Exclusive Breastfeeding selepas 6 bulan
Mesti dah ada orang buat kan, cuma kita ja yang tak aware..This time around, saya pun nak try exclusive breastfeeding selepas 6 bulan. Selama yang mampu lah. masa Asyraf dulu, lepas 6 bulan, saya ada bagi biskut, 7 bulan lebih baru bagi bubur.
Advantage anak ini ialah ibunya (saya la) duk rumah, tak keja. So, tak yah penin2 nak upkan sesi mengepam untuk cukupkan stok, minum la nak minum banyak mana pun.
Ada beza tak exclusive sebelum dan selepas? Emm, ada la jugak.
Sebelum 6 bulan dulu, saya masih terpaksa pam susu sbb engorged, boleh dapat 5 ke 10 oz sehari (dalam pada aqeef dok direct feed manjang). tapi elok cecah ja 6 bulan tu, tak engorged dah, Aqeef dah minum habis. Tapi kejap ja. Dua tiga hari ni dah rasa skit engorged, rasanya next week kena pam balik kot, kalau tak tahan sakit. Badan macam adept dengan Aqeef (dan Asyraf?) punya demand. Cepat lak tu. ingatkan tak yah la pam dah (MMMMMMMalasssss)
Setakat tu ja hari ni, kita tengok pulak apa nak jadi pada bulan2 mendatang. Syok pulak investigate diri sendiri. Macam mana badan menyesuaikan diri dengan demand tumbesaran Aqeef.
What I like the most is: Aqeef’s poo poo takde la bau acem (haha) macam budak yang dah makan (Asyraf la), dan dia nyer she she masih boleh renjis2 dan lap ngan kain lampin. pastu basuh jer lampin ngan CD dan lampin lain.
p/s: I’m still safe sbb tak balik kampung lagi. kalau balik kampung, ada nenek2 dia, tak tau la apa nak jadik. tengok la, saya kuat nak tepis ke dak





