Public Transport lagi..
Hari ni, saya cuba menaiki kenderaan awam lagi.. Masih mencuba nasib menaiki kenderaan awam di Kuala Lumpur-pengalaman yang jarang2 saya dapat. Kali ini, saya cuba menaiki bas pula. Pada mulanya, saya ingin menaiki komuter dari MidValley ke Kepong Central, tetapi, apabila saya sampai di Mid Valley, teringin pulak mencuba nasib dengan bas. Maka saya pun menunggu bas di terminal Mid Valley (selepas pekena takoyaki dan sushi). Bas tiba sebaik sahaja saya sampai di tempat perhentian bas (saya dah tanya nombor bas sebelum masuk ke Mid).
Oleh kerana saya keluar dari pejabat bukan waktu puncak (pukul 11 pagi), orang tidaklah bersesak2 (lagipun saya takut, kalau silap bas dan sesat, hari masih siang). Bas pada waktu itu amat selesa, orang yang tidak ramai, keadaan jalan yang tidak sesak. Semuanya menyenangkan hati. Saya tiba di Bandar Utama untuk menukar bas. Di sini, saya tidak tahu bas apa yang sepatutnya saya ambil. Maka, saya pun menunggu bas di selekoh Bandar Utama (di tepi jalan tanpa bumbung, panas terik, tepi jalan besar bagai lebuhraya-boleh anda bayangkan tak?-seksa tul). Hati saya berbunga apabila bas tiba setelah 10 minit berpanas dan hampir masak di situ. Tetapi, bas itu tidak menyatakan akan pergi kerumah saya iaitu di Sri Damansara, tetapi ada menyatakan pergi ke Kota Damansara. Untuk kepastian, saya bertanya kepada pemandu bas, adakah bas itu akan melalui rumah saya. Saya menaiki bas tersebut setalah pemandunya memberikan jawapan positif.
Saya pun senang hati apabila dapat masuk ketempat teduh dan berhawa dingin. Tetapi, rupanya, cabaran baru bermula. Setelah setengah jam berpusing2, saya semakin cuak apabila kelibat rumah saya belum kelihatan, malah kawasan yang dilalui tidak pernah saya lihat. Kemudian, pemandu bas mengisyaratkan saya agar turun, katanya, saya sudah sampai ke destinasi.Saya lihat keluar, ada Segi College. Saya pandang ke arah pemandu dengan penuh tanda tanya, dia dengan selamba menjawab, “Inila Segi Damansara,” Ya Allah! dia ni silap dengar rupanya. Aku cakap Sri Damansara, bukan Segi Damansara. Adoi, macam mana ni?
Saya pun duduk je la dalam bas tu, kebetulan, ada peta perjalanan dalam bas itu, saya ambil kesempatan orang yang tidak ramai untuk meneliti peta itu. Dan saya buat keputusan untuk turun balik di Bandar Utama (nampak nya jauh la perjalanan kali ini). Masa itu, Encik dah dua tiga kali call, mana bini aku ni tak sampai lagi? Encik sebok bertanya, diamana saya? saya berada di Kota damansara pada waktu itu. Lebih memburukkan suasana, bas itu berhenti untuk rehat, lama la jugak, setengah jam.
Encik telefon lagi, buat kesekian laginya. Dia dah agak hangin, sebab boleh sesat. haha.. Dia suruh saya turun di Ikea. Akhirnya Encik ambil saya di Ikea. Tak sampai gak rumah menaiki bas. Misi gagal..
Komen: Kualiti bagus (sorry to say: tapi Rapid KL lagi best dari Metro, maybe sebab route yg diambil oleh Metro terlalu jauh). mungkin bila peak hours, jadi cam sardin, menyebabkan penumpang tidak selesa.



