Archive for the Cloth Diapering Category


Update stock untuk May

05/11/2010 10:22:00 AM

lamanya bersawang, alih alih, ini yang ku hapdet?!. Ada idea lain, tp masih tidak ber’mood’ nak tulis panjang2

So, sila lah jamu mata ye

Restocked

   New Arrivals

        

Patchy Pals, Moo Moo Cow dan Sweetie Hearts adalah minky, lembut macam teddy bear


Sudah tiba

04/12/2010 11:36:00 AM

Stok CD yang saya oder akhirnya tiba jua.

Ni CD yang baru tau, kebanyakan kedai lom ada lagi. ZiggieZag namanya. Untuk dijualkah? Ya semua untuk dijual di Anaqi.com. Tapi sempat ku rembat satu (yang ZEBRA tu). nanti nak order yg jumbo size lak, utk kanak2 14kg ke atas.

Ciri-ciri:

  • OneSize tapi takde snap button untuk mengecilkan saiz, cuma ada getah dibahagian tepi dan belakang (fitted) yang akan ikut shape anak seeloknya.
  • Velcro fastener, ada safety applix untuk basuh dalam washing machine, tak ler bersangkut2 dengan diaper lain.
  • Tiada PUL (seperti kebanyakan diaper), bahagian paling luar tu cotton atau polyester atau gabungan keduanya, kemudian ada satu lapisan ‘macam’ plastik yg lembut(saya tak tau istilah dia), untuk mengelakkan kebocoran.
  • di atas sekali, fabric suadecloth, lembut dan memastikan bayi sentiasa kering
  • Insert: cotton terry (Cotton 80% + Polyester20%). Menyerap air dengan baik sekali

Sila jamu mata ya, saya upload ke Anaqi.com secepatnya (atau tengok kat page Cloth Diaper kat atas nun utk tengok stok yang ada di tangan saya)

 

Harga: RM40/pc, tapi harga pengenalan RM35 sahaja. Beli lebih, lagi banyak diskaunnya. Emel jer yer (kalau nak diskaun byk la, ehehe). tp, skrg kat Anaqi.com pun tgh ada sale CD. Gi la jeguk2


Impossible..

10/8/2009 7:52:00 AM

(Camna hah nak start nih)

Apa yg tak best jadi surirumah ialah: Bila kita kata kita breastfeed anak kita, org kata “awak boleh la, sbb awak surirmah”

bila kita kata, anak kita pakai lampin dan CD, org akan kata, awak boleh la, awak surirumah..

Jadi, agak payah utk ajak org sama2 breastfeed dan gunakan CD sekiranya kita adalah surirumah.. sedangkan dulu masa Asyraf, saya kerja, malah kerja yang asik fieldwork, Asyraf tetap jugak full breastfeed dan pakai CD..

Pasal breastfed tu, mmg ramai yang tau kebaikan dia. Pasal CD tu, sbb saya ni seorang pecinta alam, maka saya rasa pemakaian CD itu adalah penting sebagai satu cara utk jaga dunia ni..

Bila org bagi alasan yang saya ni surirumah so saya boleh la buat semua tu (BF dan CD), saya akan kata, sebelum ni saya kerja, tapi tetap jugak BF dan CD. Masa ni, org akan macam ~that’s impossible, u can’t be serious.Pastu, org akan ingat saya ni superman (yang bodoh), sbb sanggup buat benda2 nih. duk ngabih tenaga kat menda2 nih sedangkan jala mudah ada.

So, kawan2 yang masih bekerja, dakwah la puas2. Dorang akan lebih senang dengar cakap kome..sbb bukti idup ada depan mata. Maybe zaman saya dakwah dah abih? Takpela, teruskan jugak, hidayah tu dari Allah kan..


Jenis-jenis Cloth Diaper

05/21/2009 1:41:00 AM

Ini adalah jenis-jenis cloth diapers yang ada di Anaqi Store.
1. Fitted All-In-One
Yang ni mudah dipakai (dan adalah my personal favourite), Senang nak basuh bila baby yak. AIO takde poket, tak perlu nak masukkan insert semua, insert telah dijahit dalam diapers ni menjadikan ia agak tebal (sebenarnya sama ja tebal dengan diapers berpoket yg telah dimasukkan insert). kelemahan nya adalah disebabkan insert tu ada kat dalam, maka ia lambat sikit kering berbanding diapers berpoket (sbb boleh keluarkan insert dan dikeringkan secara berasingan). Satu lagi ia diperbuat dari 100% cotton, takde lapisan yg kalis air tu, maka ada chances utk bocor kalau terpenuh sangat. So far, saya guna jarang la bocor, kena tukar selalu skit la.
Contoh All-in-One

 

2. Snazzy All-In-Two
Ini adalah yg terbaru dan ter’hot’ dipasaran. Ia terdiri dari 2 komponen, cover/shell dan insertnya.. Cover dan insert mempunyai butang yang boleh di’snapkan’ membentuk CD yg complete. Bila nak guna just snapkan insert ke covernya, takde poket2, mudah.. Bila telah di pee pee, anda boleh tukar je insert dia tanpa menukar cover (ini yg famous sgt, jadi jimat CD), provided cover dia tak kotor la.. Insert pulak mmg diberi 2 helai, jadi boleh tukar2, ataupun, lipat lampin kain yg 4 segi tu, dan letak sebagai insert, pun ok.

Contoh Snazzy All-In-Two
Ni semua komponen Ai2, ada satu cover dan 2 insert

Perhatikan butang2 di insert dan di cover. 
 
3. OneSize
 
Yang ini pun disukai ramai, kerana tak perlu dah menukar saiz CD sejak baby kecik sampai besar. Ia dipanggil OneSize kerana satu CD boleh fit semua saiz, dari S hingga long L. Terdapat 4 row butang2 yang boleh di snapkan mengikut saiz yang dikehendaki. kalau nak saiz S, cuma snapkan row yang pertama ke row yg ke 4. kalau nak saiz M, snapkan row pertama ke row yg ke 3. kalau nak saiz long L, takperlu snapkan mana2 butang.

Contoh OneSize

Sebelah dalam dia, ada poket, dan masukkan insert dalam poket.  

 

Row butang (termiss satu row)

 

Saiz yang paling kecik sampai saiz yang paling besar.

 

Rujukan harga:

1. All-in-One: RM39.00

2. Snazzy All-In-2: RM68.00

3. OneSize: RM68.00

Untuk harga semasa/tawaran, sila rujuk ke www.anaqi.com, atau emel saya info@anaqi.com untuk harga best.



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan