Archive for the Ceramah/Diskusi/Artikel Category


Topengan Zionist

09/1/2010 8:11:00 AM

Siapa2 yang mengikuti Jejak Rasul mesti terkejut dengan musim kali ini. Kali ini disingkap kebenaran tentang siapa sebenarnya Yahudi, Zionist dan Israel. Siapa Israel? Mengikut terjemahan direct nya ialah Tentera Allah.. Isra=Tentera, El=Tuhan/Allah. Israel juga bermaksud Nabi Yaakub yang telah di’appointed’ sebagai israel oleh Allah.. Jadi kenapa Israel yang ada didepan mata kita begitu kejam? Setelah beberapa episod, terjawab sudah persoalan. Israel yang berada didepan mata kita sebenarnya ialah ciptaan seorang tokoh Yahudi. (tak reti nak eja nama dia key, hehe)..Dia telah mewujudkan Zionist Yahudi, iaitu Yahudi berfahaman serong, dia telah silap tafsir tentera Allah itu dan berpendapat Yahudi sepatutnya berperang dan menjadi pemerintah dibumi yang dijanjikan iaitu Palestin. (palestin ialah bumi yang dijanjikan kepada bani Israel, sila recap kisah2 Nabi Musa dimana dorang travel mencari bumi yang dijanjikan).

Pendapat Yahudi ortodoks yang berpegang kepada kitab taurat (kata mereka lah, tp kita tak tau kebenarannya, sbb kalau benar mereka ikut kitab taurat, mesti dorang sembah Allah ye dak), Yahudi Zionist adalah tidak sama dgn Yahudi asalnya, kerana Yahudi asal/ortodoks berpegang kepada peace, aman dan kasih sayang, sedangkan Zionist berpegang kepada kekasaran, dan pencerobohan. Dan juga dijelaskan kenapa mereka menggunakan perkataan Israel, kenapa tidak Zionist. Kerana kalau guna Zionist, mereka tidak akan mendapat sokongan dari Amerika dan Eropah dan penganut Yahudi amnya. Kalau mereka guna Israel, kumpulan ini pasti akan memberi sokongan, malah akan mendapat sokongan dari penganut Yahudi yang agak tak alim dan agak jahil..Bak kata pemimpin Yahudi ortodoks, Zionist hanya merujuk kepada Taurat untuk perkara2 yang meyokong hala tujuan politik mereka, sedangkan pesanan2 Taurat yang lain di abaikan. Jadi Taurat dan Yahudi hanyalah topeng untuk menghalalkan politik mereka..

Harap-harap jangan la jadi macam ni di Malaysia.. Macam dah nampak skit, esp isu orang non-Muslim masuk Masjid/surau tu. Sapa la pulak kata tak boleh.Adoyai..

Orang bukan Islam dibolehkan masuk masjid/surau, malah digalakkan lagi, semoga dilembutkan hati mereka untuk memeluk Islam. Adakahkita larang mereka takleh masuk surau/masjid dibuat atas keputusan mengikut adat dan fanatik? Kenapa mereka takleh masuk pulak? Adakah mereka najis? Memang mereka najis disisi Allah iaitu akidah yang terpesong, iaitu najis Maknawi. (boleh juga rujuk kitab Bulughul Maram syarahan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mengenai seorg tahanan kafir yg ditawan dan diikat didalam masjid. Apa yg pasti tiada larangan malah terdapat galakkan kepada bukan Islam menghampiri masjid). Malah Tuan Guru Nik Aziz dan almarhun Ustaz Fadhil Nor pun membenarkan orang bukan Islam masuk masjid/surau.

Kalau orang tu masuk dengan tujuan mencemarkan masjid, mmg ler tak leh masuk. Bukan saja orang bukan Islam, malah orang Islam pun dilarang masuk kalau tujuan untuk mencemar masjid.

Jangan jadi macam Zionist ya, guna nama Islam untuk kepentingan politik. Buat jadi topeng. Bab2 nak tembak parti haluan kiri, abih semua benda jadi isu,gunakan Islam, kata cemarkan Islam la, melawan Islam la, sedangkan hukum sebenar kita sendiri duk kabur2. bab2 lain, seperti penggunaan hudud utk elak gejala sosial, atau byk lagi saranan Islam tak pulak nak guna, sbb takde kepentingan kita ye dak..

saya bukan menyebelahi mana2 parti politik pun  tp, yang sorang itu adalah Ulama’. Mana nak cari Ulama’ kat zaman ni? Mana nak cari? mana nak cari pemimpin yg boleh buat solat hajat dan solat2 sunat. Toksah ler kata pemimpin daerah atau ketua kampung, pemimpin keluarga saya pun tak nyempat nak buat solat hajatsolat sunat hari2..kalau tak gemar dia nye pandangan politik sekalipun, dia tetap lebih tinggi darjat dari kita. kerana Allah tak memandang darjat dan harta, tp taqwa. Ada rasa taqwa kita lebih dari dia?

Sebelum nak percaya apa2 yang kat TV tu, esp bab2 agama yang dimainkan  bersama politik, dan ianya diluar pengetahuan kita, haruslah kiranya kita ambil masa sikit utk buat sedikit research dalam mencari kebenaran. Masjidil Haram ja yang takleh dmasuki orang kafir..

Bahan bacaan:

  • http://ahmadfadhli.wordpress.com/2009/11/07/hukum-orang-bukan-islam-memasuki-masjid/
  • http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=1949

Tuntutlah harta sepencarian

07/9/2010 10:05:00 AM

Ni sedikit info dari perbincangan yang saya dengar di TV

Akan timbul kes tuntutan harta sepencarian pada 3 keadaan:

  1. kematian (samada suami atau isteri)
  2. perceraian
  3. kawin baru (poligami)

sebaik2nya, tuntutan tu diminta sebaik sahaja salah satu dari 3 perkara diatas berlaku. bab kematian dan perceraian tu mmg ramai yg dah sedia tau, yg ramai tak tau (termasuk saya), bahawa tuntutan harta sepencarian hendaklah dibuat sekiranya suami berkahwin lain, kerana harta sebelum perkahwinan baru (samada ke 2 3), adalah milik suami bersama isteri(2) yg sebelum itu..

contoh. amin dan aminah da kawin 5 tahun. kemudian amin nak kawin dengan zakiah. sebelum (atau bila2) kawin, sepatutnya, aminah membuat tuntutan harta sepencarian, kerana harta sebelum perkahwinan amin dengan zakiah ialah harta sepencarian amin bersama aminah..

Kenapa perlunya tuntut? Sbb (bak ada sorang pemanggil yg bg situasi). pemanggil tu adalah isteri kedua, dan dia duduk dirumah yg suami provide, rumah itu dibeli sebelum berkahwin dengannya, katanya boleh tak dia minta suami tu tukar nama rumah tu kepada nama dia karana dia duduk rumah tu sejak berkahwin dan sebelum tu mmg takde org duduk pun rumah tu. Kata ahli panel “tak boleh, sbb tu adalah harta sepencarian dgn isteri pertama, isteri pertama ada hak ke atas rumah itu”. kemudian pemanggil tu tanya, kalau suami dia hibahkan (hadiahkan) rumah tu kepada dia, bleh tak? jawapanya BOLEH. sbb rumah tu harta suami, dia bleh bagi sapa saja dia nak.. so rasa2 apa perasaan isteri pertama?

Ahli panel kata, utk elak benda2 macam ni, mmg sepatutnya isteri pertama kena buat tuntutan semasa suami buat permohonan untuk berpoligami. so ada clear line yg mana bleh kongsi, yg mana tidak..

Macam mana pulak harta sepencarian tu? Harta sepencarian ialah apa2 juga harta yg diperolehi semasa dalam perkahwinan. even kalau kawin hari ni, esok beli rumah, lusa bercerai, rumah itu adalah harta sepencarian. dan juga, harta persendirian (yg dibeli seblum kawin) tp diupgrade slps kawin, eg: ada tanah, tp lepas kawin, kat tanah tu dibuat rumah/ladang, so rumah/ladang itu adalah harta sepencarian, tanah tu BUKAN.

berpa percent nak bahagai? 50-50? ikut kepada banyak mana sumbangan semasa berkahwin. eg kalau beli rumah, isteri sumbang 40% suami 60%, so bahagi 40-60. (ni contoh jer la, kena kira abih semua2, bukan rumah ja), plus isteri ada ‘penghargaan’ sbb jaga anak, didik anak, boleh dapat sehingga 1 per 3 dari keseluruhan harta.

Ada byk kes dimana isteri tak mahu tuntut harta kerana suami ugut, kalau tuntut, dia nak anak. So kebanyakan wanita takkan minta harta sepencarian, nafkah, mutaah etc, asalkan dapat anak. Hal ini adalah salah. sebb Hadanah (hak penjagaan anak) mmg akan berat kepada ibu, kecuali ibu utu gugur hak hadanah nya seperti murtad etc. dan sekiranya gugur sekalipun, hadanah seterusnya jatuh kepada ibu kepada si ibu (nenek) bukan suami. selepas nenek baru suami. so sebenarnya tiada yg perlu ditakutkan utk buat tuntutan..

sekian, sedikit recap dari apa yg saya dengar kat TV semasa menyeretika baju


Dara di zaman ini.

02/24/2010 4:47:00 AM

payah ke nak jaga dara di zaman ni?

Pesanan buat si Dara

Wahai adik-adik ku, jagalah maruah diri kalian. Jangan la senang-senang biar diri sendiri diperkotak katikkan oleh manusia bernama lelaki durjana. Anda masing-masing sudah besar panjang, bawa lah berfikir panjang demi kebaikan diri sendiri. Dan, ikutlah saranan agama kita supaya menjauhi zina. Menjauhi zina ni termasuklah mengikut sang Arjuna ke karaoke, BBQ di tepi pantai, bercuti, makan-makan sampai larut malam. Banyak lagi nak senaraikan. Cubalah berfikir dengan akal yang waras dan tidak dikelabui oleh nafsu (tiada perkataan sayang ye, kerana yang terbayang hanyalah nafsu, kalau sayang, selalunya tindakan nya berbeza). Cuba bawa berfikir, sekiranya seorang lelaki itu benar benar sayangkan anda, kenapa dia perlu merosakkan anda? Jika dia benar benar sayang dan cinta, kenapa dia perlukan ‘bukti cinta’ pula. Kalau dia meminta bukti cinta, maksudnya dia tidak percaya pun pada kata-kata anda bahawa anda sangat sayang padanya, jadi kenapa perlu percaya pada kata-katanya bahawa dia akan menjaga dan mengahwini anda? Betul tak? Sekiranya dia tidak dapat mempercayai anda, kenapa pula anda mahu percaya pada dia. Sekiranya dia kata kata-katanya boleh dipercaya, bahawa dia akan mengahwini kamu selepas kamu serahkan tubuh, cuba tanya padanya “Apa tak cukup ke dengan kata kata anda, yang anda sayang padanya?”

Lelaki baik tidak akan merosakkan wanita kesayangan nya. Tidakkah anda teringin mendapatkan seorang Jejaka yang berani, gagah, bertanggung jawab? Berani menyuarakan hasratnya ingin hidup bersama anda kepada ibu bapa anda. Tidak gentar mewarwarkan rasa sayangnya kepada ibu bapanya, agar ibu bapanya cepat cepat masuk merisik dan bertunang, agar hatinya senang bahawa kamu sudah dijanjikan kepadanya. Sang jejaka yang tidak gentar menjabat tangan Tok Kadi. Bukan mudah mahu menyambut genggaman erat Tok Kadi, perlu kursus, perlu interview, perlu bersaksi. Bukan mudah. Tidak banggakah anda sekiranya Jejaka sehebat ini yang menjaga anda seumur hidup? Daripada sang Arjuna  yang pengecut, hanya pandai mengecek di belakang belakang, tidak  berani berterus terang.

Pesanan buat sang Arjuna

Wahai sang Arjuna, janganlah bertindak kejam dan dayus. Saya amat tahu yang anda ni pengecut, tiada langsung sekelumit keberanian, haha. Jangankan mahu jumpa Tok Kadi, mahu jumpa dengan ibu bapa Sang dara belum tentu berani. Jikalau meragut kedaraan wanita adalah satu pencapaian buat anda, dan dibanggakan, saya amat bersimpati. nampak sangat, hidup anda adalah kosong. Tiada orang ambil peduli, tiada kawan-kawan untuk berhobi, tiada keluarga yang kisah anda pergi kemana, dan tiada seorang pun dari kawan-kawan anda yang ambil berat tentang anda. Tiada seorang pun yang mengingatkan anda tentang bahaya multi-partner ni.

Cubalah bayangkan, jaki Ibu anda pulang kerumah membawa perut yang sarat dengan anak yang bukan benih ayah anda. apa yang anda rasa?

Pesanan untuk IbuBapa

Sila ambil berat hal anak anak tidak kira lelaki atau perempuan. Selalunya, anak perempuan yang dikongkong sangat, tetapi tiada siapa yang kisah tentang anak lelaki. Sedangkan anak lelaki juga memerlukan perhatian yang berat, kerana mereka lah yang akan menjadi pelindung atau perosak wanit suatu hari kelak.

Ni semua sebab tengok Wanita Hari Ini la nih. Sedih tengok anak-anak muda, mengandung, bagai tidak kenal lagi dosa dan pahala


Berapa tinggi keyakinan kita?

02/10/2010 12:44:00 PM

Tiba-tiba terfikir hal ni. Dalam duk sembang2 kat alam maya ni, ada sorang menyuruh baca Surah ke 33 ayat 33, dan pedulikkan apa orang lain nak kata (kesnya sebab saya kata, saya tengah berusaha supaya lebih ramai kaum wanita hendak duduk kat rumah dan jaga anak2, sebab anak2 adalah aset terpenting agama kita dizaman yang kelam kabut ni).

Baru tadi saya korek dan baca maksudnya (malunya, saya tak ingat pun apa ayat/surah yang dimaksudkan, apatah lagi maksudnya, kena la korek dulu). Ayat tu maksud dia, menyuruh para wanita tinggal dirumah masing2, dan jangan berhias2 utk pandangan orang luar (apa maksud berhias, pakai lipstik/compact powder/tudung ada bunga2 dan berlian tu dikira berhias tak?)

Kemudian, tiba2 terlintas di hati saya, percaya tak kita pada Allah, kalau Allah kata (contohnya) rezeki kita RM4000 sebulan, maka kalau hanya suami ja kerja pun masih akan dapat RM4000 sebulan. Percaya dak? Berapa orang yang percaya? Berapa orang yang betul2 yakin?

Saya percaya dan saya yakin.

kalau saya kata, salah satu cara untuk menambah rezeki adalah dengan menziarahi saudara mara, ahli keluarga (esp mak ayah), teman dan taulan, ada orang percaya tak? yakin tak kome? berani tak kome (female readers) berenti kerja dan bergantung kepada rezeki yang Allah janjikan untuk kome anak beranak, melalui suami korang ja. Dan untuk tambah rezeki, kome start la menziarahi orang, start dengan selalu2 la tegur jiran sebelah, bagi kuih muih ka (saya bagi hasil tanaman kebun ladang saya la, nak masak tak reti sangat). Dan male readers, berani tak kome lepaskan tanggungjawab mencari rezeki yang ditanggung isteri selama ni dan pikul sorang2.. (heh, soklan cepumas).. Ada berani?

Percaya tak dengan rezeki Allah? Percaya tak dengan janji Allah? Tadak tapi2..

Benda ni hanya untuk mereka yang berfikir, jadi sila fikir sedalam2nya. Saya percaya sebab saya dah nampak bukti. dah banyak kali tulis dalam post2 lepas bagaimana rezeki tu datang jugak kepada kami bila ayah meninggal, dan macam mana rezeki yang dijanjikan itu TETAP datang kepada kami sekeluarga bila saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga anak2 kat rumah..Gaji suami naik, kerja tambahan dia pun bertambah etc.. Kalau Allah nak, semua jadi, kita sebagai hambaNya kena tanam sedalam2nya keyakinan pada kuasaNya.Dan Allah Maha Penyayang, kalau berhenti kerja dengan niat yang betul dan ikhlas, dan bergantung kepada ihksanNya, kome rasa Allah nak lupakan kita ker? NO, Allah tak pernah lupa..(kita jer selalu lupa esp pada Dia).

Moga kome2 female readers akan jumpa kebahagiaan yang kome cari2 selama ini, Amin..

p/s: Saya masih tak terziarah warga Cheras, ada 2 buah rumah yang saya berhajat dan bercadang2 sgt nak pergi, tapi masih belum diizinkan.. Bila yer..Raya Cina ni saya akan balik ke Penang seminggu..*yeay*..mak saya dah tak sabar2 nak tengok cucu dia yang baru baik demam nih



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan