Arahan pemakaian tudung dan sarung kaki di Kelantan
Saya ada terdengar benda ni dalam minggu lepas. Sekali jer terdengar kat berita. Kerajaan kelantan mewajibkan pekerja warung dan semua2 yang bekerja berjumpa orang (yang perempuan) supaya memakai tudung labuh (mungkin labuh ke bawah dada), pakai stokin, baju yg tidak menjolok mata, tidak memakai gincu dan perhiasan yang tidak keterlaluan. Beberapa hari lepas pulak, terdengar lagi yg perkara ini diringan kan, iaitu boleh pakai lipstik..
Apa pulak minah ni nak komen..
Huhu, saya rasa ok ja. Bagus gak. Kurang la gejala rogol dan perangai tak senonoh orang yg suka meraba. Tapi ada gak yang kata, perkara ini terlalu mendadak, terlalu drastik. macam man nak ubah, selama ni pakai jeans ketat ngan sleeveless.. Macam mana pulak nak pakai tudung ngan sarung kaki la pulak. Apala kerajaan ni suka paksa2, tak duk lam kasut kami ka? Cuba duk dalam kasut kami, boleh pikir tak camno kami nak ubah ni.. Slow2 la,, lagi pun kubur asing2..
Huhu, sebab kubur asing2 la, Kerajaan Kelantan buat peraturan tu. (aku nih suka dok fikir benda yang tak sepatutnya aku fikir, huahuahua). Cuba kita pulak dok lam kasut Tuan Guru Nik Aziz tu (aku assume dia la yg usulkan perkara ni, sapa2 tau lebih lanjut sila betulkan saya k).. Rasa2 dia boleh dak tido malam, dengan keadaan orang jagaan dia (rakyat Kelantan) masih ada yang dok dedah aurat? Masih ada dok kena rogol etc. kalau la (nauzubillah) dia meninggal sok, benda2 ni la nak kena soal kat dia. Sudahkah kamu memerintah dengan adil? Sudahkah kamu memimpin rakyat mu ke arah Allah? Sudahkah kamu menentang kemungkaran yang berlaku dibawah jagaan mu? Ni semua smack kena atas kepala dia tau.. Bukan kepala kita.. Saya selalu di accuse selalu tak try pakai kasut orang lain.. Kali ni kita try pakai kasut Nik Aziz lak..Boleh ke nak tidur malam kalau kita jadi dia? Sekurang2nya, dia dah suruh rakyatnya tutup aurat dan menjauhi maksiat. Ko nak ikut ke tanak ikut ke tu ko punya pasal. Dia dah lepas dah dari beban dia nak educate korang. So nanti kat ’sana’ kelak, akan ditanya, kenapa kamu tak tutup aurat? Dah tak leh jawab “saya tak tau”, “tadak orang ajar saya”, “entah”, dah sbb terang2 kerajaan negeri suruh tutup aurat..Haha, meh la kita pusing2 kepala dan berfikir.
Memang ler aku ni suka pikir yg lain. Entah2 bukan camni pun sebenarnya. Tapi, kalau bukan pun, apa salah nya. At least, aku mengingatkan aku sendiri yang wajib tutup aurat. As usual, Malaysian, selalu harap kerajaan utk jaga harta benda sendiri. anak kita sendiri pun nak mintak kerajaan tolong educate pasal aurat, dan kena kerajaan tolong jagakan maruah keluarga, jangan bg anak2 kita kena rogol etc..If men are borne as Khalifah as Allah said, what a failure we are. And when will we realize all this? When it’s all too late. hmm, “sad”.





