Archive for December, 2007


Flash Card Asyraf

12/17/2007 5:58:00 AM

Hari minggu baru2 ini, saya dengan rajinnya membuat flash card baru untuk Asyraf. Gabak besar huruf2nya. Saya buat ABC pulak, selama ni asik tunjuk gambar2 binatang etc kat dia. Ayah Asyraf dengan rajin jugak nak menolong, so saya bg dia tolong print, pastu kami sama2 warnakan huruf2 tu. Asyraf pun nak nyebok gak, mujur saya dah sediakan satu waste paper untuk dia. Maka di situ la Asyraf menunjuk ‘bakat’ mewarnanya.. hehe

Masa laminate flash card yg sudah digunting adalah saat yg paling best. Asyraf macam dah tak sabar nak main kad tu, habis disepahkan sana sini, termuncung mulutnya concentrate kat card yg berwarna- warni tu. Akhirnya siap jugak. Takdela Flash card yg lagi besar dari tu rasanya. haha

                

Asyraf yg dah tak sabar2 nak main Flash Card baru.

ABC

Ni Flash Card yang dah siap..

Anda juga boleh buat flash card anda sendiri:

Barang-barang yg diperlukan:

  1. Kertas
  2. Komputer (words)
  3. Pensil kaler
  4. Gunting
  5. Laminating plastic
  6. Seterika
  7. Lots of love and patient

Mula-mula buat kan ABC atau 123 atau apa sahaja(contohnya download gambar binatang) kat words, pastu print keluar. Kemudian boleh la warnakan mengikut kreativiti masing-masing. Guntingkan Flash card tu.. Masukkan kedalam plastik laminate (boleh dibeli di semua kedai buku), kemudia seterika dengan api yang perlahan (tidak perlu dilapik) sekiranya seterika tu betul2 rendah suhunya, proses laminating akan jadi cantik cuma lambat. Berbanding dengan menggunakan suhu tinggi, kerja akan cepat tapi, plastiknya akan berkedut-kedut.

Tips:

Nak lagi cepat, download la ini:

ABC

ABC Colour

Nanti saya akan update lagi bila saya buat yg baru.. Memang byk yg akan dibuat (ikut tahap kesebokkan la jugak huhuhu)


Sudah kawin ke belum? Baru jumpa dah senyum..

12/14/2007 7:14:00 AM

                 Sudah khawin ke belum

                 Baru jumpa dah senyum

                 Macam bunga sekuntum

                 Baru sedap di cium..

Macam pernah dengar tak lagu ni? Hari ni saya dan kawan2 rancak berborak pasal hal2 boyfriend, girlfriend, nak kawin, etc. Di sebabkan saya kawin muda, saya mempunyai ramai kawan-kawan yang masih single, ada yang dah ada boyfriend, lebih ramai yang solo.

Kebetulan tertimbul isu, pembahagian kerja rumah. Saya menyuarakan pendapat bahawa kerja rumah MESTI dikongsi bersama, tambahan pula si Isteri telah berkerja dengan alasan membantu ekonomi keluarga, secara tidak langsung berkongsi beban Suami mencari rezeki menyara keluarga (yang semakin hari semakin berkembang). Kemudian kawan saya yang berasal dari keluarga super kaya, ada maid segala pula memberi pendapat.

Katanya: bagaimana kalo seseorang tu tidak gemar membuat kerja2 rumah, kan ok

                 kalau kita dah tahu di mana kelebihan kita (contohnya memasak), maka kita yg

                 buat kerja tu, sebab kita tahu kita yg akan perform yang terbaik

Saya kurang setuju la. Tidak kira kita suka atau tidak, tanggungjawab harus dan wajib dipikul. Berapa ramai antara kita yang lebih suka berada dirumah melayan anak-anak dari keluar bekerja, tetapi tidak dapat dilakukan kerana ekonomi tidak mengizinkan. Para Suami dan Isteri harus sedar keadaan ini. Si Suami harus menyedari bahawa tenaga Isteri yang kurang darinya, lalu dengan rela hati membuat kerja2 rumah (sapu sampah, sidai kain, basuh baju, tukar pampers anak, memasak, kemas rumah, kalo nak senarai tak muat la pulak).. Si Isteri pula hendaklah sedar hak-haknya sebagai Isteri bukan maid, bukan orang gaji.

Dalam Islam sendiri dah menggariskan bahawa tugas Isteri adalah menjaga Suami dan Anak. Ada juga dibincangkan bahawa tugas menjaga RUMAH adalah tugas Suami. Kenyataan ini perlu difahami betul2. Tugas suami bukan sahaja di tempat kerja malah dirumah.

Saya suka memberi contoh, supaya senang kita menganalisa situasi. Suami dan Isteri bekerja, Anak2 tinggal di tadika atau rumah pengasuh. Kedua2 suami isteri bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi apabila pulang kerumah, sering kita perhatikan yang si isteri ni la yang kelam kabut macam lipas kudung untuk menguruskan anak2 dan menyediakan makan malam, dan dalam masa yang sama, mengemas baju yang baru diangkat dari ampaian. Di mana peranan suami? Adakalanya, suami kata: abang tolong jaga anak, ayang buat la semua yang lain.. hmm, cukupkah begitu wahai abang yang gagah perkasa, otot sebesar kereta, adakah abang nak harapkan isteri abang yang lemah tenaganya itu?

Adakah kita tidak pernah  terfikir keadaan ini kerana kita terbiasa dengan adat masyarakat yang isteri perlu buat semua ini? Tidak kah pernah kita terfikir bahawa suami yang pernah menjanjikan perlindungan dan penjagaan kepada kita sebelum kawin dan semasa nikah tidak menunaikan janji kerana ‘memperhambakan’ isterinya (ini bahasa kesat, saya tak tau nak guna perkataan apa). Tidakkah kita pernah kenapa kita yang lemah (dan sering dikatakan lemah) membuat segala kerja didalam rumah.

Jika dalam konteks orang dahulu, pembahagiannya adalah jelas. Suami berkerja diladang, menoreh etc, isterinya dirumah memasak,menjaga anak dan rumah. Tak logik kalo nak suruh suami yang seharian di laut misalnya membanting tulang mencari sesuap nasi disuruh berkongsi kerja rumah. Sekarang suami dan isteri bekerja didalam aircond, mengankat pen yang tak sampai 10gram beratnya. Kadang2 si isteri pergi kerja dengan LRT (suami antar ke stesen) atau bas, suami g naik motor atau kereta. (mana lagi tak larat, suami ke isteri?) kenapa suami tanak berkongsi kerja dirumah, si isteri pula merelakan jer.. (mana sense tah). Dalam Islam ada gariskan, kalau suami membenarkan isteri berkerja, seeloknya hantar dan ambil di tempat kerja. Kan ke lebih selamat?

Ramai juga yang berpendapat, dah jodoh.. Bagi saya, jodoh tu kita boleh pilih. Adakah kita bodoh sebab tu kita tersalah pilih jodoh.. (Hmm, agak kasar kan, tapi that’s the truth) Sekarang ni zaman di mana anak muda memilih sendiri jodoh mereka. Maka pilihlah dengan teliti. Saya juga suka berpegang, jangan puas hati kepada yang 2nd best (Never settle for 2nd best). Kalau tak jumpa yg sesuai, simply jgn kawen. Peduliklah orang nak kata andartu or andalusia, bukannya diorang yg menanggung, kita ja. Bagi yang ibu bapa pilihkan pulak, kena tengok dulu calonnya. Sesuai ke tak. Bagi yang mak bapak berkeras nak kawen kan ngan si polan bin sipolan ni jugak, ni saya bagi hukum, tak jatuh anak derhaka kalo menolak jodoh yang diberikan tu. Malah berdosa besar ibu bapa yang menjodohkan anak2 dengan orang yang tidak disukai oleh anak itu. Ada dlm ANIS keluaran Nov 2007. Cari ye..

     


Asyraf 9 bulan!! Tahniah!!

12/13/2007 2:30:00 PM

Sekarang Asyraf dah masuk bulan kesembilan. Dah besar anak saya sorang tu.. Sekarang dah start bertatih. Dah sebulan eksyen nak berjalan, sekarang makin ok. Sebelum ni dia cuma merangkak setapak dua, hingga sekarang masih merangkak setapak dua, tak berubah tapi dah berdiri kat tepi walker, kerusi dan meja, dan melangkah dengan gahnya. Pastu baru blajar duduk.. Aduila, anak mak sorang ni suka langkau2 step. Sehingga sekarang, Asyraf masih merangkak setapak dua, berjalan tepi kerusi dgn lajunya, mengesot kedepan dgn lajunya.. oops dan duduk bertimpuh.. haha.

Asyraf makin kurus rasanya, berat pun makin kurang walau pun makannya banyak betul… Poo Poo pun banyak sampai 4 kali sehari. Makan je buang, makan buang.. Susu memang ler banyak, sampai saya plak yg terkejar2 mengepam..

Selamat ulang 9 bulan untuk Asyraf, semoga menjadi anak yang berguna dan ingat pada mak dan Ayah!

 


Renungilah Kata-kata Imam Ghazali berkaitan Sombong dan Angkuh

12/11/2007 9:18:00 AM

  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.


  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan