Breastfeeding in Public.
Salam dan selamat pagi semua,
Berapa kali sehari anda ternampak seorang wanita sedang menyusukan anaknya di khalayak umum? Jarang sekali kut. Tapi ada, sebab sekarang ni dah ada macam2 peralatan yang membolehkan seorang wanita tu menyusukan anaknya di khalayak umum tanpa terdedah auratnya. Ini satu kemajuan yang menyenangkan kaum wanita.
Ibu2 sedang menyusukan anak mereka.
Tapi, bagi saya agak kurang sopan dan kurang manis menyusukan anak di khalayak umum di Malaysia. Kita ada banyak tempat untuk menyusukan anak, surau, nursing room, baby room etc, jadi kenapa nak menyusu di khalayak umum?
Kat Malaysia ni, bersepah2 surau dan babyroom yang boleh digunakan untuk menyusukan anak. kalau tak de babyroom, mestila tempat2 tu ada surau yang boleh anda tumpang menyusukan anak, kan? tak mungkin ada tempat yang tak de surau, pastu korang solat kat mana? Ke korang tak solat? Tu persoalan nya, kenapa nak menyusu kat public sedangkan di negara ini punyala banyak surau, (kalau ketiadaan babyroom dijadikan alasan).
Pernah tak anda berhadapan dengan situasi yang pernah saya jumpa ni: Di Jusco Kepong, saya baru keluar dari surau, ambil Asyraf dari ayahnya, dan duduk di kerusi di luar surau tu. disitu, ada seorang ibu sedang menyusukan anaknya, bila saya duduk disebelahnya, selepas bagi salam dan sedikit berbahasa-basi, dia cakap, dia tgh nursing anak dia, babyroom jauh, malas nak gi. Dalam hati saya, kan ke surau ada kat belakang dinding belakang saya ni, masuk je la surau.
Saya ada tanya suami saya, bagaimana pendapat dia kalau saya menyusu di public. Dia dengan tegas menegah, malu kat orang, tak sopan dan tak manis. Wanita baik ada nilai kesopanan yang tinggi. Saya kata, bukannya orang nampak pun, dia jawab, memang orang tak nampak, tapi once orang tau kata seseorang tu tengah menyusu, pelbagai tanggapan, dan pemikiran samada positif atau negatif akan terdetik dalam fikirannya. Yang baik takpe lah, kalau orang fikir, eh nampaklah…. eh (terjenguk2 pulak).
Pastu saya ajukan pastu saya nak BF kat mana. Kalau kat surau/ kereta lama la dia menunggu (soalan uji). Dia kata takpelah tunggu, janji jangan ada orang fikir bukan2 kat isteri dia. Erm, saya puji cara dia jaga maruah saya. Maka, saya pun dengan bangga jugak akan jaga perilaku dan kesopanan saya sebagai isteri dia.
Bukan tak boleh langsung BF in public, tapi dalam keadaan memaksa, macam dalam flight, kat tepi pantai kalau kereta jauh. Kat shopping complex, fast food restaurant rasanya tak sesuai untuk dijadikan alasan utk BF in public. banyak kemudahan yang ada. Ada surau, tandas yang ada sitting room, babyroom, so boleh gunakan tempat2 ni. Seboleh2nya, jangan la BF kat public kat mana semua orang esp lain jantina boleh ternampak dan tau “oh, bg susu”. One more thing, BF sambil jalan, macam mengajar nak akhlak yang tak bagus. Nanti anak makan sambil berlari, tak leh nak salah sape dah, mak ajar minum sambil jalan, kan?
For male readers, saya nak tahu apa pendapat dan pandangan anda jika isteri/mak/kakak/adik anda menyusu di tempat awam. Terima kasih.





