Archive for the Hadis/Tafsir al-Quran Category


Percaya kepada malaikat

04/22/2008 11:24:00 AM

Hari ini Ustaz Zawawi Yusuf ada bercakap mengenai percaya kepada benda ghaib, salah satu nya adalah malaikat. Beliau memulakan bicara dengan mengatakan bahawa kita akan percaya sesuatu benda yang ghaib apabila ada orang memberitahu kita tentang perkara itu, contohnya, banjir yang berlaku di Johor, kita di KL tak tahu pun tentang perkara ini sehinggalah diberitahu oleh orang lain. Jadi sebenarnya perkara yang terjadi di Johor adalah perkara ghaib bagi kita, dan kita mempercayainya hanya diatas dasar orang cakap pada kita. Apa yang perlu dipersoalkan adalah kebolehpercayaan kita kepada si penyampai. Antara contoh lain yang diberikan adalah bagaimana kita tahu tentang penyakit didalam badan.

 

Jadi bagaimana kita tahu tentang malaikat, keran aada orang yang memberitahu kita. Orang itu adalah al-Amin, yang boleh dipercayai iaitu Rasullullah SAW. Ada hikmahnya, Rasulullah SAW memjadi al-Amin sebelum diangkat menjadi rasul, ini adalah kerana baginda perlu menyampaikan benda-benda yang ghaib, hidup mati, alam akhirat danmacam2 lagi perkara ghaib. Malah perkara ghaib yang dibincangkan ada bukti iaitu ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah didalam al-Quran. jadi kita perlu percaya kepada malaikat kerana yang menyampaikan berita ini adalah al-Amin (yang amanah) dan bersandarkan bukti al-Quran. Al-Quran ni adalah ayat Allah yang tidak mungkin diciplak dan diubah oleh manusia. Ianya adalah mukjizat yang dipelihara oleh Allah.

 

Oleh itu, apakah malaikat? malaikat adalah mekhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Ciri-ciri malaikat ialah, ianya tidak lelaki tidak perempuan. (bukan pula sotong, atau auuw). Ia adalah kejadian Allah (yang tidak mustahil tidak boleh). Jika difikirkan balik, sekiranya malaikat ini menyerupai manusai, ada lelaki dan perempuan, maka susah la. Contohnya, kalau malaikat perempuan, Allah suruh turunkan wahyu, eh alamak takleh, period la pulak. Ataupun sekiranya malaikat ini ada sifat letih dan ingin tidur, macam mana pula bila Allah suruh turunkan  rezeki? Eh nak tidola dulu…

 

Malaikat ni akan diberi kerja yang pelik2. Yang tak dibuat orang, macam tolong tolak awan, bawa hujan, turun rezeki, cabut nyawa. kalau ia menyerupai manusia, maka terkejar2 lah malaikat nak cabut nyawa orang yang mati beribu2 sehari..

 

Ayat al-Quran berkaitan dengan malaikat ialah Surah al-baqarah, ayat 30:

 

 ?????? ????? ??????? ?????????????????? ?????? ???????? ??? ????????? ???????????? ????????? ?????????? ?????? ??? ???????? ??????

?????????? ??????????? ???????? ????????? ?????????? ??????????? ?????? ????? ??????? ???????? ??? ??? ??????????? (????

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

 

Dari ayat diatas, diketahuilah bahawa malaikat dan Allah itu berkata kata antara satu sama lain.

 

(?????? ??????? ?????????????????? ?????????? ???????? ???????????? ??????? ????????? ?????? ????????????? ??????? ???? ?????????????? (????

 

 Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

 

Dan dari ayat diatas juga kita dapat tahu bahawa malaikat itu adalah makhluk yang patuh kepada Allah, tidak sekali-kali membangkang apa yang diperintahkan oleh Allah.

 


Orang Muflis

04/11/2008 2:38:00 PM

ORANG YANG BANKRUP(MUFLIS)

Rasulullah telah menjelaskan dalam satu hadis mengenai mereka yang dikatakan bankrup.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” – Riwayat Muslim.

Keterangan

Jelaslah bahawa jika kita banyak beramal atau banyak ilmu sekalipun tetapi jika kita tidak meninggalkan perbuatan mengumpat, menghina, menuduh, mengambil harta orang atau menyakiti orang lain, maka amalan yang banyak itu kelak akan habis begitu sahaja kerana ia menjadi penebus kepada dosa yang dilakukan kepada orang lain. Akhirnya kita bankrup dan dihumban ke neraka kerana dosa orang lain yang dibebankan ke atas kita.Kesimpulannya ialah jika kita hanya melakukan ibadat sahaja tetapi tidak meninggalkan perbuatan umpat, keji,menuduh dan zalim kepada orang lain, maka sebenarnya kita masih di tebing neraka. Dosa kepada Allah mungkin boleh ditebus dengan bertaubat, tetapi dosa kepada manusia tidak akan diampunkan Allah kecuali kita meminta ampun kepada orang tersebut. Beringatlah!


Hak kita, Hak Allah

11/23/2007 3:34:00 AM

Kitab Hadith Shahih Muslim   Mati dalam Kalimat La ilaaha illallah  Dari Mu’adz bin Jabal r.a., katanya: “Aku membonceng Rasulullah SAW menaiki seekor keldai yang diberi nama ‘Ufair, Rasulullah SAW bertanya kepadaku, “Hai, Mu’adz! Tahukah engkau, apakah hak Allah atas hamba dan apakah hak hamba atas Allah?” Jawabku, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Sabda beliau, “Hak Allah atas hamba ialah supaya mereka menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Dan hak hamba atas Allah ‘Azza wa Jalla ialah, tidak menyiksa orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain.” Tanyaku, “Ya, Rasulullah! Apakah aku harus menyampaikannya kepada orang ramai?” Jawab beliau, “Tak usah! kerana dapat menyebabkan mereka berpangku tangan saja nantinya.” ( Mu’adz bin Jabal r.a)



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan