Archive for the Uncategorized Category


Tinggal puasa sebab?….

08/16/2010 1:37:00 AM

Ini entry sekadar luahan pendapat. Ada perbincangan yg kata ibu mengandung dan menyusu sepatutnya tinggal puasa just because. Dan ada pulak di TV3 yg duk siar pasal ni, dan bagi nasihat ibu2 yg mengandung 4 bulan kebawah dengan alahan sila buka puasa. Saya tak tengok, jadi ni sekadar saya punya luahan perasaan tanpa bukti dan asas tanpa point kat sapa2 ya.

Perlu ka ibu mengandung dan menyusu tinggal puasa? Allah dah gariskan canteekk punya rukhsah puasa. kenapa taknak ikut? kenapa bila tup2 keluar TV duk bincang pasal hat ni, pakat2 nak buka puasa takut apa2 jadi kat baby dalam perut? Korang tak belajar ke waktu kat sekolah rukhsah puasa tu untuk siapa? (geram sangat, org melayu ni mmg suka amik kesempatan, nak mUUUUUDAAAHHHHH manjang, kalau nasi tu boleh terbang masuk mulut terus masuk perut takyah kunyah, lagi best ye dak?)

Bila dah siar kat TV, penontonnya ramai, bila penonton ramai, yg sedikit jahil pun tengok jugak, bila ahli panel tak cerita habis2 (ya la, masa diperuntukkann pun setengah jam ja, nak cerita panjang pun tak leh), yg agak2 jahil dan suka amik kesempatan ni apa lagi, pakat2 yg pregnant 4 bulan ke bawah habis tinggal puasa, tak kira ada alahn teruk ke tak, dengan alasan takut baby tak cukup zat..Adoyai..Tak terpikir ka apa yg anda miss bila tinggal puasa? Berapa banyak berkat dan rahmat dah miss? Tapi tu la pasai, bab berkat dan rahmat ni, orang tak nampak jadi semua take it for granted. kalau rahmat dan berkat ni boleh nampak bagai bintang2 yang ditepek kat pintu rumah tiap2 kali dapat rahmat dari Allah, mesti ramai ja yangberusaha nak dapatkan rahmat.

Rukhsah puasa utk ibu mengandung dan menyusu tu jangan la diambil kesempatan, tolong la.. Rukhsah puasa bukan macam rukhsah solat. Rukhsah solat applies utk SEMUA orang. Kalau musafir atau cukup syarat dia, SEMUA orang bleh dapat rukhsah solat tu. Rukhsah puasa adalah untuk mereka yang “maridhan au ‘ala safarin” (sakit atau yg bermusafir) dan WAJIB ganti pada hari lain.. SAKIT, mengandung dan menyusu sakit ka?kalau memang sakit betul takper la..kalau mmg sbb puasa tu awak boleh sakit ok la.. kalau bulan tak puasa pun awak mmg alahan teruk, tak dapek makan, kalau puasa pun apa bezanya..tetap letih, tetap melepek apa. Rukhsah puasa adalah utk mereka yang memerlukan. Maksudnya bukan semua org yg mengandung tu automatik bleh guna rukhsah puasa, memang aa tak salah kalau nak guna pun.. kalau dia boleh puasa, apa salahnya puasa? kalau dah mmg tak dapek, buka jerla. dulu2 kan ada belajar, kalau muntah macam mana dikira batal puasa, kalau pitam macam mana terbatal puasa..Semua tu kenapa takde yang nak baca? Tapi bila tup2 keluar TV, pakat2 nak tinggal puasa abih..Ni haku mmg benci pangai org Melayu, suka senang, suka ambil kesempatan, takmau susah langsung..

Untuk tinggalkan puasa, untuk tinggalkan segala rahmat dan berkat Ramadhan, Ya Allah, alangkah ruginya. Kita dah la tak banyak pahala, bila Allah bagi bulan rahmat ni,kita nak suka2 tinggal2 pulak. Kenapa Allah adakan bulan Ramadhan ni? Kenapa Allah nak suruh kita berpuasa, berlapar dahaga? Allah tak sayang kita ka? Bukan dik, Allah sayang kita, Allah kenal kita, sebab tu Dia buat Ramadhan. Allah sedia tahu akan sifat manusia yg suka bergegas. Contohnya, kalau ada assignment yg due sebulan, kita akan berusaha sehabis2nya, masa minggu yang terakhir, betul? Ya kebanyakkan nya betul. jadi sebab sifat itu Allah jadikan Ramadhan, kita bleh pulun habis2an, dalam bulan Ramadhan. Bukan bermaksud, bulan lain kita takyah buat amal. Tapi, dalam bulan lain, kita selalunya tak sempat la, sebuk la, macam2 alasan ada (macam assignment tadi la, bukan takleh buat awal2, tapi ada banyak tapinya kan), jadi dalam bulan Ramadhan kita seharusnya all out utk bekalankita di akhirat kelak. masa ni semua amalan dilipatgandakan, amalan sunat dikira pahalanya seperti amalan fardhu, setiap kebajikan di darab 70, kalau biasanya 10 ja. kalau boleh dibuat perumpamaan, macam Mega sale. keluarkan duit sama macam biasa, tapi dapatnya banyak..Masa mega sale, ramai ja kat shopping complex, penuh sesak, berebut2 orang nak grab barang2. Kenapa tidak Ramadhan? Sebab barangan nya a.k.a pahala tak nampak? Kalau lah nampak..kalau la pahala tu boleh terasa berat di bahu kalau banyak (kalau la banyak)..mesti semua org bermati-matian takmau tinggal puasa..

Dulu2 ada sorang pemimpin Tunisia, Habib Bourgiba melarang penjawat awam daripada berpuasa di bulan Ramadan. Sebab kata dia, bulan Ramadhan org Islam ni kurang produktiviti. Untuk menguatkan suruhan dia tu, dia dan kabinet menterinya makan secara live di TV pada waktu siang di bulan Ramadhan..See.. sama ada dia ni buta sejarah ka, dia baca sejarah tapi dia buat2 tak tau. Berapa banyak conoh2 org Islam adalah kuat dibulan Ramadhan.

  • Perang Badar, 17 Ramadhan tahun 624 masihi, menang pulak
  • Pembukaan Kota Madinah
  • Perang Khandak (parit), walaupun perang dia masa syawal, tapi train masa puasa
  • Perang Tabuk
  • Perang Karbala, dimana cucu Nabi, Husin syahid
  • Perang Ascalon
  • Perang Hattin

Yang baru baru lagi, perang yaman, 9 kali ramadhan tak habih2, dari 1962 sampai1970. Perang kat lebanon, dari 1975 sampai 1990, 17 kali Ramadhan duk perang. Apa si Habib ni tak baca sejarah ka? Sbb tu dia buat perintah lagu tu?

Itu semalam okay. Itu umat Islam yang semalam. Kita umat Islam hari ini. Tak payah kita nak melenting, tak payah kita nak naik sepanduk bagai nak kata yang si Habib tu salah. SEBAB DIA BETUL. Ada ka kita rasa kita lagi kuat masa bulan Ramadhan? Kalau ya, meh kita buktikan dengan apa yang kita buat..Kalau tak dapat lagi kuat pun, kita sekuat hari tak puasa pun tak pa dah..

Apa yg lebihnya kita buat masa bulan puasa? kerjamakin kurang, kerja opis bleh balik awal sikit. betui dak? keja2 lapangan atau kursus2 di tangguhkan, bukan semua tapi kebanyakkan nya, betul dak.. kita belanja jer lebih ,hehe, pi pasar ramadhan, beli ikut suka hati. hehe

jom la, berjuang dibulan ramadhan..Allah bg khas untuk kita berusaha sehabis baik..Kak Siti, tempat saya bekerja dulu, akan ambil cuti raya 10 hari sebelum raya. 10 puasa terakhir la..dia akan all-out sehabis2nya dengan suami dia. Saya tanya, takpa ka, nanti raya ke3 kena kerja la..tak sempat la nak beraya mana2. dia kata cukup la raya 2 hari, 10 hari tu yg nak dikejar sangat. kalau kerja, tak dapek la nak qiamullail lama2, kalau tak cuti kang, mutu kerja turun, kalau mutu turun dan tak kira tau pahala qiamullail, sbb kerja tu tanggungjawab, amanah, wajib buat, sedangkan qiamullail tu sunat. so amik cuti.. I really do respect her..biar la kerja tak besar, tapi hati dia besar, dan saya tau iman dia lagi besar dari saya..

So, apa kata anda kepada ibu2 mengandung dan menyusu yang nak berbuka puasa. Honestly saya kata, Ramadhan adalah bulan rahmat untuk saya. Saya menyusu anak, dan saya amat susah utk berpuasa dibulan yg bukan Ramadhan. Saya bersashur bagai, tapi saya tak dapat melepasi jam 10 pagi. tambah2 dengan Aqeef yg exclusive.. Tapi dengan berkat Allah berikan dalam Ramadhan, saya dapat bertahan. Begitu juga dengan mengandung dan menyusu Asyraf. Saya berpuasa semasa pregnant 3-4 bulan Asyraf, tengah mabuk teruk, tak lalu makan. Tapi utk tinggal puasa? Tidak, selagi saya mampu.. sampai menangis2 masa pukul 5 6 petang, sbb dah sangat tak larat..zikir jer la yg saya mampu buat..masa menyusu Asyraf, saya masih bekerja, dan saya amat risau takut tak cukup susu.. saya siap minta kat suami, saya nak buka puasa kalau saya rasa susu merudum. Dan Encik kata, doa lah, doa tu senjata orang Islam.. Dan susu saya tak merudum, bahkan makin banyak. Itu berkat Ramadhan. Tak paksa suruh puasa jugak2, tp just cuba dulu. Jangan tak cuba, tapi dah mengalah..



Hujan

05/30/2010 11:16:00 PM

Dok bersembang dengan kawan2 saya pasal hujan. Siapa yang takleh kena hujan? kalau kena hujan, dia mesti sakit kepala/demam/tidak sihat?

Saya alhamdulillah, jarang (hampir tak pernah) sakit kerana hujan. Lebat ka, renyai ka, ok belaka. Anak2 pulak macam mana? Anda benarkan tak anak2 anda mandi hujan? Tahan tak dorang dengan hujan? Anak2 saya setakat ni ok lagi, tak demam, tak jatuh sakit bila kena hujan.

Masa saya kecik2, ayah saya suka suruh kami mandi hujan. Asal hujan lebat sikit ja, mesti hambat kami keluar rumah suruh mandi hujan. kami pulak tidak setakat mandi hujan ja, main lumpur. Masa tu la nak ‘tolong’ korekkan parit kecik di sekeliling rumah kat cucur atap tu. haha.. kadang2 ayah yang tolong korekkan, buat lumpur, bg kami adik beradik main.

Kini, saya pass pulak kat budak2 dua orang tu. Ya, dua2 start mandi hujan dari kecik. Asyraf sejak pandai berjalan dah mandi hujan. kalau balik kampung, kalau hujan, mesti mandi hujan dengan Encik. Encik ‘kunun’ basuh kereta dalam hujan, belasah la labu, hehe. Masa kat KL pun mandi hujan, bayangkan, masa tu duk apartment tingkat atas sekali. Encik ngan Asyraf bleh turun bawah, berlari larian kat parking keta, mandi hujan. hehe, orang lain tengok ja.Mak? mak tunggu ja depa bawah payung.

Sekarang, dah duduk rumah bawah ni, apa lagi. Pantang hujanla, mesti keluar main. Aqeef pun keluar. merangkak rangkak tengah hujan. Mak? tetap tunggu bawah payung. main sampai puas, sampai biru bibir. Sebelum masuk, bilas ngan air paip. masuk rumah, masing2 dapat susu panas. Uh, nikmat.

Kalau balik ke kelantan, bila budak2 dua orang ni mandi hujan, sepupu2 dorang tengok je la. Dorang tak leh mandi hujan, demam. Kesian pulak kadang2. nampak macam dorang teringin nak main sekali, tp of course la mak dorang takkan bagi, sbb dorang bakal demam.

Sakit kerana main hujan ni, mmg dilahirkan macam tu ker, ka sebab kita train jadi macam tu? Bahayakah mandi hujan? Negara kita kan negara “hujan”. Hujan kan normal thing di negara kita. Sejak bila kita (read: masyarakat amnya) melabel mandi hujan berbahaya dan tak elok.. I wonder. Sebelum ni tak pernah terfikir pun, saya duk berasa semua orang boleh ja mandi hujan, dan mandi hujan tu adalah sesuatu keseronokan bg kanak2 yang tak patut disekat (ya ka).

Tapi, yes, parents kena cerdik. Bukan semua hujan dibandar boleh dimandi (apekah ayat).. kalau nak bg mandi hujan, pastikan hujan itu lebat.. Dan telah turun sekurang2nya, 5 minit, supaya habuk debu,haba dan kekotoran dalam udara semua dah turun. Dan selamat untuk mandi. kalau mandi hujan yang berguruh dan berkilat. Elakkan main dekat2 pokok, takut kilat sambar pokok dan kena kita sekali. Kilat akan menyambar benda yang paling tinggi dalam kawasan tu, so kalau main kat keliling rumah should be fine. jangan mandi tengah bendang atau padang bola atau tempat lapang, sbb benda hat paling tinggi kat situ, kita la, hehe..(so amat selamt mandi kat parking lot kat apartment sri damansara, haha, sebb semua apt tinggi2).


Bokashi

04/23/2010 5:39:00 AM

Dalam saya duk jengah2 blog yg saya follow, saya terjumpa benda ni BOKASHI di Down To Earth. Tertanya2 saya, apa Bokashi. Selepas di google, rupanya bokashi ni perkataan bahasa Jepun bermaksud ‘benda reput’ (adakah sama denganĀ  French “potpouri”? rotten bowl)

Menarik wo benda ni

Simple, macam baldi, untuk bubuh segala kitchen scrap dan tukar kepada baja dan kitchen juice. prinsip dia senang, ada container (baldi macam dalam gambar, dengan paip kat bawah), pastu kena ada macam penggerak (?) dia, dalam kes ni dipanggil EM Bokashi.

Memula nak guna, tabur sikit EM dalam Bokashi, kemudian boleh la bubuh segala sampah dapur, lepas bubuh sampah dapur, tabur lagi EM. Kira macam kek lapis la. EM, sampah, EM, sampah. Dan seterusnya. Untuk senangkan kerja, buh satu mangkuk kat dapur (kat sink), kumpul banyak2 table scrap, dan penuh mangkuk/besen, pastu tuang semua masuk bokashi, kemudian tabur EM, boleh buat sehari sekali.

Lepas dah masuk EM dan sampah, akan terjadinya sesuatu (jengjeng), EM tu terdiri dari bakteria2 yang akan menguraikan sampah. Bila sampah terurai, hasil sampingan adalah air (plus air dari sisa makanan semua). Air ni kena di’harvest’ setiap hari. Terpulang, nak buang atau nak guna sebagai baja. kalau nak guna sebagai baja, dilute kan 1:1000 (boleh bayang berapa banyak baja yg dapat?). Air ni (dipanggil kitchen juice) juga boleh digunakan untuk membasuh bilik air, longkang, singki etc. kalau buang dalam sistem paip kita pun selamat, malah boleh membantu merawat air sisa kumbahan kerana kehadiran bakteria2 tadi. jadi, sambil menyelam minum air.

Busuk tak? Tak, bila dah ditambah EM tu, penguraian berlaku, bau yang ada adalah bau manis2 macam cuka (bayangla sendiri hehe). jadi takde masalah untuk letak kat dapur si Bokashi ni.

kalau dah penuh? Kalau dah penuh, ada dua pilihan. Satu: boleh terus ferment dia lagi seminggu dua, sambil harvest air dia setiap hari, selepas dua minggu dan isi perut bokashi dah kering, boleh la bokashi ni dikosongkan, isi nya ditanam atauu dibuang;bagi kes rumah merpati. Dua, kalau takde bokashi lain, boleh terus tanam ja isi perut bokashi ni. kalau tanam kat pokok2 besar, maka mewah baja la pokok2 tu. kalau tanam kat tanah biasa, esok lusa bleh buat batas sayur. nice.

oh oh, The price please

Container tu, kalau betul2 Bokashi, RM150 dan ke atas (beserta sepeket 1kg EM dia). kalau guna mana2 plastic container yg ada kat pasaran pun boleh, takde hal, lagi murah.

Rujukan

  1. Penang Watch
  2. Sustaining Our Environment Together
  3. Biotech Artwork
  4. Bokashiman
  5. Do the Bokashi

Me: I don’t have Bokashi, but I have a compost pile where I dump all the kitchen scrap. Every 3 months, I change the location. I use the fertilizer from the compost pile for my garden (veg+flowers). But, I think I do love Bokashi, and I’m thinking of getting one (maybe 2), because I could use the ‘kitchen juice’, you don’t get that from a compost pile.


Almost wishhh

03/5/2010 4:42:00 AM

I almost wish I knew how to nag. I want to nag, nag, nag. But I just couldn’t. Now (for this moment), I do think nagging is a way of keeping your stress in check. Remember when our mothers can keep on bla bla bla bla bla non-stop, but deep in our heart, we do know that she loves us, don’t we. yes, I wish I could do that. It’s hard to maintain my stress in secure under-the-curve-chart level when I don’t know how and where to channel it. Some lucky mothers (I know they are the majority, but their family wouldn’t count themselves lucky haha),can directly burst out their tension/pressure through nagging. But, unlucky me, I have to supress my anger (sometimes I have to kick the wall, literally) with so much effort, it’s a wonder I don’t hurt myself.

What makes me angry. (yeah)..
Well, being a housewife isn’t easy.(who says it’s easy, I would gladly give you a kick in the ****). Much more so, when you are a mother of two growing,exploring sons. One second they sit quietly in the hall, the next second their in the toilet. Yes, both of ‘em. Giggling while spraying,smacking water. (when I write it here, it seems like cute), you can imagine how horrified am I? somebody may ask, where are? (yeah). I’m in the kitchen,la. Hoping to cook something nice and edible.

Now, I have calmed down a little. Well, blogging is not so bad afterall. As long as nobody criticize me of being a not-so-good housewife. Ok, back to cooking. Bye girls, for now



  • Sana Sini Sinun

  • Kawan-kawan