Archive for the Celoteh Category


Terawih di Masjid

09/5/2010 6:12:00 AM

Semalam kali pertama saya gi Terawih kat masjid, bersama anak2. Ingatkan dah minggu terakhir Ramadhan merangkap dah cuti sekolah, ramai dah yang tak pergi masjid. Kot la pakat balik kampung dah. Rupanya masih ramai, ramai sangat. Bleh kata half penuh, sbb masjid tu memang besar.. Tempat solat asal yang berkapet tu memang la penuh, kat hall masjid yang tak berkapet tu  pun ramai. Saf wanita pun sampai keluar kat hall yang takde kapet. Bagusnya masjid ni, tak surut jemaah dia..Kereta pun masih ada yang kena park kat luar kawasan masjid, walaupun sebenarnya tempat parking masjid adalah besar (sgt besar berbanding kebanyakan masjid). Berderet kereta kat kiri dan kanan jalan raya di luar masjid.

Asyraf bleh la, dia behave sbb dia dah biasa ke masjid. Aqeef ni agak merisaukan.. Sebaik ja tiba kat masjid, ramai kakak-kakak yang sambut Asyraf dan Aqeef, hehe..Kakak kakak kecik yang asik main kat belakang, so mak bleh solat sunat dan solat Isya’ berjemaah dengan tenang. Tapi, lepas solat Isya’, Aqeef dah familiar dengan suasana, dan dia mula merayap, nak keluar, nak gi kat tangga (fav dia). So, saya pindah gi tempat lain, supaya saya duk di saf paling kiri tp bukan barisan terakhir, so Asyraf dan Aqeef bleh dilihat dengan ekor mata. Tapi Aqeef takut la pulak, so saya miss 2 rakaat awal Terawih, masa 2 rakaat seterusnya, dia dah ok, tp masa tgh solat tu, dia merayap masuk ke saf la pulak.. tertonggek2 (sbb dia pakai baju melayu, kalau merangkak, baju masuk ke bawah lutut dia, so dia merangkak dengan kaki lurus), nasib baik dia lalu kat perantara 2 saf, so org masih bleh sujud, tak kena dia. Wargh, hangin mak.. Seb baik la org tak marah. Saf yang saya duduk tu mmg saf untuk org2 yang ada anak. Org2 yang takde anak akan duduk kat dalam, bahagian berkapet tu, yang ada anak ni, duk bahagian luar, bersepah2, hehe, macam kat Makkah, ada yg ikut saf ada yang tidak, mengikut keselesaan dengan anak masing2.. berpindah randah tu toksah kata la, hehe, tiap2 rakaat ada ja yang terpaksa keluar saf la, pindah ke belakang la, berganjak skit sbb nak sujud la.. Tapi syok la, masing2 berusaha untuk solat jemaah gak walaupun masing2 payah dengan anak masing2.

Masa saya pindah ke belakang tu, solat terawih stop jap untuk Tazkirah. masa tazkirah tu, saya dodoi2 Aqeef, dia tidur, selamat… Seb baik saya bawa bantal kecik, so saya baringkan dia kat sebelah kiri saya. (saya duk saf yang paling belakang dan paling kiri, walaupun saf depan saya banyak ja yg kosong, sbb tadi ramai budak muda duduk depan saya). So sepanjang solat Terawih dan Witir lepas tu, kira senang hati la sebab Aqeef tidur, Asyraf jer la yang pi mai pi mai, tp Asyraf senang berkira sbb dia agak faham arahan.. Cuma tang last2 tu dia agak gelisah, lama sangat dah kut..

masa Witir terakhir, Aqeef bangun dah, orang sebelah (sebelah Aqeef, masa dah solat, tiba2 dia masuk saf sebelah Aqeef yg tengah tergolek tidur, hehe tu saya kata macam Makkah, solat tak duk dalam saf) tolong tepukkan sampai saya sudah solat.. Dia tak solat Witir, maybe nak sambung lagi kat rumah. Hehe, baik nya org tu, kakak2 yang ada kat situ pun rajin duk tulung riba Aqeef la apa la..Mujur la…

malam ni tak tau lagi nak gi lagi ke tak.. tinggal berapa malam ja lagi. kalau dapat habiskan Terawih kat masjid pun syok.. Kat rumah selesa, tp kat masjid seronok, suasana Ramadhan tu terasa sangat. Encik pun duk tanya dah, sbb malam ni ada majlis khatam Quran dan Qiamullail.. Dia nak join.. so mesti balik lambat..Tak tau la lagi saya nak ikut ke tak.. Kalau ikut pun syok, tp budak2 la kang lama sgt kang meragam laks.


Topengan Zionist

09/1/2010 8:11:00 AM

Siapa2 yang mengikuti Jejak Rasul mesti terkejut dengan musim kali ini. Kali ini disingkap kebenaran tentang siapa sebenarnya Yahudi, Zionist dan Israel. Siapa Israel? Mengikut terjemahan direct nya ialah Tentera Allah.. Isra=Tentera, El=Tuhan/Allah. Israel juga bermaksud Nabi Yaakub yang telah di’appointed’ sebagai israel oleh Allah.. Jadi kenapa Israel yang ada didepan mata kita begitu kejam? Setelah beberapa episod, terjawab sudah persoalan. Israel yang berada didepan mata kita sebenarnya ialah ciptaan seorang tokoh Yahudi. (tak reti nak eja nama dia key, hehe)..Dia telah mewujudkan Zionist Yahudi, iaitu Yahudi berfahaman serong, dia telah silap tafsir tentera Allah itu dan berpendapat Yahudi sepatutnya berperang dan menjadi pemerintah dibumi yang dijanjikan iaitu Palestin. (palestin ialah bumi yang dijanjikan kepada bani Israel, sila recap kisah2 Nabi Musa dimana dorang travel mencari bumi yang dijanjikan).

Pendapat Yahudi ortodoks yang berpegang kepada kitab taurat (kata mereka lah, tp kita tak tau kebenarannya, sbb kalau benar mereka ikut kitab taurat, mesti dorang sembah Allah ye dak), Yahudi Zionist adalah tidak sama dgn Yahudi asalnya, kerana Yahudi asal/ortodoks berpegang kepada peace, aman dan kasih sayang, sedangkan Zionist berpegang kepada kekasaran, dan pencerobohan. Dan juga dijelaskan kenapa mereka menggunakan perkataan Israel, kenapa tidak Zionist. Kerana kalau guna Zionist, mereka tidak akan mendapat sokongan dari Amerika dan Eropah dan penganut Yahudi amnya. Kalau mereka guna Israel, kumpulan ini pasti akan memberi sokongan, malah akan mendapat sokongan dari penganut Yahudi yang agak tak alim dan agak jahil..Bak kata pemimpin Yahudi ortodoks, Zionist hanya merujuk kepada Taurat untuk perkara2 yang meyokong hala tujuan politik mereka, sedangkan pesanan2 Taurat yang lain di abaikan. Jadi Taurat dan Yahudi hanyalah topeng untuk menghalalkan politik mereka..

Harap-harap jangan la jadi macam ni di Malaysia.. Macam dah nampak skit, esp isu orang non-Muslim masuk Masjid/surau tu. Sapa la pulak kata tak boleh.Adoyai..

Orang bukan Islam dibolehkan masuk masjid/surau, malah digalakkan lagi, semoga dilembutkan hati mereka untuk memeluk Islam. Adakahkita larang mereka takleh masuk surau/masjid dibuat atas keputusan mengikut adat dan fanatik? Kenapa mereka takleh masuk pulak? Adakah mereka najis? Memang mereka najis disisi Allah iaitu akidah yang terpesong, iaitu najis Maknawi. (boleh juga rujuk kitab Bulughul Maram syarahan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mengenai seorg tahanan kafir yg ditawan dan diikat didalam masjid. Apa yg pasti tiada larangan malah terdapat galakkan kepada bukan Islam menghampiri masjid). Malah Tuan Guru Nik Aziz dan almarhun Ustaz Fadhil Nor pun membenarkan orang bukan Islam masuk masjid/surau.

Kalau orang tu masuk dengan tujuan mencemarkan masjid, mmg ler tak leh masuk. Bukan saja orang bukan Islam, malah orang Islam pun dilarang masuk kalau tujuan untuk mencemar masjid.

Jangan jadi macam Zionist ya, guna nama Islam untuk kepentingan politik. Buat jadi topeng. Bab2 nak tembak parti haluan kiri, abih semua benda jadi isu,gunakan Islam, kata cemarkan Islam la, melawan Islam la, sedangkan hukum sebenar kita sendiri duk kabur2. bab2 lain, seperti penggunaan hudud utk elak gejala sosial, atau byk lagi saranan Islam tak pulak nak guna, sbb takde kepentingan kita ye dak..

saya bukan menyebelahi mana2 parti politik pun  tp, yang sorang itu adalah Ulama’. Mana nak cari Ulama’ kat zaman ni? Mana nak cari? mana nak cari pemimpin yg boleh buat solat hajat dan solat2 sunat. Toksah ler kata pemimpin daerah atau ketua kampung, pemimpin keluarga saya pun tak nyempat nak buat solat hajatsolat sunat hari2..kalau tak gemar dia nye pandangan politik sekalipun, dia tetap lebih tinggi darjat dari kita. kerana Allah tak memandang darjat dan harta, tp taqwa. Ada rasa taqwa kita lebih dari dia?

Sebelum nak percaya apa2 yang kat TV tu, esp bab2 agama yang dimainkan  bersama politik, dan ianya diluar pengetahuan kita, haruslah kiranya kita ambil masa sikit utk buat sedikit research dalam mencari kebenaran. Masjidil Haram ja yang takleh dmasuki orang kafir..

Bahan bacaan:

  • http://ahmadfadhli.wordpress.com/2009/11/07/hukum-orang-bukan-islam-memasuki-masjid/
  • http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=1949

Update aktiviti bulan puasa

08/30/2010 4:28:00 PM

Bulan puasa ni mmg best. Terasa bulan puasa tu, sebab duk rumah. Memang best berpuasa sebagai surirumah, memang ada banyak masa untuk beribadat, baca al-Quran, solat sunat bagi mereka yang mahu la. hehe. Sedih pulak Ramadhan ni tinggal 10 hari ja lagi.. Rasa cam nak mintak tangguh raya pun ada huhu..

Shopping raya? uwuwuwu, bab yang tidak digemari–>shopping.. Alalala malasnya shopping.. Sabtu lepas digagahkan jugak gi shopping, keluar pukul 1 setengah, balik kul 3.30, hahaha, cepat tak..kul 3.30 tepat sampai rumah. dapat baju sorang sepasang, dan kasut untuk Aqeef (macam la budak tu akan berjalan)..Kena beli gak baju tahun ni, sbb tahun lepas takde baju raya. Tahun lepas pakai baju tahun dulu. Kebetulan, memang kena beli gak something utk Aqeef, org baru nih. Encik ada offer kasut, tak mau lah, saya takkan guna, saya akan duk guna kasut terlebih saiz saya tu jugak.. Membazir ja nanti.. Tudung kali ni saya jahit sendiri, hahaha.. takler jahit susah pun, just beli kain cotton plain (ni dah ada sejak beberapa bulan lepas), dan gunting 4 segi ikut saiz tudung bawal, dan jahit manik2 tu (pun dah dibeli beberapa bulan lepas). Puas hati..mengikut kehendak hati saya.

Alas meja kopi pun dah siap dijahit. Meja kopi yang dah buruk kurang elok, dah calar2 surface dia, siap beralas.. Cantik.. Encik kata “tak sangka…..”hahahaha..

Bila ya kome balik kampung. Kami insyallah balik hari selasa, balik ke penang. Tahun ni giliran penang hoyeh.. Raya kedua baru balik ke kelantan, sampai hari khamis, baru balik ke Rawang balik. Jadi sesiapa yang nak bertandang kerumah, datangla hari Ahad ye, sbb Jumaat & Sabtu Encik kerja.

Kuih raya? tak dan buat aih.. buat satu batch abih, buat satu batch abih. tak nyempat nak jadi kuih raya pun


Cemburu buta

08/25/2010 10:40:00 AM

Semalam saya ada bersembang dengan Encik. Saya kata saya jeles, cemburu dengan istei2 lain. Kenapa isteri2 lain,boleh minta macam2 kat suami dia, tapi tidak saya? Bukan saya tak boleh minta, tapi kenapa saya TIDAK minta? haha.. ada ka soalan camni?

Saya kata saya tak jeles bab minta barang2 tu. Saya tak jeles pasal isteri2 org lain dapat kasut, henbag bagai bila dorang meminta kat suami, No, sebab saya mmg tak minat, hehe. Cuma saya jeles, dorang boleh memberikan ‘hard time’ kat suami2 dorang dengan minta2..sampai ada suami yang garu kepala macam mana nak penuhi permintaan isteri, atau macam mana nak tolak tanpa isteri tu merajuk.. Kenapa saya tak boleh buat macam tu? Haha, saya kata kat Encik, saya rasa abang terlalu mudah la, sbb saya tak meminta..saya nak gak dengar abang cakap “payah la kali ni” atau garu kepala ka sbb saya meminta.. Memang adalah cemburu buta, cemburu tak berasas. hahaha

Encik jawab, mmg dia rasa syukur sbb tak minta macam2.. Tapi ada gak kadang2 garu kepala jugak sebab tak minta.. Takper ke minah ni, asik pakai baju sama, tak kesah ka? tak dapat kasut baru, ok ka? kalau offer pun asik menolak, betui ka bini aku ni..haha, rupanya dia garu kepala gak (ok ok, kurang skit jeles, at least aku ada gak ‘menyusahkan’ fikiran laki aku)..encik kata, saya bukan takde kehendak, saya ada kehendak, ada permintaan, kadang2 tu banyak, cumanya katanya saya cepat berfikir sebelum membeli, saya berfikir sebelum meminta, katanya saya sempat berfikir bahawa suami saya tu kerja sorang, dan saya kena pandai kontrol kewangan dan pandai berjimat. maka saya tak minta..

Untuk mengatasi hal2 berbangkit itu, pada beberapa bulan lepas saya dah start mintak duit poket.. bergantung la nak bagi berapa, saya minta RM200, (haha banyak tu), kalau musim surut tu, RM50 pun ok la. Ini adalah untuk mengatasi sikap saya yang terlalu berfikir tu. Tapi, hasilnya macam tu jugak, saya tetap tak membeli. duit poket tetap la begitu, saya tetap juga tidak membeli, mungkin saya memang tak pandai membeli. Adoyai..Makanya, bukan lah sebab saya berfikir sangat, kan. hanya semata2 sebab saya tak gemar perhiasan wanita ni (eg, beg, kasut baju bagai).



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan