Tuesday, February 9, 2010

title pic Anak Debab ku demam

Posted by liyana on February 9, 2010

hari ni dah dua hari Aqeef demam, Hari Ahad kami ada bawak ke klinik. macam biasa, doc akan terang pasal kebaikan susu ibu, since bila dia tanya nyusu apa, saya jawab breastfeeding..

Kendian doc bagi ubat, bila balik kerumah, saya tengok ubat yang dia bg, tak sesuai (sapa2 doc yg ada baca blog nih, tolong komen key, serius saya confuse)..Ada 4 ubat, 1 antibiotik (saya tak bagi pun, saya kureng suka antibiotik setakat untuk demam2 nih ~), satu ubat demam (paracetamol 250mg/5ml) saya ada bgi sekali, then Aqeef tido tak hingat, bila saya baca label, dia tulis ni utk toddlers umur 6 tahun ke atas (2.5ml), doc suruh minum 2.5ml, kat bawah tu ada tulis, utk bayi bawah setahun sila gunakan paracetamol 120mg/5ml. Satu lagi ubat gatal utk sapu, dan last ubat gatal utk makan.. Ubat gatal untuk sapu, saya tengok ada steroid, (hydrocorte), saya juga kurang suka, side efek dia banyak, walau pun guna sikit ja, ni anak ku masih kecik. Ubat makan tu, memang awal2 tolak tepi, setakat gatal2 macam ruam nak kena makan ubat ka? ubat yg dia bg chlorapheniramine 4mg/5ml, doc suruh minum 2.5ml.. saya baca kat slip dalam kotak ubat, kanak2 6-12 tahun, bleh minum 2mg 4-6 jam (maksudnya 2.5ml 4-6jam), kanak2 2 – 5 tahun 1mg 4-6jam, dan kena guna Clorpheniramine yg 2mg/5ml (so makan 2.5ml, atau 1.25ml utk botol yg doc bagi ni)..tu untuk kanak2 2 tahun keatas, Aqeef setahun pun belum, doc suruh makan 4 kali ganda dos yg dicadangkan, boleh ker? saya memang confuse dan skeptical.. saya suh hubby gi tanya balik kat klinik, doc tadak, tapi pembantu klinik call doc, doc kata takpa, pembantu klinik kata, sebelum ni tak pernah pun org len komplen.. Yoo laa cik, sebelum ni tadak mak2 hat rajin duk baca kertas dalam kotak ubat yang awak bagi.. plus mak dorang tak amik pharmacology sampai advance walaupun subject physio asik mengulang ja.

Kesian Aqeef. Saya bagi UMI jer, kebah kejap, 3 4 jam datang balik.. panas betul..air jelum kepala dia kejap je kering.. malam tadi saya buh cool fever 2 sekali, satu kat dahi, satu kat belakang, dalam pukul 3 kena tukar baru, kering abis cool fever tu..

Seb baik la dia nak minum susu, kalau jenis yang demam tanak minum susu lagi haru..  Apa sebab demam pun saya tak tau.. Maybe sebab pergi kenduri Sabtu lepas kut, jiran buat doa selamat masuk rumah baru, maybe ada orang demam kat situ kut.

Tengok aa, bibir merah budak demam,panas sangat, mata bening air mata bertakung

Tengok aa, bibir merah budak demam,panas sangat, mata bening air mata bertakung

 

Budak demam tapi nak buas gak..

Budak demam tapi nak buas gak..

title pic Muda sebelum Tua

Posted by liyana on February 5, 2010

tadi dengar al-Kuliyyah. Ustaz Hasan Din jadi undangan.

Umur 40 tu bukan permulaan hidup (life begins at 40), tapi adalah border line antara tua dan muda. maksudnya sebelum umur 40 tu masih muda la, dan masih boleh diajar, dibentuk dan dididik. Tapi, lepas 40, dah kira tua, buluh keras, dah payah amat nak dibentuk. Jadi kalau nak didik, didik la sebelum umur 40. Katanya lagi, kalau baik sebelum 40, insyallah lepas 40 tu, baikla dia. kalau loqlaq sebelum 40 tu, amat lah payah dia nak jadi baik lepas 40 tuh. Kecuali dengan hidayah Allah.

So wives, educate siap2 suami2 anda sebelum 40 ya. Drill semua adab, responsibility dan perasaan malu kat suami setiap hati sebelum dia jejak 40. Supaya lepas dia 40 nanti dia tak buat perangai yang akan memalukan diri dia dan diri anda jugak. dun give up hope just yet

Bagi mak mak pulak, jangan give up hope selagi anak tak cecah 40, ada can lagi dia nak jadi baik.

Penutup dia tadi, dia bagi hadis bermaksud “sebaik baik orang muda adalah yang berlagak seperti orang tua, dan seburuk buruk orang tua adalah yang berlagak seperti orang muda”

dan ada jugak, kalau orang tua rasa muda, tadak masalah. rasa sihat, rasa bersemangat, macam orang muda. lebih senang kalau nak buat ibadat macam ni, dan lebih senang nak jadi tekong bila ada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Betul tak? Yang salah adalah, orang tua berlagak macam orang muda, umur dah 50 duk pakai seluar yankee..dah tua sila buat macam orang tua.

title pic Berapa banyak?

Posted by liyana on February 4, 2010

Berapa ramai yang ada siaran televisyen berbayar kat rumah? Saja nak tahu.. Saya takde..(Ast**). Arial yang proper pun tiada. Cuma ada arial yang duduk atas tv. Ni kes tak sempat nak install proper arial la ni. Janji ada siaran, boleh tengok berita sekali sekala, boleh tengok cerita sekali sekala. Hehe, kenapa sekali sekala (tak dua kali dua kala?) sebabnya, TV tak penting sangat kat rumah ni, selalunya, Asyraf akan tengok CD CD katun dia (barney, Shrek) atau CD CD pelajaran dia (Baby einstein, Bumblebee  alif ba ta etc). Jadi, jarang la kami suami isteri dapat kesempatan menonton apa2 rancangan di TV.

Kalau tidak perkara ni tidakla mencuit pemikiran saya. Hari tu, masa Kelantan lawan bola sampai bakar2 kerusi tu, baru la tercuit hati saya. hehe, Ada kawan lama, SMS bagi tau pasal insiden ni, saya tanya, mana? Dia jawab TV 1. Saya kata kami tadak TV1, haha. Dia kata, duk ceruk mana ni tadak TV1. hehe.

Last week, saya call kawan yang lain pulak, dalam bertanya kabar tu, dia kata dia tengah tengok Kutub Utara Kutub Selatan. Teringat xamana sekolah katanya, hehe. Saya tanya TV mana? Dia kata TV1.. Sekali lagi, saya tadak TV1. hehe,dia tanya “hang duk cerok mana, tadak TV1″

hehe, kini TV tak memainkan peranan penting dalam rumah. Tak banyak pun cerita yang saya follow. Yang saya sedaya upaya follow adalah –> Avatar: The Last Airbender. haha, katun.. pagi jumaat kul 9.30. Padahal dah tengok sampai habis berulang2 kali dah cerita ni. Siap adik tolong download full series buh lam CD, tapi saya nak tengok jugak. Biar la ulang2 pun (macam spongebob asik2 ulang asik2 ulang)

Kadang2 TV on, tapi tadak sapa tengok, sebab masa ni Asyraf dok baca buku ka, main ka. Tapi bila tutup, dia ngamok, suh bukak (butak ya butak ya)..kadang2 tengah duk depan kom dalam bilik, kita ubah channel dari CD dia ke berita, dia berlari2 datang “aaa butak ya butak ya”

siap arial umah kami tu, kalau tukar channel, kena alih skit arial tu bg dapat siaran yg paling lawa. ahahahaha, terukkan. yang lagi teruk nya, saya tak rasa pun cemuih duk alih2 arial tu. *apa rajin sangat ka aku?*

La ni saya duk fikir2 plak. kalau Tv ni rosak, saya nak suh En Hubby beli TV plasma yang paling kecik, (besar monitor kom kut), gantung kat dinding, pastu buh almari depan dia, so tadak budak yg suka duk depan TV. Geram, Asyraf asik suka berdiri depan TV, takut mata rosak. (sebab mata maknya rosak masa umur 8 tahun huhu) *rosak? rabun aa* Bila nya nak rosak. huhu, tv ni hadiah kawan2 Encik masa kami kawen. Depa kumpul duit ramai2, pastu beli TV besar gabak nih.

title pic Wedding & Aku Malu!!

Posted by liyana on February 1, 2010

Sabtu lepas, kami gi wedding kawan saya masa kat Asasi UM dulu.. Masa on the way balik, Encik tanya saya.

 ”Tak rasa nyesal ker, wedding kita hari tu tak grand?”

Tak grand ker wedding kita?”

Jemputan ramai la, tapi takde pelamin, takde DJ

oh tak kesah, kalau ulang sekali lagi pun, saya takkan buat jugak pelamin dengan DJ.”

Jemputan ke wedding kami memang ramai, cecah ribu jugak. Tapi takde pelamin dan kugiran etc. Meaning takde muzik la. Saya tak gemar wedding yang ada muzik, sebab bagi saya, wedding adalah tempat nak jumpa balik sanak saudara yang lama tak jumpa, kalau ada muzik (esp kalau blasting music), payah nak bercakap. Kena jerit2. Dan majlis kawin kami takde pelamin. Saya tak suka, hehe, sebabnya saya ni pemalu. Saya takkan naik punya pelamin tu, kalau ada pun.

Saya memang pemalu amat, di situasi2 tertentu. sehingga kan kat wedding sendiri pun saya amat malu. Saya malu sampai saya tak pakai tiara macam orang kawin selalu pakai. Saya malu. Hehe, org lain mungkin rasa biasa ja, (ye la, kawen kan). tapi tak, saya rasa malu. Saya tak gemor melaram kat public, sebab saya malu amat, seriyes, rasa macam muka tebal macam kuali cast iron. Saya suka pakai pakaian macam org kata wall-paper. haha, meaning, org takkan perasan pun saya ada kat situ.

Ada orang kata “orang lawa memang pemalu” kahkahkah, ada betui ka? Ada sorang wife kawan Encik, lawanya ya Ampunn. kulit macam telur dikupas, muka macam bujur sireh, bibir merah original, mata badam. dan yep dia pemalu amat. payah la nak jumpa dia, asik kat rumah ja..

Tapi, ada certain times yang saya tak malu. Hehe, contohnya, kena buat presentation. Yep, tak malu, hehe. saya buleh buat jokes sebagai pembuka speech dan orang gelak. Means jokes tu jadik aa, kalau jokes tak jadik, orang takkan gelak kan. Dan jokes tu selalunya spontaneous, takde dalam skrip.. Masa viva pon, sempat buat jokes lagi. hehe. Dan kalau buat speech/presentation, saya tak suka pegang kertas/notes, sbb nanti kertas tu bergegar, Hahahah.. Better takde kertas. Masa study dulu, kalau ada group work dan group presentation, saya selalu di elect utk present, sbb kata dorang, “kak Layen present cam natural gitu, tak takut2, confident ja” hehe, dalam hati dorang tak tau betapa gementar nya. Tapi time2 ni tak malu la pulak.