Archive for the Backyard Category


Floria Putrajaya

07/12/2010 9:35:00 AM

Hari Sabtu hari tu, kami ke Putrajaya untuk Pesta bunga tu. Tapi alangkah hanginnya saya, sbb saya lupa bawak kamera. mmg rasa nak menyumpah2 kat diri sendiri..eerrrghhh

memang cantik. banyak hisan bunga, macam2 bentuk dia susun..memang lawa. ada banyak port yang boleh korang amik gambar, dan sure turn out marvelous.. Memang mak hangin..dah sekerat jalan baru teringat, takkan nak patah balik..

Tapi, saya tak lupa bawak duit, ahahaha. so saya pun membeli la pokok2 yg eksotik gitu.. Harga bunga2 kat ekspo ni takde murah pown.. Sekiranya pergi dengan hasrat nak beli pokok2 murah, mmg takde..Pokok yg biasa2 kat kedai bleh dapat RM8, kat sini ko jangan harap, paling murah pun, RM15. Ada yg murah2.. keratan orkid, anak2 orkid kecik2 murah la, RM6

kalau nak gi cari pokok2 yg sukar dijumpai di nursery biasa, dipersilakan. Memang banyak. Payah nak cari kat tempat lain. Harga? bleh cecah sampai RM400 gituk.. aderk..

Ni pokok2 yg saya beli. Semuanya dari keluarga halia (haliafolia), tapi halianya tidak boleh dimakan ya. hehe..Mudah dijaga, tahan panas dan hujan.

Gambar yg diatas, anak2 pokok orkid, taktau ler nak hidup ke dak. saya nak try jaga pokok orkid lak. Gambar yg dibawah, belah kanan pokok harum sundal malam, yg kiri pokok kerak nasi. Dua2 pokok yang bunganya berbau wangi, saya suka meh, suka bleh buat potpouri. Kat rumah mak dah ada pokok kerak nasi ni, tapi lambat sgt nak tunggu anak dia, ku beli satu, alang2 dah jumpa. hehe

Payah kan nak jumpa pokok2 nih kat nursery biasa. Orkid2 tu pun semua spesis yg luar biasa, yg bunga besar2 tapak tangan. Nak beli induk dia mahal sangat, RM50 ke atas sampai ratus2. Ku mampu beli anak jer la, harap2 nya membesarlah dengan jayanya. So, saya dah start googling tentang cara2 jaga orchid seedling. Selama nih, saya jaga pokok orkid besar ja. Berdebar2 pun ada (mcm dapat baby baru pulak, wakaka)

Siapa lagi yang belum pergi, pergi la. memang cantik habis (masih geram sbb lupa kamera). masuk percuma, kat persisiran tasik percint 2, putrajaya.


Selepas 2 minggu ber’bokashi’

05/27/2010 12:13:00 AM

Dah sua minggu lebih bokashi beraksi. Dah dua minggu juga kami tak buang sampah dapur ke compost pile.

Hasilnya?

Hari2 kena buka bokashi untuk buang sampah. (ye la, masak hari2, hari2 besen saya di singki tu penuh). Segala kulit bawang, perut ikan, lemak ayam, nasi basi, semua masuk dalam bokashi. Bila buka, takde bau yang busuk dari Bokashi, ini bermakna Bokashi saya menjadik. kalau busuk, tak jadi ye Puan2.. Cuma ada bau Em Bokashi tu, masam2 manis.

Air Bokashi tu pun dah boleh di tuai sejak hari ke 3 hari tu lagi. Kalau rajin saya amik hari2, kalau tak rajin, saya amik la bila rajin, haha, 2 3 hari sekali. Pastu tuang kat pokok2 jagung saya (yg sepatutnya dah berbuah). Sepatutnya air tu kena cairkan dulu, tapi sebab saya malas, saya tuang ja sorang sikit kat pokok2 tu, tambah2 skrg kan asik hujan, kira hujan tolong dilute kan lah (hahaha, cara org malas, teruk btol).. Ada improvement kat pokok2 jagung. Pokok jagung yg saya ‘anak emas’kan (read: tuang lebih, dan kalau ada sikit ja air, dia sorang ja dapat), dan membesar dgn jayanya, berbanding yg lain. 2 kali ganda lebih tinggi, dan lebih hijau berbanding yg lain yg hijau muda (amat), dan almost yellowish. 

Ini la bentuk EM Bokashi tu. (Buat kak Zaa yang bertanya), EM ni saya dapatkan berkilo2, dan ladang tu tak pek kan sekilo2, dia bagi segebuk beberapa puluh kilo yang diambil. Dan EM ni perlu di simpan di tempat kedap udara.

Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan EM Bokashi ini, sila kontek saya ye, di liyanahamid@gmail.com, atau SMS ke 0126700316, jgn telefon, sbb nanti anak2 saya akan berebut telefon tu, hehe. SMS senang, saya pasti jawab.

Harga nya: RM5 sekilo, saya akan repack sekilo2, kalau nak pos, tambah RM2.50, Jadi RM7.50, saya akan pos pakai pos domestik. pos laju mahal sangat, tapi kalau nak poslaju, bagi tau ya.


Bokashi in action

05/17/2010 12:36:00 AM

Sabtu hari tu, Encik siapkan Bokashi saya (kami ehehe). Taraaaa… 

Ni Tong sampah yang dikorek lubang dibawahnya dan dimasukkan paip, dan jadi tong bokashi. Tong Bokashi yang sebenar lebih kompleks, kerana proses fermentation ini memerlukan anaerobic condition (tanpa oksigen so kedap udara), Bokashi yg sebenar ada sealer dan pembuang angin. Tapi alamat payah nak dapat, saya (kami) improvised.  jadi, ini tong biasa. Buat paip kat bawah supaya boleh alirkan kithchen juicenya nanti. harvest jadikan baja atau bahan pencuci, atau bleh bagi minum kat binatang peliharaan atau ternakan utk kurangkan bau najis dia dan jaga sistem penghadaman, seperti kita makan yogurt.

 

Setelah di bubuh sampah dapur (organik material la, no plastic, tin can etc). Letak satu plastik tebal, di sini saya gunakan plastik beras, yang warna biru2 hijau tu. Kemudian letak satu plastik besar berisi air. Ikat dibahagian atas. Air ni sebagai pemberat dan penutup (sealer) supaya sampah dibawah (bersama EM) berada dalam keadaan tanpa udara. Maka, Pereputan boleh berlaku.

 

Ini Tong yang dah siap. oleh kerana saya buang sampah dapur hari2, hari2 kena buka lah. Di tepi singki saya, ada besen plastik dimana saya collect sampah2 yang organik. Bila penuh, saya akan buang dalam Bokashi ni. Tiap2 hari, atau selang 2 3 hari, boleh harvest air “baja” nya.

Oh ya, EMnya pun kena simpan dalam tempat kedap udara. jadi, saya bubuh EM dalam plastik sampah yg tebal, ikat ketat2 (tp make sure senang dibuka, sbb nak ambil hari2 kan). dan masuk dalam tong, macam yg ni jugak, cuma takde la air bagai tu..

 


Recycle, Reduce, Reuse?

10/24/2007 12:37:00 AM

Hari ni dah hari ketiga bawak bekal sendiri utk tapau makanan dari kedai.. perasaan malu tu memang menebal, tambah tambah hari ni ramai pulak kat cafe tu, diorang tengok semacam jer kat aku dengan tapau ku.

Sebenarnya aku rasa bersalah, everytime aku tapau kat cafe, makan kat pantry then aku dump polystrene container tu, dah 3 bulan aku kerja, dah berapa byk polystrene aku buang, dah berapa byk aku cemarkan alam.. so aku beli container lock and lock, satu utk makanan satu utk air, minggu ni aku tak rasa bersalah dah sebab aku dah tak buang polystrene dan plastic lam tong sampah.. tapi still rasa malu la bila org tengok aku dan tapauku hehe

Harapnye, aku bleh teruskan usaha ni, biarlah aku sorang jer yang buat, tak pe.. at least dah save 10 polystrene seminggu dari mencemar alam sekitar, that’s make 40 per month and 480 setahun.. eh banyak gak.. tu aku sorang jer, campur ofismate aku, ntah berapa byk polystrene dibuang…

one day bila kewangan mengizinkan, aku memang teringin sangat2 nak pakaikan cloth diaper untuk Asyraf, tengah kumpul duit sikit2.. memang ler ada orang akan kata beli la sikit dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. tapi nak beli satu pun 2minggu kumpul duit (ye la satu dah RM65, mana aku nak cekau duit extra tu).. hmm memang nak sangat2..



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan