Archive for March, 2008


Fish Tank Baru *yeay*

03/20/2008 11:31:00 AM

Semalam, selepas balik kerja, (setelah sesi memujuk dan merajuk selama lebih kurang 2 minggu), kami (termasuk Asyraf) pergi ke kedai akuarium, untuk membeli fish tank kami yang pertama, yeay..

Ada fish tank besar dan kecik, macam2 bentuk fish tank kat kedai tu. Considering saiz rumah kami yang tak besar, kami settle dengan fish tank yang tak besar sangat, nak kata kecik, tak kecik sangat, luas la untuk lapan ekor ikan guppy tu. Satu set akuarium dengan water filter, makanan, garam anti-chlorine dan fish vitamin, lampu florescence dan 8 ekor ikan gapi (2 ekor jantan, 6 ekor betina) RM90.00 . Ok kan, sebab kat rumah dah ada batu2 kecik peninggalan penyewa lama, so kitorang tak membeli batu2.

Malam tadi, selepas makan (dan melayan Asyraf yang develop perangai baru suka ngamuk ni), kami pun start proses fish tank (dengan Asyraf yang meragam dan meraung kat kaki kami).. Oh ye lupa nak cerita, masa kat kedai, asyraf punya la excited tengok ikan punya la banyak.. So masa kat rumah pun dia excited tengok ikan kecik2 lam tank, gaya suara yang tak pernah keluar pun leh keluar, haha.

Satu yang tak puas hati ialah, water filter tak leh jalan, motor nya berbunyi, tapi dia tak sedut air pun. Pagi ini, lepas Encik gi sekolah, saya tengok balik dan try buat lagi sekali ikut manual yang diberi (dengan Asyraf yang dok bergantung dan meraung kat kaki). Dan, taraaaa, dah  jalan.. Bila pasang jer lampu, Asyraf dah excited, nampak ikan berenang2, tunjuk sana sini.

Yang paling happy? Saya laaa. hahaha..lepas berjanji itu ini dah dapat fish tank… Dulu ada pernah mintak arnab ngan Encik dengan janji saya yang akan take care arnab tu, tapi end up dia yang kena cuci najis arnab tu setiap minggu, saya cuma bagi makan sekali sekala ja, haha. Sebab tu kali ni susah sikit nak dapat pet. Hehe, ni nak ngajar anak pasal tanggungjawab ke, nak ajar maknye, hahah.


Fieldwork pertama

03/18/2008 11:44:00 AM

Semalam adalah fieldwork pertama untuk projek saya, bertempat di SMK (P) Bandaraya. Betul2 memenatkan. Malam sebelumnya kami satu family baru sampai dari Kelantan, (balik kampung). Kul 1.30 pagi baru sampai rumah, Asyraf tanak tido, dia ntah kul berapa tah. pepagi buta dah bangun ke ofis utk bersedia gi fieldwork. hari itu sangat mendebarkan sebab supervisor tanak pergi sekali. Memula dulu dia kata akan bagi guide untuk first few fieldwork, last2 tak jadi plaks. hadoi…. tapi, alhamdulillah, everything went well, fuhh.

Some sad things occured… ada diantara pelajar2 ni, tidak faham Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Diorang cuma faham bahasa cina jer, camna nih? Rakyat Malaysia tak tau cakap bahasa melayu…bila buat survey kekawan depan belakang terpaksa translate masuk bahasa cina. Antara komen yang saya dapat adalah : lebih senang jika survey ini ditranslatekan dalam bahasa cina. kenyataan ini agak mengejutkan saya. pada pendapat saya, sebagai seorang warga negara ini, mesti, wajib faham dan boleh berbahasa melayu dengan lancar. saya ada bertanya dengan guru yang ada dalam kelas, adakah diantara pelajar2 ini buta huruf, dia jawab diorang tak buta huruf, boleh membaca cuma tak paham apa yang dibaca. haha camna tuh, macam kita baca al-quran kot (adoih…).

siapa ye yang nak dipersalahkan bila timbul kes camni. Ramai tau pelajar2 termasuk yang tingkatan 3 tak boleh mengeja, menulis bahasa melayu, sedih sangat. ni ke warga negara yang nak kita beri harapan supaya memajukan negara.  Ni ke pelapis2 kita, sungguh terukkkk. Nak salah kat sapa, mak bapak? guru sekolah rendah?

Satu  lagi yang saya perasan, sekolah ini juga mengamalkan cara pembahagian kelas seperti yang disuruh kerajaan: tidak membezakan yang pandai dan yang kurang pandai. Apabila bercampur antara yang pandai dan yang tak, pembelajaran jadi tak seimbang, yang pandai akan rasa bosan sebab ulasan terpaksa macam orang bodoh, yang lembab lak langsung takleh catch up, sbb diorang memang slow tahap gaban. (very very very very slow). kerajaan tanak asingkan kelas sebab takmo bg yang kurang pandai ni rendah diri sebab nanti ada kasta lak, aku pandai ko bodoh sort of things. Tapi, down side dia sangat menakutkan… I think that the MOE kena tengok balik dasar nih. Merugikan semua pihak.. Or ke sbb anak2 org2 kat MOE tak “pandai” sangat so tanak malu sbb anak2 diorang kena dok kelas bawah, so buat dasar camni?


Uwaaa, nak kurus..

03/11/2008 8:33:00 AM

lagi2 cakap pasal gemuk, cakap pasal berat badan, apala saya ni… Well, ini adalah minat saya.. Saya suka analyse perilaku kaum perempuan. Most of the time, the main concern in their head is weight problems.

For me, wanita yang melahirkan anak deserve untuk gemuk, well, kalau memang badan dengan sendirinya turun berat, it’s an advantage, tapi, bagi yang bermasalah berat badan selepas melahirkan, ianya tak menjadi kesalahan pun kalau kita gemuk.

Ramai wanita yang mengalami masalah berat badan selepas melahirkan mempunyai keinginan untuk menjadi kurus kembali. Antara nawaitu yang famous ialah:

  • Nak cantik la
  • Tak nak bagi suami lari/pandang perempuan lain
  • Nak pakai balik baju2 zaman anak dara
  • Kalau kurus boleh berfesyen, gemuk tadak saiz baju cantik laa..
  • Rasa tak sihatla gemuk,kurus skit baru ok.

Secara peribadinya, saya paling suka yang terakhir. Nawaitu yang betul. Yang kedua tu selalunya penyedap bahasa sahaja, dan selalu akan bertukar kepada yang ke 3 dan ke 4. Well, girls don’t deny it because it’s true, cuma tanak admit jer kan?

Kaum wanita sanggup berhabisan untuk kehendak yang satu ini, nak kurus. Tapi, persoalannya, untuk apa? Sekiranya ketika kita gemuk, kita sentiasa pakai baju yang besar2, kurang berfesyen sebab malu dengan bentuk badan kita, Ye la, kang orang kata plak, dah la gemuk tak sedar diri plak, kan? Pastu, kita pun berusaha berhabis-habisan untuk kurus.. Dan akhirnya berjaya. Wah… Seronoknya badan baru ni, maka kita pn mula berfesyen2, mula pakai baju kecik “sikit” dari waktu kita gemuk dulu. last2 rasa best lak, pakai baju lagi kecik lah, baru cun. Masa ni takde dah niat yang kedua tu, lebih kepada, “kan best bila aku lalu jer, mata jantan2 diluar tu semua menoleh, mesti diorang taksangka yang aku dah beranak pinak, hehe”

Hahaha haru..Kalau camni la jadinya, baik gemuk jer la. Kurang dosa. Kalau kurus pun dok tambah dosa ja buat apa. Dah la pahala pun susah nak kumpul,kan?

Bukan saya nak kata tak boleh kuruskan badan. Kurus lah, guna cara yang betul, nawaitu yang betul, dan kekal ngan nawaitu itu. Bukan tidak boleh berfesyen apabila kurus, berfesyenlah, tapi sebagai seorang muslim yang berakal. Tunjukkan cara berfesyen dengan betul yang sesuai di sisi syariat Islam. Jangan pula jadi masa gemuk jer tutup2 aurat, jadi orang Islam, lepas kurus tayang2 aurat, jadi apa?. Bukan tak boleh pakai seluar, pakai lah yang longgar sikit, jangan la ternampak 2 tiang yang bergetah ke berkaran tu solid molid. Pakai la baju yang labuh sikit menutupi punggung, tak perlu la nampak punggung yang dah pejal tu. Nanti, ada pulak yang berfikiran ” alahai kalau ku raba bontot gebu tu kan best..” Pakai tudung yang menutupi dada, biasalah bila dah kurus, aset kat dada tu tak kurus sekali. So, paham2 ler..

Jadi, para wanita yang mempunyai masalah berat badan selepas melahirkan, takpelahh, tak salah pun. Bontot mengembang penuh lemak sebab nak bagi kita selesa sebab terpaksa duduk lama menyusukan anak. peha besar tong minyak, sebab nak bagi selesa anak nak tidur atas riba ibunya. Atas lengan yang besar dan lembut (lembik?), sebab senang nak tidurkan anak di atas pangkuan yang selesa.. Allah jadikan cukup cantik dan bersebab. Cuma cari jer sebab nya. Sekiranya nak kurus jugak, teruskan usaha, cumanya betul kan niat, dan guna jalan yang betul, dan bukan jalan pintas. Dan selepas kurus, bersyukurlah dengan kurniaan Allah, janganlah dok buat perkara2 yang menyalahi Islam dan lupa daratan. Kang kalau Allah buat kita gemuk 3 kali ganda baru teringat kat Dia kan?

p/s: aku bukan Ustazah, belum layak.Cuma aku insan normal yang boleh terfikir all these common sense.


Gossip gosip pilihan raya umum 12

03/10/2008 8:19:00 AM

Huhu, sebenarnya tak de lah byk nor gosip nya. Saya tau memang banyak gossip di luar nun, tapi saya maleh amik tau, saya cuma nak komen yang nampak di depan mata jer.

Ingat tak masa PRU12 tu, anak kepada Abd Hadi kena tangkap sebab diorang tahan sebuah (ke 2 buah tah?) bas yang disyaki pengundi hantu ke Terengganu, pastu merampas kad pengenalan mereka. Mengikut cerita kawan mak saya (Makcik Rahmah, dia cal setiap 5 minit masa malam mengira undi tu), bas itu dipenuhi ngan warga Indonesia dan diberi kan kad pengenalan supaya boleh mengundi. Pastu orang kerajaan, polis pun komen yang tindakan itu tidak berasas, mereka adalah pengundi yang sah…

Apa yang menjadi persoalan di kepala saya ialah:

1.  Jika betul itu bukan pengundi hantu, kenapa seorang pun tak di temuramah berkaitan dengan kejadian itu. saya yang memang setia depan tv terperasan memang takde temuramah berkaitan mangsa2 tindakan itu.. Tetapi, kejadian itu banyak kali di war-warkan di tv tp takde sorang pun mangsa yang bersuara. Sedangkan, orang asli, warga emas yang pergi mengundi ditemuramah, malah kejadian satu bas pelajar yang membuat lawatan ke Terengganu  dan ditahan manakala pemandunya ditumbuk pun ditemuramah.. Inikan pula kes yang melibatkan kad pengenalan satu bas dirampas.

2. saya terpikir rajinnya pemandu bas tu, menghantar satu bas pengundi ke situ. Dari mana orang2 yang atas bas tu? Jika benar mereka dari luar e.g KL, mesti destinasi mereka lain2, mungkin sorang ke Kuala Terengganu, sorang mana2 lagi lah. Takkan satu bijik bas tu bawak pengundi dari KL terussss gi tempat mengundi yang satu tu…Hmmm, mencurigakan. Kawan2 saya pun ada yang balik sekali, ke Kedah, pukul 7 pagi naik bas dari Puduraya, tapi bas tu hantar sampai stesen bas alor Setar lah, takde plak hantar diorang berdua ke tempat ngundi terus.. haha, rasa pelik tak..



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan