm..siap perli2 aku lagi aku takleh pakai jeans kecik sbb aku tak berbengkung la.. hellooo, sori sikit, aku takmo pakai jeans sbb aku pilih utk takmo pakai jeans dah.. zaman aku berjeans dah habis, tamat.. dah nak berubah ke arah yg lebih baik, aku takmo la statik kat situ ja.. oh yes tak salah pakai jean, cuma jgn yg ketat key. saiz 26 aku rasa mesti solid nye..

 

sekian tak puas hati pada hari in.


Bad Day…

07/2/2008 8:17:00 AM

1 Julai 2008 (semalam) adalah hari malang bagi saya…

Adik ipar saya dah stay kat rumah saya (yeay), dan dia dah dapat kerja sementara kat sebuah sekolah Agama kat Pusat Sains Negara..

The bad day started when I had to find my own way to that particular mosque (tambahan lagi aku ni buta jalan).. All the while I thought the mosque is masjid Saidina Abu Bakar in Bangsar (which I don’t know the name of that mosque before that..

1. Tangki petrol zero, so saya topup kat Petronas kat bandar utama.. masa jalan jer balik, ada satu teksi hon hon dari belakang (masa tu belum 100 m dari petrol pump pun lagik). Saya slowkan motor, pastu pakcik tu kata “dik, beg duit terjatuh kat belakang tu..” So saya pun berenti, Hawati (my SIL) offer to fetch it.. (btw, the wallet is mine), masa nak turun dari skuter tu, dua2 terjatuh dari motor,dan kakiku dihempap oleh motor skuter yg berat yang amat tu, kaki aku terkena kat divider jalan pastu motor lak hempap, sakit bukan kepalang.. adoi, dah la motor tu berat, nak mengangkat tu adoi, saya tahan jer (takkan nak nangis tepi jalan tu pulak) (ni bad day #1). Sebelum tu kami ada pintas a gaggle of school kids on bike, budak2 lelaki.. budak2 lelaki ni berenti dan bersembang2 depan motor saya masa dok menunggu Hawati balik. Sambil2 tengok kat saya, then diorang chow.. Hawati balik dengan tangan kosong, dia kata dia dah pergi sampai ke petrol pump tapi takde. (ni bad day #2). Hilang sudah wallet ku yang berisi RM40++, kad real rewards dan resit teksi yang nak claim sebab buat field work.. (aku syak bebudak td amik, jahat tul aku).

kendian, perjalanan diteruskan ke UM, masuk dari pintu 9th keluar ikut gate KL utk ke Bangsar (hantar Hawati)- ni baru nak cari sekolah tu tau.. Lepas jer sampai kat Masjid tu, Hawati tepon sekolah kata dah sampai, turn out to be not that masjid, masjid lain!!.. haa!! (BAD DAY#3), mana pulak.. sebenarnya bukan Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar tp Masjid Saidina Umar al-Khattab at the other end of Bangsar.. huhuhu, Patah la balik….rupanya jauh la sangat, naik bukit turun bukit, jalan rosak sepanjang jalan (habih skuter baru ku bergegar2), kereta banyak dan loklaq. Selepas mintak direction 2 3 kali, maka sampai la..

BAD DAY#4: bila nak balik semula UM, jalan tadi tak leh guna dah, patah balik dari sekolah cuma sampai 200m jer, pastu dah takleh gi sbb jalan depan tu one way utk ke sek tu ja, haa sudah.. kena masuk highway.. menonong jer saya masuk highway tanpa tau ke mana nak pergi, alih2 terjumpa gate Pelapes, aik camna bleh tembus sini, dekat lak tu.. hahaha..

sampai ofis, baru boleh check kaki, ada satu bengkak sebesar telur ayam30sen, kena kain pun sakit.. hari ni bertambah2 sakitnya, sampai nak duduk masa solat pun sakit (so duduk tp kaki kiri lutut terangkat supaya tmpt sakit tak cecah lantai).

Start today, saya kembali membawa Kriss, sbb banyak sangat bukit dan Kriss ringan sikit.

2. Senja semalam dikejut kan pulak dengan kematian kawan ‘encik’, cikgu kaunseling kat sekolah dia, perempuan, due to cervical cancer. dah 4 bulan kut dok hosp, tp sihat2 jer kecuali perut dia yg membusung..Innalillah

This reminds me to do pap smear. naper la aku takut sangat nak buat pap smear..Kak Norli tak buat papsmear, dan bila perut start sakit dan membuyung, dia gi bomoh, dan bomoh kata ada orang buat.. bila dah perut tu besar sangat, dia ada kesukaran bernafas, so dia pergi hosp sbb kesukaran bernafas, diagnosis kata dia ada kanser rahim dan air yg banyak tu dah menekan dan melemahkan peparu dia. Operation tak boleh dibuat sbb peparu yg lemah, so doc bg ubat dan chemo dulu sementara peparu boleh tahan..kanser tu pun aktif.. tapi tak sempat. Allah dah kata tiba dah masa dia.. Saya sedih sangat, saya kenal dan baik ngan kakak ni..Anak dia paling besar Ting5, owh kakak ni baru 40tahun..

So, kena beranikan diri utk papsmear. huhu takut.. even encik pun seriau, kalau boleh dia pun taknak bagi. Semalam, dia kata pergila buat, tapi dia tanak ikut sbb takut..

What a bad day..



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan