Archive for April, 2008


Buku: Remeh Temeh tentang Nikah kawin yang Anda ingin tahu Tapi Malu Bertanya

04/30/2008 9:06:00 AM

                                                          

 

Buku ini baru habis dibaca. sangat seronok dibaca, ada banyak info yang basic tentang alam perkahwinan, tapi tak ramai yang tahu. Cara penyampaian nya juga mudah, memang tak sedar masa berlalu sebab asik dok turn page.

Info yang penting ada lam buku ni ialah:

1. Segala syarat sah nikah, rukun, hukum etc berkaitan nikah

2.Tanggungjawab suami isteri

3.Nafkah (penting ni, ramai suami kena baca)

4.Adab ‘date’, tunang

5. Hubungan ngan mertua

 

Sekali lagi: Bahasa dia best. wajar dimiliki oleh orang2 yang mahu berkahwin..


Kenapa saya tulis blog dalam Bahasa Melayu?

04/30/2008 8:33:00 AM

Ada pula yang tanya, kenapa saya tulis blog dalam bahasa melayu, sedangkan, blog saya ada la jugak isi nya (ehem ehem), kalau buat dalam bahasa inggeris kan lagi ramai boleh baca?

Sebenarnya, Bahasa Melayu (penulisan) saya amat amat lah lemah. bercakap memang boleh cakap, dari lahir cakap Bahasa Melayu, tapi nak tulis nya, yaa ampunn. Susah. Sebaliknya pula dengan Bahasa Inggeris, saya rasa saya dapat bercakap dengan lancar dalam Bahasa Inggeris (terbukti bila saya terpaksa cakap BI dengan prof2 foreigner yang datang sini), cuma nya kekurangan confidence. But, saya memang boleh menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baiknya. Serious. Betapa saya bersyukurnya, semua exam masa undergrad dan tesis saya kena tulis dalam bahasa inggeris. kalau dalam Bahasa Melayu la, adoi, mati den.

 

Ada sekali saya ambil elektif di Fakulti Sastera (Islam dan masyarakat di Malaysia). Pastu exam dalam Bahasa Melayu, punyala terseksa jiwa, semua point yang menerjah dalam kepala semua bahasa inggeris. Samapi kena tulis dulu point tu kat kertas kotor, pastu baru karang balik dari situ ke atas kertas jawapan dalam bahasa Melayu.. Saya toleh-toleh orang sebelah, alamak dia dah masuk answer book kedua dah, saya separuh answer book pertama yang ada 20 pages tu pun belum ada. Apa yang dia tulis? haru haru.. Berbanding dengan tesis saya yang berbahasa Inggeris, (boleh dikatakan) cepat jer siap, less than 1 month. Siap writing (with help dari supervisor la jugak). Tap, tak ler se horror exam yang satu itu. Mujur A jugak. Alhamdulillah…

 

harap-harapnya, dengan selalu saya menulis kat sini dalam BM boleh la improve writing skill saya.


Percaya kepada malaikat

04/22/2008 11:24:00 AM

Hari ini Ustaz Zawawi Yusuf ada bercakap mengenai percaya kepada benda ghaib, salah satu nya adalah malaikat. Beliau memulakan bicara dengan mengatakan bahawa kita akan percaya sesuatu benda yang ghaib apabila ada orang memberitahu kita tentang perkara itu, contohnya, banjir yang berlaku di Johor, kita di KL tak tahu pun tentang perkara ini sehinggalah diberitahu oleh orang lain. Jadi sebenarnya perkara yang terjadi di Johor adalah perkara ghaib bagi kita, dan kita mempercayainya hanya diatas dasar orang cakap pada kita. Apa yang perlu dipersoalkan adalah kebolehpercayaan kita kepada si penyampai. Antara contoh lain yang diberikan adalah bagaimana kita tahu tentang penyakit didalam badan.

 

Jadi bagaimana kita tahu tentang malaikat, keran aada orang yang memberitahu kita. Orang itu adalah al-Amin, yang boleh dipercayai iaitu Rasullullah SAW. Ada hikmahnya, Rasulullah SAW memjadi al-Amin sebelum diangkat menjadi rasul, ini adalah kerana baginda perlu menyampaikan benda-benda yang ghaib, hidup mati, alam akhirat danmacam2 lagi perkara ghaib. Malah perkara ghaib yang dibincangkan ada bukti iaitu ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah didalam al-Quran. jadi kita perlu percaya kepada malaikat kerana yang menyampaikan berita ini adalah al-Amin (yang amanah) dan bersandarkan bukti al-Quran. Al-Quran ni adalah ayat Allah yang tidak mungkin diciplak dan diubah oleh manusia. Ianya adalah mukjizat yang dipelihara oleh Allah.

 

Oleh itu, apakah malaikat? malaikat adalah mekhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Ciri-ciri malaikat ialah, ianya tidak lelaki tidak perempuan. (bukan pula sotong, atau auuw). Ia adalah kejadian Allah (yang tidak mustahil tidak boleh). Jika difikirkan balik, sekiranya malaikat ini menyerupai manusai, ada lelaki dan perempuan, maka susah la. Contohnya, kalau malaikat perempuan, Allah suruh turunkan wahyu, eh alamak takleh, period la pulak. Ataupun sekiranya malaikat ini ada sifat letih dan ingin tidur, macam mana pula bila Allah suruh turunkan  rezeki? Eh nak tidola dulu…

 

Malaikat ni akan diberi kerja yang pelik2. Yang tak dibuat orang, macam tolong tolak awan, bawa hujan, turun rezeki, cabut nyawa. kalau ia menyerupai manusia, maka terkejar2 lah malaikat nak cabut nyawa orang yang mati beribu2 sehari..

 

Ayat al-Quran berkaitan dengan malaikat ialah Surah al-baqarah, ayat 30:

 

 ?????? ????? ??????? ?????????????????? ?????? ???????? ??? ????????? ???????????? ????????? ?????????? ?????? ??? ???????? ??????

?????????? ??????????? ???????? ????????? ?????????? ??????????? ?????? ????? ??????? ???????? ??? ??? ??????????? (????

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

 

Dari ayat diatas, diketahuilah bahawa malaikat dan Allah itu berkata kata antara satu sama lain.

 

(?????? ??????? ?????????????????? ?????????? ???????? ???????????? ??????? ????????? ?????? ????????????? ??????? ???? ?????????????? (????

 

 Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

 

Dan dari ayat diatas juga kita dapat tahu bahawa malaikat itu adalah makhluk yang patuh kepada Allah, tidak sekali-kali membangkang apa yang diperintahkan oleh Allah.

 


Parut perutku..

04/21/2008 7:53:00 AM

Hari Ahad, macam biasa, barulah ada masa nak manjakan diri. Sepatutnya, rutin ni buat hari-hari, tapi, tak sempat meh. So hari Ahad, saya buat facial untuk cik abang, dan scrub badan. Pastu, barula ternampak parut yang bergaris-garis kat perut. Satu parut sebab appendicitis, satu lagi sebab c-sect masa lahirkan Asyraf. Saya ada mengeluh, bila la parut ni nak hilang (walaupun dah tahu yang parut tu memang takkan hilang punya). Tapi cik abang kata takpa la parut tuada kat situ, sekurang-kurangnya jadi bukti, ni kenapa ada parut, tu sebab anak sorang tu keluar ikut tingkap. Kalau beranak normal, tak nampak kesannya, ni jelas nyata dan terang, ada kesan pengeluaran baby (apakah bahasa tersebut). so nanti kat akhirat, apa-apa jadi, nanti perut akan cakap, dia dah lahirkan anak (kena pulak anak yang soleh), ini parut ini adalah buktinya. Mana tahu boleh jadi tiket saya ke syurga. Huhu, memang la best cara cik abangku memujuk. Ahaha. So parut di perut, dengan bangganya, stay lah engkau di situ..



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan