Archive for the Petua Category


Tips: panaskan lauk

09/2/2008 10:29:00 AM

Tips ni dah lama saya amalkan, dari masa duk hostel lagi..

Selalunya, saya akan beli sejenis lauk untuk berbuka, selalunya yg berkuah la, pastu goreng2 tu kat umah la. Kadang² lauk ni sejuk dah, dia masak tah pukul berapa. jadi, kalau nak panaskan guna periuk bagai cam malas la pulak kan.

jadi, cara yg mudah ialah, bila balik rumah dan masak nasik.. bila agak² nasik dah kering airnya, (dah hampir masak sgt dah), masukkan lauk tu tanpa dibuka plastiknya, dalam periuk nasi. Letak kat atas nasi tu.. Sambil² hidang yang lain² tu, lauk tgh memanas dalam periuk,kan senang.

Satu lagi, lauk yang telah dimasukkan dalam peti sejuk, kalau berkuah mesti kuah dia beku, kan. Sama jugak, letakkan pinggan tu atas periuk nasi, bila nasi dah hampir masak. Gunakan pinggan tahan panas, selalunya kat umah pinggan kaca atau plastik la kan.. So boleh letak terus atas periuk nasi, gunakkan pinggan bersaiz besar SIKIT jer berbanding diameter periuk tu.. tudung periuk tu, letak balik atas pinggan tu, tutup lauk. Cepat jer lauk memanas, kuah mencair dan panas.

Cuba la.. senang bangat :)


Condom, the best contraception ever..

02/18/2008 10:07:00 AM

Sebenarnya, dah banyak hari saya dok fikir pasal menda ni. Sejak seminggu lepas, terima kasih kepada bahang pilihanraya yang semakin hangat ni, saya mula mendekatkan diri dengan pembacaan berunsur politik. Sebenarnya, saya adalah di kalangan rakyat Malaysia yang tidak suka politik (amat tidak gemar). Tetapi, pada tahun ini, saya boleh tertarik pula untuk mengetahui selok belok politik ini. Mungkinkah disebabkan saya dah kawin? Atau mungkinkah sebab utamanya, tahun ini adalah kali pertama saya layak mengundi?! Yahaha.. Mungkin sebelum ini saya tak layak mengundi jadi saya malas mengambil tahu apa yang terjadi dengan dunia politik, siapa yang terajui negara bukanlah suatu kepentingan buat saya. Saya malas melayan dunia politik yang penuh bercekau, bertikam lidah, tuding menuding macam masa saya tadika dulu, merebutkan toys.

Tetapi, memandangkan pada tahun ini, Malaysia akan menerima satu lagi undi iaitu dari saya, maka saya kena buat search dan meneliti, siapakah yang bertuah untuk menerima undiku ini. Oleh kerana saya tidak pernah berminat dengan politik, pendapat dan pandangan saya melalui pembacaan adalah neutral, tidak berpihak kepada mana2 parti. Ok lah, apa la pulak kaitan dengan tajuk post nih?!!!

Ok, sebenarnya, saya terbaca dalam sebuah blog parti politik la kan. Dalam tu saya amat terkejut apabila dipersoalkan penjualan kondom secara berleluasa mendorong ke arah terjadinya perkara yang tidak baik. (anakkawi, ko mesti tahu blog mana, aku nampak ko bg komen gak)..

Saya jadi tak keruan seketika (tak la seketika, dua tiga hari gak la). Nak ku komen dalam blog tu, macam lari topik, tu blog politik yang saya nak cakap pasal kesihatan dan hak wanita. Jika tidak di komen, terbuku dalam hati saya ni.

Sebenarnya, kondom tu adalah kaedah perancang keluarga yang terbaik bagi saya. Kaedah-kaedah lain melibatkan seseorang wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam badannya, samada hormon (pil perancang, implanon, suntikan), atau peralatan (IUD). Kesemua perkara ini akan memberi kesan buruk pada wanita tersebut, yang mana isteri-isteri anda juga. Apabila seorang wanita mengambil hormon untuk mencegah kehamilan dengan tujuan menjarakkan anak, kesan seperti period yang tidak teratur, berat badan yang tidak menentu, senang naik marah, malah kesan jangka panjang, seperti sakit buah pinggang. Manakala dengan device pula, ancaman jangkitan kuman, pendarahan mungkin berlaku. Oleh itu, kondom adalah jalan terbaik. Tiada kesan sampingan.

Sekiranya kondom tidak dijual di kedai2, farmasi2, & 7E, kat mana kita nak mendapatkan kondom ni. Sekiranya anda kata sila ambil kat doktor, cuba fikir balik, takkan every month, atau every week nak g kat doktor, nak ambil ‘dos’ kondom. Kalau pil perancang kita taula, doktor akan bagi dos untuk setahun, sebiji sehari. Ni kondom, macam mana kita nak tau ‘dos’nya berapa, haha. Jadi, memangla kondom kena jual kat kedai.

Sekiranya, kita nak kata kondom membawa kepada perkara yang tidak baik, cuba kita compare dengan penagih ubat batuk, atau penghidu gam, segelintir inilah yang menyalahgunakan ubat batuk dan gam yang ada dalam pasaran, sedangkan ramai lagi yang benefit dengan terjualnya ubat batuk ngan gam kat pasaran. Sama juga dengan kondom, punya la ramai yang benefit dengan penjualan kondom di pasaran, tetapi ada juga yang menyalahgunakan kondom tu. Tetapi, adakah dengan alasan begini, kita nak tarik penjualan kondom di pasaran? Gam dan ubat batuk pulak macam mana?



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan