Archive for October, 2007


Sabar, sabar je laa…

10/30/2007 1:32:00 AM

Pagi ini di IKIM.fm Ustaz Zawawi Yusuf memperkatakan tentang nama Allah iaitu SABAR.. bila kena sabar? sampai mana tahap sabar?

Sabar bermakna menahan, seperti batu dan kuat. Apa tu?

Contoh sabar ialah apabila mendapat penyakit, mendapat susah, ujian dan cabaran.. Bak kata Ustaz Zawawi, jika kita merasakan kita susah dan dilanda ujian, maka sabarlah kerana ada ujian yang lebih hebat terjadi pada manusia lain. Ujian yang paling hebat adalah ujian murtad, itu adalah ujian keimanan dan ketauhidan yang ada pada kita. Setakat mana kita sabar dalam menghadapi ujian itu?

Ustaz Zawawi juga ada berkata sabar bukan bermakna kita duduk diam, redha tanpa berusaha. Jika kita mendapat penyakit, sabar yang dikatakan Allah adalah sabar dalam mencari penawar yang kadang-kala susah didapati. Dalam situasi ini adakah kita akan sabar atau selepas 2 3 kali mencuba kita dah putus asa?.. Sabar dalam situasi yang lain adalah sabar dalam menghadapi kemiskinan, sabar yang dimaksudkan adalah sabar dalam mencari rezeki bukan sabar je la rezeki Allah pada kita kurang.. Bukan.. Rezeki Allah melimpah ruah pada kita hambaNya, cuma kita yang perlu rajin dan sabar dalam mendapatkannya.

Contohilah Allah yang Maha Sabar, kita hambaNya sering membuat kesalaha,  tetapi oleh kerana kesabaranNya, Allah tidak terus menghukum kita malah memberi kita ruang dan peluang untuk berubah dan menjadi hamba yang terbaik.

Sabar juga bukan bermaksud duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa, itu bacul dan dayus namanya. Sekiranya kita melihat kemungkaran di hadapan mata, atau adik beradik dan ahli keluarga di ganggu dan Islam dicaci, sabar bukan bermaksud kita membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja. Sabar di sini bermaksud sabar dalam menyimpan segala ketakutan didalam hati dan maju kehadapan untuk menegakkan yang benar..

Ok, panjang lebar lak.. semua ni adalah peringatan buat aku kerana aku ni mudah lupa..


Recycle, Reduce, Reuse?

10/24/2007 12:37:00 AM

Hari ni dah hari ketiga bawak bekal sendiri utk tapau makanan dari kedai.. perasaan malu tu memang menebal, tambah tambah hari ni ramai pulak kat cafe tu, diorang tengok semacam jer kat aku dengan tapau ku.

Sebenarnya aku rasa bersalah, everytime aku tapau kat cafe, makan kat pantry then aku dump polystrene container tu, dah 3 bulan aku kerja, dah berapa byk polystrene aku buang, dah berapa byk aku cemarkan alam.. so aku beli container lock and lock, satu utk makanan satu utk air, minggu ni aku tak rasa bersalah dah sebab aku dah tak buang polystrene dan plastic lam tong sampah.. tapi still rasa malu la bila org tengok aku dan tapauku hehe

Harapnye, aku bleh teruskan usaha ni, biarlah aku sorang jer yang buat, tak pe.. at least dah save 10 polystrene seminggu dari mencemar alam sekitar, that’s make 40 per month and 480 setahun.. eh banyak gak.. tu aku sorang jer, campur ofismate aku, ntah berapa byk polystrene dibuang…

one day bila kewangan mengizinkan, aku memang teringin sangat2 nak pakaikan cloth diaper untuk Asyraf, tengah kumpul duit sikit2.. memang ler ada orang akan kata beli la sikit dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. tapi nak beli satu pun 2minggu kumpul duit (ye la satu dah RM65, mana aku nak cekau duit extra tu).. hmm memang nak sangat2..


Hari Rayaku 2007

10/19/2007 4:19:00 AM

This  year is the first time raya as a mother, banyak benda berlaku sepanjang bulan Ramadhan, yang best dan yg tak best.

Asyraf tak penah demam, tapi seminggu sebelum raya demam lak, tak sempat nak beli baju raya utk mak dan ayah, utk Asyraf jer..

Hari raya tahun ni agak sedih sebab 1st time asyraf beraya tapi kena measles..habih badan berbintik2.. muka pun ada..kisahnya, taun ni beraya kat umah hubby.. tapi mak aku dah semangat nak beraya ngan cucu sorang ni so belikan baju melayu (mana leh pakai besar gedabak).. tapi sebab raya umah PIL, mak aku terkilan la sebab asyraf tak dapat pakai baju melayu raya 1st.. so dia ckp la nak pos susah, asyraf pakai pampers je la raya kat kelantan nanti..(gurau2 la).. sekali memang betul raya pakai pampers jer sbb kalo pakai baju berpeluh nanti gatal, lagi la nangis kuat.. hah amik, ckp lagi..

nasib baik 2 hari je, raya kedua dah baik..ni masuk citer lucu lak.. raya 1st kitorang memang raya sakan keliling kelantan (dgn asyraf pakai pampers je), asyraf asik merengek dan nangis sebab gatal kot.. sian anak mak, tapi kena ikut gak, sebab PIL takde keta, so kitorang jer ada transport.. nak jd citer, asyraf tak mo ngan suma org kecuali ayah dia ngan tok ayah (FIL). so bila ayah drive, tok ayah pegang kat depan.. kitorang gerak ke rumah sepupu belah mek.. asyraf dengan bahagianya dok depan, baik jer.. bila dah sampai, keluar jer keta.. aku memang terkejut besar tgk baju Tok Ayah warna kuning kat depan, byk lak tu (baju raya FIL kaler ungu tersangatla muda).. rupa2nya asyraf dak poo poo kan baju raya tok ayah bukan setakat baju, singlet kat dalam pon kena..

masa tu ngan org ramai kat umah tu, cian tok ayah kena berak ngan cucu.. patut la diam jer asyraf, senang hati poo poo rupanya..

ni kenangan yg tak mungkin dilupakan, 1st hari raya ada anak then jd cemni. hahah.bajuraya tak kira la byk nyer beli utk anak, mak ngan ayah pun tak de baju, last2 beraya ngan pampers jer.. pastu poo poo kan tok ayah..hahaha



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan